Hidup aku sejak kerja di sini adalah masam-masam pahit manis. Aku tak boleh cakap semuanya adalah masam dan pahit semata tapi sejujurnya memang ada manis. Baik, adalah baik kita dengar perihal yang manisnya dulu supaya sejuk telinga dan hati kan. Dalam tempoh setahun menjadi kakitangan syarikat, 3 kali kenaikkan gaji yang aku dapat. Alhamdullilah. Kenaikkan adalah berdasarkan prestasi kerja. Pegang 4 sistem dalam satu masa kalau dikataan tak berprestasi jugak memang rasa nak bunuh diri kan.. Alhamdullilah sekali lagi.
Setahun bekerja, kena transfer ke KL. Reason kena ikut transfer KL bermula dari pertanyaan bos 'kenapa aku asyik mintak kerja lain, pergi interview sana sini'. Aku memang selamba tak ada selindung, tahun lepas memang banyak gila pergi exam dan interview government sampai habis cuti tahun aku. Aku jawab saya stress dah buat coding, dan saya nak kerja KL, nak kawen dan membina masa depan kat sana. 'Ok fine, kau tak payah buat coding lagi, tak payah jadi programmer lagi, kau pergi join projek KL sebagai Software tester. Itu kebaikkan kedua, suara pekerja di dengar, diterima dan mencuba memuaskan hati pekerja. Terima kasih bos.
Dekat KL, kebajikan dijaga. Kami diberi rumah yang disewakan company. Rumah bukan flat sempit kongsi ramai-ramai, tapi rumah yang amat amat selesa yang sewanya sebulan saje 4ribu. Rumah 3 tingkat yang mula tak ada perabot, tapi sekarang dah lengkap dengan segala perabot dan barang eletrik dari mesin basuh, peti ais, kerusi meja, set bilik tidur semua. Semuanya dibeli oleh company... Baikkan? Aku nak buat kek pun senang, oven besar pun dah siap melekat kat kabinet dapur. Itulah kebaikkan ke tiga... Demi keeselesaan pekerja. Alhamdullilah...
Seronok dengan yang manis kan? Tapi yang pahit dan masam adalah dari segi komitmen kerja dan masa yang perlu aku korbankan sekarang. Kami bukan setakat bekerja time opis hour, tapi di luar opis hour jugak. Sekarang ni pun, pukul 9.30 malam, tapi sorang housemate masih meeting kat luar, dan 3 orang lagi kat bawah tengah sambung buat kerja. Dan beberapa minggu ni weekend adalah hari bekerja kami. Tiada cuti dikala weekend ye. Sabtu Ahad kerja. Isnin cuti. Cuti yang tidak la cuti sangat sebab mesti ada je email, sms, call yang akan dapat untuk kerja diwaktu cuti...
Itulah tema Sweet and sour aku pada minggu ni...
~Nak kata pasrah tak la pasrah sangat sebab selalu je memberontak.. Ye la kita ada kehidupan dan kita juga ada keluarga....

1 comment:
ape pun dlm kerja kene ikhlas..br berkat=)
Post a Comment