Followers

Wednesday, March 14, 2012

Bila Lelaki Lebih Cerewet Dari Perempuan


Alkisah Isnin lepas kami bershopping sakan kat Ayer Hitam cari barang untuk majlis kahwin kitorang. So dari JB ke KL singgah la ke Ayer Hitam. Sampai Ayer Hitam dalam pukul 12 tgahri lebih macam tu. Aku macam biasa la, sebelum membeli harus lah ada list kan.. Jadi bermula la operasi pencarian barang kan..

Yang syok nye, aku yang cerewet ni, masuk 3 kedai dah siap dapat beli semua barang yang aku listkan tu. Tapi cik abang bam bam kesayangan kita tu, tak sangka dia 15 kali lebih cerewet okeh dari kita yang perempuan ni.. Bayangkan la.. Nak mencari bunga telur untuk majlis belah Pahang tu kan, habis semua kedai kat Ayer Hitam tu dia survey ko... Kakak ni pun tak larat la nak buat macam tu.. Pukul 6.30 petang baru la setel semua barang dia.. Mostly adalah bunga telur yang berkoyan-koyan dia beli.
.

Ni antara kedai ketiga yang kitorang masuk. Kat kedai ni barang aku kebayakkan semua dah siap beli. Tapi cik abang tu masih lagi survey survey.

Last-last kat kedai tu dia amik gak 4 kotak bunga telur. Kesian adik tu yang terpaksa melayan kecerewetan beliau tau. Kakak ni memang dah tak sanggup dah.. Duduk je kat sofa tunggu dia siap pilih..

Dan ini adalah suku dari barang-barang yang dibeli. Ulang suara.. Suku dari barang-barang yang dibeli. Kat bonet kereta dah full, pastu masa ni belum sampai kedai bunga lagi. Kat kedai bunga lagi la borong bunga untuk hantaran dia dan aku. Lepastu singgah lagi satu kedai besar tu, dia beli bekas kaca banyak-banyak.. Penuh satu kereta okeh...

Dalam pukul 6.30 macam tu dah lenguh-lenguh kaki setle semua barang, baru la gerak balik. Lepas tu budak gemuk a.k.a tunang kakak tu terus mengadu penat letih nak tercabut kaki bagai kan. Tu la... Shopping tak beringat.. Habis satu Ayer Hitam ditawaf nye.. Bukan sekali, berkali kali masalahnye... So terpaksa la kakak ni yang drive pulak.. Nasib baik bawak myvi kakak yang auto tu kan.. Kalau bawak persona dia yang manual tu.. Memang tak la kan kakak ni nak drive...


So sampai KL je lepas upacara pembahagian harta shopping bahagian masing-masing kat rumah, dan dia pun dah grak balik rumah dia, maka bermula la satu lagi projek D.I.Y aku.. Jeng.. jeng.. jeng....

~ To be Continue la nanti nanti ye....

1 comment:

Unknown said...

wahhh.. dah mcm cupcakes la pulak sapu tgn tuuu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails