Followers

Friday, August 5, 2011

Lala Cadar Raya Kononnya...

Biasa la i kan, suka nau usha usha kedai online kat blog, kat facebook. Nak dijadikan cerita, hari tu terjumpa la kedai cadar online ni.. Mak hai, murah - murah cadar dia. Cute pulak tu. Geram menengok nye.. Lantas sepantas kilat terus tanya pada tokey kedai tu masih avaiable tak? Gembira bukan kepalang bila tau masih ada. Terus transfer duit pastu goyang kaki tunggu cadar sampai rumah...

Jeng jeng jeng.... Sehari selepas dia pos kan cadar, teruslah cadar sampai rumah. Pantas dan tuntas sungguh. Ni la rupanya cadar yang di beli. Cantik tak? Cantik gila babas bagi aku..huhu. Untuk set cadar queen ni lengkap dengan 4 sarung bantal, 1 sarung bantal peluk, 1 cadar queen dan 1 comforter. Tau tak berapa harga dia 1 set ni? Tau tak? Hanyalah RM 50 sahaja okeh.. Berbaloi tak berbaloi? Berbaloi baloi bagi aku.

Berbaloi coz cantik, comel, kain dia pun sedap ooo... Lembut je... Memang puas ati la...hehe. Tengok la, kemain matching lagi dengan bunga-bunga kat dinding tu kan..hehe suka i..huhu.. Oh, kat sini la terpesongnye. Mula-mula konon nak buat cadar raya, tetiba bila sampai tak sabar pulak nak pakai, terus jadi cadar puasa...huhu.

Ops.. sebelum aku merasmikan tidur kat cadar baru, budak 2 ekor ni dah rasmikan dulu. Melampau kan? Huhu... Ok, kalau ada yang nak tengok usha-usha cadar bleh la tengok kat facebook Cadar Collection. Dia buat promosi raya ni. Apa lagi, pergi la tengok.. =)

1 comment:

Aidahnurin said...

Tak ada bantal peluk ke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails