Tapi tak pe la, dapat jugak aku tengok puduraya yang baru. Ok, sangat memuaskan, selesa mak hai. Sejuk je. Tak macam dulu. Orang pun tak ramai cam sardin like dulu-dulu tu. Ye la, sekarang dah seperate kan, bas-bas dari selatan kebanyakkan dah berhenti kat TBS. So tak la sesak sangat puduraya tu kan.
Oh, berbalik pada tajuk semula ye, pasal TBS kat bandar tasik selatan tu. Hari tu kali kedua la aku jejak kat TBS tu. Before this singgah kejap je, turun bas terus azie ambik aku bawak ke klcc, tak sempat nak meronda. Tapi hari isnin tu, banyak masa la aku meronda sebelum beli tiket dan naik bas balik ke jb.
So far, memang sangat selesa. Macam airport kan. Tempat duduk yang selesa,cantik. Siap ada skrin yang tunjuk masa berlepas semua bas. Pastu bnyak gila kakitangan. Cecantik plak tu uniform. Yang penting sangat mesra. 5 bintang la kasi kalau pasal servis..
Ruang kedai pun banyak. Cuma belum banyak yang buka je la. Oh, ada satu kedai roti tu, dia punya bleuberry cheese tart sangat la sedap! Teringat dan teras rasa kat tekak lagi..haha..
No comments:
Post a Comment