Followers

Monday, May 23, 2011

Permudahkan Lah Urusan Ku

Situasi aku sekarang adalah ibarat rasa nak muntah tapi muntah tak nak keluar-keluar. Aiseh, memang tak sedap perut la kan bila keadaan macam tu. Rasa nak jolok-jolok je tekak bagi muntah tu keluar dengan jayanya supaya perut berasa tenang, selesa dan normal menjadi biasa.Tapi Itu perumpamaan je.

Situasi sebanar adalah tengah bizi dengan kerja, yang mana ada 2 sistem yang perlu di close hujung bulan ni tapi aku tengah stuck kat satu part yang agak kritikal pada dua-dua sistem tersebut. Jadi, perasaan nak menyiapkan kerja itu dengan sepantas dan secepat mungkin adalah membuak-buak tapi terhalang dek kerana stuck nya aku pada part tersebut. Dan aku rasa nak jolok-jolok otak bagi berfungsi dengan lebih bijak mnyelesaikan ke stuck kan itu.

Dah seminggu ye stuck di situ. Serba tak kena. Semalam kononnya ingin membaikkan mood, mencari semangat agar otak boleh berfungsi dengan lebih baik, maka keluar la ambil angin bersama ain dan mai. Tapi malangnya, kekesutan otak tetap tak boleh nak diuraikan. Ye aku rasa, kekusutan itu Cuma boleh diuraikan bila kerja aku setel. Bayangkan la, selalu karokea aku mesti la pilih lagu lama-lama, lembut-lembut, uji Rashid bagai kan. Tapi semalam aku pilih lagu Ella. Hah, tercengan mai ngan ain.

Doa dipermudahkan urusan;

"Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)". (Q.S. Al-kahfi : 10)

4 comments:

Nazz@Purple said...

nape ni..

Hafiz Hafizol said...

huhu... tape everything will be ok.. #tibe..

Anonymous said...

tak pe...cabaran hidup je...

Hans Hanis said...

insyaallah segalanya akan dipermudahkan Allah

Meatball IKEA Halal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails