Hari ke 18 menjadi seorang isteri. Hari kedua berjauhan dengan suami. Sebak sangat rasa masa masih di atas sejadah maghrib tadi. Rindu sangat nak solat berimamkan suami lagi. Satu perasaan yang tak tergambar. Perasaan yang tak pernah aku rasa dulu. Masih ingat lagi, pertama kali kami berjemaah berdua, dalam bilik pengantin, jelas aku dengar suara dia sebak mengimamkan solat. Sama-sama sebak. Sebab itulah waktu yang kami tunggu sejak 7 tahun dulu. Menjadi hak yang halal kepada masing-masing.
Perkahwinan memang indah... Segala yang kita angan angan kan masa bercinta dulu dapat kita jadikan realiti.. Alhamdullilah ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana kau kurniakan dia kepada aku. Yang mampu menjadi imam untuk aku dan bakal anak-anak kami. Semoga kurniaanmu yang amat berharga ini kekal hingga akhir hayat. Dan peliharakan lah hati kami supaya kekal bersatu dan bahagia ke akhirnya.
Amin.....
4 comments:
syukur alhamdulillah..belum terlambat rasanye utk nbiel ucapkan taniah yea!smoga diberkati.
dugaan tu..=)
bersabar lah ye,,, berjauhan dgn suami,,, saya pun pernah merasainya... moga2 cepat disatukan... aminnn
Alangkah berbahagianya. cinta dan iman yang berjalan beriringan. salam
Sebak pula akk baca N3 kamu ni sis..semoga kebahgian berumahtangga kamu kekal sehingga akhir hayat kamu...
Post a Comment