Followers

Saturday, October 8, 2011

Update Blog Ala-ala Model Sambilan

Dasar pemalas update blog... Dulu bukan main, sehari sampai 3 entri tu perkara biasa. Sekarang? Seminggu satu entri pun dah macam sangat la menakjubkan. Letih la nak komen banyak pasal isu tak hupdate blog ni...

Sebenarnya gini....

Tuan blog dah feeling konon-konon dah bizi jadi model sambilan.... Sebab tu macam tak ada masa nak update blog.. Ye la kan, kat opis jadi Analyst Programmer, kat luar pulak jadi model... Shoot sana, shoot sini...

Shoot lagi.. Lagi dan lagi...

Lah sangat kan model nya itu... Padahal diri sendiri, pada riak muka sendiri dah buleh baca permasalahan berat badan yang menggangu jiwa raga. Ada hati nak jadi model konon.. Tengok tengok muka konfius kat atas tu sambil berkata OMG... LAYAK KE?? haha..
See.. Peha besar macam gajah ade hati feeling model.. Model saiz L ke XL ke boleh kot. Benci. Huh tak baik benci dengan diri sendiri kan. Tapi still unhappy because tekanan dari mereka- mereka disekeliling yang memperkotak katikkan kemajuan berat badan ku inik.

Oleh yang demikian, aku selalu berusaha nak buat trick agar nampak lebih langsing seperti pose bercekak pinggang kat atas ni... Memang nampak berjaya tapi semput la kot kalau 24 jam nak pose macam gitu je.
So, aku sekarang telah buat keputusan tak nak dah guna trick untuk nampak langsing. Tapi aku tengah study cara paling berkesan dan tengah berusaha merealisasikan impian kembali langsing kepada 55 Kg sekurang-kurangnya sebelum awal tahun depan supaya berat sesuai dengan ketinggian ala ala model aku iaitu 163cm tu kan... Muntah tak dengar?? Sila la muntah...


So, itu adalah azam. Azam sebagai pembakar semangat... Supaya muka bulat aku kat atas ni, bertukar jadi runcing tirus meletop nanti..haha....

Ok sekian, doakan la azam aku berjaya ye kawan-kawan... =)

2 comments:

Nabiel said...

wahhh~boleh jdi model nie aini~ehem2..hehehe

fairus said...

KALAU LELAKI ORANG PANGGIL BOY BAND... PEREMPUAN DIPANGGIL GIRL BAND... SO MACAM GIRL BAND JE... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails