Followers

Wednesday, March 28, 2012

Daftar Sebagai Pengundi Sebelum Ahad 1 April Ni???

Tengok berita malam tadi? Dah keluar dah katanya kena daftar mengundi sebelum Ahad ni untuk melayakkan diri sebagai pengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti. So kepada mereka mereka yang duk pum pang pum pang kat facebook mengutuk antara satu sama lain pasal politik, sila lah tanya diri anda, dah mengadtar sebagai pengundi ke belum?????

PUTRAJAYA 28 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun dan ke atas. - BERNAMA

Harap-harap betul la pilihanraya umum ke 13 ni lepas bulan Jun.. Bukan ape, risau clash tarikh dengan majlis kahwin kat Pahang tu kan.. 3 Jun 2012...

1 comment:

azieazah said...

Kak Azie tak ingat dah berapa kali kuar memangkah. Jemu dah. Rasa nak berenti mengundi. hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails