Followers

Wednesday, September 30, 2015

Super Mak!

Actually aku penat gila. Berpusing pusing kepala. Plus selsema yang kronik sampai tersumbat hidung. Bayangkan lah, semalam pukul 3-4 pagi baru tidur. Tu pun bukan lah tidur lena, tau je la ada baby kecil kejap kejap kena sondol tanda nak susu. Lagi pulak berhimpit empat beranak satu katil, Haaaa.. Bayangkan la macam mana aku nak bertukar tukar position menyusukan adam. Hai la cabaran anak dua. 

Bangun pukul 8 anak anak masih tidor, cecepat pergi sidai kain yang dah basuh malam semalam. Siap sidai, anak masih tidur, bagus! Dengan tak mandi terus bukak laptop, sambung kerja yang aku stop pukul 3 pagi tadi. Sampai la pukul 11 pagi. Kejut anak, mandikan semua. Ajak main kejap, tidurkan smula si kecik, pastu masak pulak.  Ingat lepas masak dapat makan terus, perut dah berkeroncong lapar tapi si kecik Adam dah bangun pulak. Kenalah layan. Ajak main, pukul 2 ajak kakak dan adik tidur dengan harapan boleh la makan dengan tenang lepas tu. Tapi non hado ye. Kakak terlompat lompat atas katil, adik melekek ketawa suka. Ibu dah nak pengsan lapar dan kepala pusing ok. Mula la aku nak jadi singa, tapi masih dapat control lagi. 

At last dapat makan pukul 3.30 ptg. Si kakak masih tak nak tidur petang, telompat lompat, terjerit jerit main. Adik pulak tidur kejap kejap je. Memang tak merasa lah aku nak sambung buat kerja petang tadi, order dah berlambak, pening kepala aku. Dalam hati aku, si Intan ni kalau tak tidur siang, confirm malam dia mengamuk penat. Hangin je aku. Memang betul pun, malam ni dia start buat perangai. Terpekik pekik, dengki kat adik, mengada ngada dengan papa dia, menangis. Mula mula aku diamkan je. Pandang pun malas. Biar je papa dia yang handle. Lantak la kan korang 2 beranak, aku pun hangin je ngan papa dia tu, hari ni patutnya dia cuti tapi dia kerja jugak, balik lambat pulak tu. Orang patutnya time cuti, cuti lah, luang masa kat family, bawak jalan jalan makan luar ke kan. Aku ni dah la tak da sapa kat sini, jauh pulak tu nak pergi mana mana sendiri. Stress tau tak. Tepu otak kalau lama tak keluar rumah, mula lah muncung muka aku. 

Kemuncaknya, time aku tengah reply whatapps customer sambil buat kira kira, si Intan ni merengek menjerit jerit sebelah aku nak handphone aku. Masa tu dah pukul 11 malam ok. Dia punya perangai mata dah merah, dah penat, tapi nak cari pasal. Yang papa dia sibuk mengadap handphone tak nak layan. Ape lagi, meletus la gunung berapi. Cepuk sikit je pun suruh dia diam dan tidur tapi lagi kuat dia punya melalak. Intan ni perangai dia, kalau melalak kuat kuat confirm muntah. Maka tersembur la muntah atas katil habis habisan. Eeee... Saja dia bagi muntah.  Aku buat dek je. Papa dia yang bawak pergi tandas bersihkan dia, tukar baju semua. 

Masa tu aku memang dah penat gila kot. Dah la baru je tukar cadar petang tadi, kena tukar lagi malam ni. Plus lap lap muntah dia atas katil dan lantai. Intan the diva tu masih la nangis nangis, eh buat buat nangis ok. Sambil nangis boleh stop kejap tanya itu ini pastu sambung nangis. Pura pura sangat. Nasib baik adam behave malam ni, elok je baring kat bawah masa aku bersihkan muntah intan yang macam lava gunung berapi tu. Tapi rupanya diam diam Adam berisi ok. Setle je bersihkan muntah, baru perasan Adam berak. Sampai tembus ok kat seluar dan tilam dia. Dengan kain papa dia sekali kena. Haaaa.. tepuk  dahi aku....

Lepas setle semua, Adam tido, Intan tido, laki tido, aku bancuh nescafe panas. Hirup nescafe panas depan laptop sambil tulis entri ni. Ok dah siap. Sekarang baru boleh mulakan kerja shift malam aku pulak. Penat, pening, pusing. Tapi kerja tetap kerja.. 

Harap semua terutama suami dapat memahami kenapa isteri dia kadang macam tarzan marah anak, mucung panjang sedepa bila merajuk , diam membisu bila terasa hati. I penat. 

Bye 

Tuesday, September 29, 2015

Impian Menjadi Suri Rumah

Bongok betul line celcom sekarang ni tak tahu kenapa ya. Sakit hati ahkak. 
Amboi elok sangat bahasa mukadimah  mula mula dah mencarut kan.  Aku ni dah la bizi, nak buat kerja laju sentiasa, tapi kalau dah line asyik tersekat sekat memang amarah la jadinya. 

Banyak pulak membebel. Balik kepada tajuk asal untuk dikupas ya. Aku ni dah masuk 2 tahun jadi suri rumah walaupun belum ada rumah sendiri.. Ciss sangat. Tapi bukan itu isu nye yer. Isunya sekarang ialah impian orang lain juga iaitu wanita yang sedang bekerjaya yang nak sangat jadi suri rumah. Tapi mostly termasuk aku masa mula mula nak buat keputusan nak berhenti kerja tu berbelah bagi hati. Antara sebab berbelah bagi adalah

1. Cukup ke duit nanti kalau dah tak da monthly income? Nak bayar kereta, ptptn, hutang segala bagai
2. Tak sia sia ke belajar tinggi tinggi tapi last last duduk rumah je?
3. Harapan mak ayah yang bersusah payah cari duit hantar belajar tinggi tinggi tapi last2 ko tak kerja.
4. Sanggup ke ikut suami, duduk kampung, jauh dari kehidupan selesa kau selama ni?
5. Tak ada KWSP, tak ada pencen, macam mana hari tua kau nanti?
6. Takut nanti suami bosan tengok muka ko 24 jam sehari, 7 hari seminggu?

Ok nanti aku sambung lagi entri ni untuk kupas setiap point yang aku bagi kat atas ni k. Banyak pulak order masuk malam .. Mak bizi!

Saturday, September 19, 2015

Throw Back : Dari MRSM ke UTM Skudai

Tetiba rasa rindu memori zaman belajar. Saja nak throw back kenangan zaman belajar. Sejak kat MRSM, aku dan budak budak sekelas memang rapat gila. Sampai masing masing dah kerja, duduk jauh serata Malaysia pun still berhubung. Dan kebetulan, ramai pulak geng kelas masa kat MRSM dulu masuk UTM skudai iaitu aku, Aqmar, Wan, Yasin dan Ida. Wan, Yasin dan Aqmar sama Fakulti, aku je lain. Tapi fakulti kami dekat je. Ida je kitorang jarang jumpa, pasal fakulti dia jauh kot. So kalau ada aktiviti reunion ke, nak ke pontian ke, atau ada geng geng kitorang datang Jb ke, mula lah kotorang bersatu sewa kereta kat UTM tu dan pergi sama sama. Lepas tu kecoh kecoh sebab perangai semua gila. Masa ni En Emi panas hati je, menjeles tak habis habis..hehe

Ok ni kenangan masa kitorang pergi pontian dengan tujuan nak ambil sijil SPM Wan ke Yasin ntah, tak berapa ingat. Memang excited la kan nak pergi sekolah lama, tu yang berempat semua pergi. Sewa kancil buruk je, Aqmar la yang drive sebab dia yang paling teror drive masa tu. Nanti aku tunjuk gambar  kancil rare tu. 


Bergambar kat taman dalam sekolah kitorang ni. Jakun kejap sebab masa kitorang belajar kat situ dulu, taman tu tak da lagi pun ok. Togel je kawasan ni masa tu.



Jenis manusia yang kalau bergambar kat satu tempat tak cukup dengan satu snap. Mesti nak ambil gambar banyak kali. Kawasan bawah ni makmal sains. Terus teringat aku selalu gila mengantuk time kelas biologi kat makmal ni. Ngantuk je kerja. Tu yang Biologi tak dapat A tu SPM.


Sebelum balik ambil gambar pintu gerbang. Sampai nak masuk parit pasal nak ambil gambar. Yasin la tu paling over. 


On the way balik lalu ladang nenas. Kagum kejap pasal ladang dia luas macam jelapang padi. Harus jakun berenti kereta tepi jalan untuk ambil gambar.  Masa ni set kamera atas kereta kancil pastu lari seberang jalan semata mata nak ambil gambar. 


Holoh holoh kurusnya aku! 


Masa ni pakai jeans size 28 je uolss. Perlu ke mention? Terus pandang perut sendiri sekarang ni sambil jeling lelemak perut. 


Ha ni la kereta kancil yang kitorang sewa tu. Sewa dengan student UTM jugak. Tak ingat la berapa RM. Sewa 1 hari la kiranya, pastu bahagi 4 orang la.  Comel jugak kan kereta ni. Pepagi lagi Aqmar dah sampai depan kolej aku nak pick up aku. Pastu amik wan n yasin, terus gerak ke Pontian 


Hamboi posing. 


Disebalik semua posing tu, macam ni la gaya cameraman bergadai nyawa tengah tengah jalan nak ambil gambar. Haha.. Bergilir gilir. Lepas yasin, wan.Lepas wan, Aqmar, Lepas Aqmar, aku pulak. Bila ada lori nak lalu cecepat pekik, Yasinnnnnnnn lori... tepi... Lepas lori lalu, sambung pose dan ambil gambar lagi.

Banyak lagi aktiviti berjalan aku ngan neng MRSM aku ni masa belajar kat UTM skudai. Nanti iolss throw back lagi.


Wednesday, September 16, 2015

Kereta Idaman

Biasa lah, semua orang ada kereta idaman kan. Aku ni bukan la minat kereta sangat macam laki aku En Emi tu. Tapi tetap la dalam hati ada keinginan nak kereta apa kan sejak kecik lagi. Ewah aku dari kecik kan suka berangan. Ingat lagi masa sekolah rendah, suka sangat tengok kereta Pajero kat showroom. Ala bukan masuk masuk dalam tu pun, showroom tu kat tepi jalan kat tampoi tu, memang selalu la ulang alik lalu depan showroom tu kalau pergi mana mana. Siap cakap kat mak lagi, nanti dah besar nak beli pajero macam tu, best, besar, tinggi, bergaya sangat! Hehe.. Pastu mak cakap, mahal kereta tu, kalau nak kene belajar bagus bagus, kerja bagus bagus, banyak duit boleh beli.  =)

Pastu masuk sekolah menengah, ada sorang cikgu kat sekolah skudai tu pakai kereta Toyota Rush warna hijau gelap. Dia selalu parking kereta dia depan kantin.  Terpesona sangat tengok. Dah la cikgu perempuan yang pakai kereta tu, terus aku berangan jadi dia,   Kereta tu kan tinggi, bila dia turun kereta wah nampak bergaya sekali ye. Hebat lah cikgu! Selalu bila datang sekolah sementara tunggu perhimpunan nak masuk kelas, aku suka duduk kat kerusi kantin paling depan sambil baca buku sambil mengadap kereta tu. Pastu mula berangan. Dasar perempuan kuat berangan kan. Memang teaste aku masa tu kereta tinggi, nampak sporty macam tu.


Lepas habis belajar, terus kerja. Tapi tak terus beli kereta. Setahun setengah pergi balik kerja naik bas dan teksi ye. Rasa dah cukup duit baru beli kereta. Baru kerja kan, jadi bajet cukup untuk beli Myvi je. Beli myvi pon sebab dia nampak tinggi dari kereta mampu milik yang lain macam iswara, pesona, gent2 semua tu. I is tak minat kereta leper macam tu semua.  Alhamdullilah. Dapat jugak pakai kereta sendiri. Walaupun azab yee nak ambil lesen kereta. Benci Benci Benci sangat. Daku membenciiiii belajar kereta. 3 kali test JPJ baru lulus. Bongok sangat kan. Add math boleh dapat A, Tapi belajar kereta fail. Ayah  aku dok perli je. Kereta tu empat tayar noi. Ape yang susah sangat nak lulus? Bukan suruh bawak moto yang 2 tayar tu. Haaaaaa... Stress aku. Susah gila ok bawak manual. Apebenda la kelas driving tu, dah diciptakan kereta auto tetap suruh guna kereta manual untuk belajar. Eeee.. Memang tak la aku nak sentuh kereta manual lepas dapat lesen tu.. Seriau  dan mimpi ngeri sangat kau tau. 



Ok berbalik kepada cerita kereta Idaman,  So masa kerja tu pulak, suka gila tengok kereta bos, CRV. See, kegemaran aku memang kereta jenis tinggi tinggi sporty macam tu. Ko tak payah tanya aku la cc kereta ke, enjin kereta ke, ape kebenda semua pasal kereta ye, sebab aku memang tak tau. Ayah aku suruh isi air wiper kereta pun aku tak tau ok masa baru baru pakai myvi tu. Yang aku tau, aku suka kerreta tu sebab kereta tu nampak cantik body dan interior dia je. Sepanjang kerja tu, aku selalu outstation dengan bos kan, so bawak kereta dia.  JB-Kl, Jb-Kuantan. Setiap minggu. Kadang dia mengantok, aku la yang kena drive. OMG jakun sangat masa first time, handbrake kat kaki, tak dapat dapat nak turunkan handbrake. Sekali bila dah merasa drive, best gila kot... Lain sangat ye bawak kereta mahal dan besar ni. Rasa macam tekan pedal minyak sikit je ni, rasa macam tak laju je ni, syok je bawak kat highway, sekali tengok meter dh 140. Aini.. 120 je  Aini... 120 je Aini... Kate bos sambil pejam mata tido..haha. Baik baik,.. baru sedar terbawak laju. Cerita kat En Emi yang masa tu  masih tunang, dia tak percaya. Ye la aku ni penakut kot bawak kereta, lori lalu sebelah pun dah cuak, konon cerita bawak laju.


Lepas dah kerja 3 tahun, mula suka tengok kereta warna putih pulak.. Crv putih cantik,Honda City putih cantik gila, vios putih pun cantik mak. Terus berangan, nanti dah 3-4 tahun pakai myvi nak tukar kereta la. Paling suka Honda City. CRV of course la tersangat kesukaaan kegemaraan idaman kalbu kan, tapi harga memang tak mampu lagi la. Kesian kan. Mula mula En Emi ni macam sokong la Honda City, lepas tu tak tau angin ape datang, kata tak sesuai la, anak anak ramai tak sesuai, nanti tak muat letak stroller la, ape semua, kena cari kereta besar, suruh ambil Perodua Alza je. Tukar Myvi, ambil Alza. Errr.. Memang tak da dalam list aku la. Tetap nak racun I, cakap Alza putih lawa. Hehe. Mula mula macam nak termakan racun tu, tapi hati berbelah bagi, dan last last tak tukar kereta pon sampai sekarang. Tetap pakai Myvi ku yang comel itu. Myvi lagi comel ok dari Alza. Perempuan pakai Myvi lagi nampak cantik. Eh! Ada kena mengena ke? Apapun,  I love u Myvi. Pastu senyap isu tukar kereta.

Elok lepas pantang hari tu, Myvi yang kucintai cedera parah melanggar lembu. Remuk habis bahagian depan, seremuk hatiku hancur luluh melihat gambar yang di whatapps En Emi. Yang bawak kereta tu si Inah, adik ipar kesayangan. Nasib baik la kesayangan, kalau tak merasa la tengok aku punya amukan nyiang rapik. Kesayangan la  dia je kot kawan yang aku ada kat sini yang boleh borak macam macam, buat sesi luah perasaan semua sampai nak nangis. Baik hati, rajin tolong orang walaupun pemalas kemas bilik sendiri =). Haha.  Pastu setiap kali mengandung, dia la yang rajin memenuhi ngidam mak buyung. Nak makan pavlova, asam pedas ikan semilang, puding caremel, cepat je dia wujudkan makanan makanan tu. Kesayangan, kesayangan jugak, tp next year roadtax sila tanggung ye dik, harap maklum. 


So lepas eksiden dengan lembu dan myvi kemek macam tin susu jadinya, mak aku pun cakap,  ni petanda mintak kereta baru kot, asyik eksiden je.  Terus aku pun terpikir sama macam tu. Dah la sebelum beranak hari tu En Emi tunjuk Honda baru, HRV tu. Macam CRV tapi murah sikit. Murah sikit pun bulan bulan paling2 RM1200.. Haaa.. Tapi cantiknye la hai..  Kalau jual Myvi dan persona, pakai satu kereta HRV tu je,kongsi bayar dah ok sangat dah tu. Tapi, En Emi totap tak nak lepas, nak peluk cium Persona kesayangat kesangatan dia tu.   Eh aku pun tak paham, buat kereta jadi rendah rendah (ee aku dah la suka kereta tinggi) lepas tu asyik sangkut, tersagat bawah tu sebab rendah sangat. Kereta racing memang mcam tu katanyaaaaa. Pitamsss aku dengar. 

Itu lah cerita kereta idaman. Kereta idaman paling latest sekarang ni ialah Honda Hrv.  Marilah bekerja keras untuk kumpul duit. Semoga rezeki semakin bertambah hari demi hari. 



Sunday, September 13, 2015

Makan Macam Gajah

Hari ni seriously aku makan macam gajah. Benci sangat. Pagi srapan nasi goreng ntah berapa kli tambah. Tengahari makan nasi laju-laju masa adam tidur. Biasalah ada anak kecik nak buat semua benda kena cepat cepat. Lepas lunch ayah cik datang bawak nasi lemak berbungkus bungkus. Lalu nafsu aku bergelora terus ngap sebungkus. Bongok sangat rasa makan macam hape hari ni. Macam tak pernah makan. Padahal bukan lapar sangat pon.

Lepas tu insaf. Tak nak makan malam kononnya. Laki balik kerja ajak makan pun taka nak. Hidang kan laki makan terus masuk bilik gentel Adam. Perut pun tak lapar. Pukul 9 lebih hidangkan untuk Mbah makan pulak. Memang aku tak rasa nak makan pon. Lauk tinggal sikit, so aku buatkan telur dadar. Ok setle. Sekali bila nak kemas meja tengok nasi lemak siang tadi ada tinggal sebungkus atas meja. Telur dadar pulak elok tak habis makan atas meja. 

Terus macam tindakan reflek letak nasi lemak dalam pinggan, letak teluar dadar lebih pastu panaskan dalam microvawe lalu aku makan! Ye aku makan nasi lemak pukul 10 pm! Asyik kalah pada nafsu. Eee.. Rasa nak tikan tikam perut sendiri! Buncit macam mengandung 5 bulan.

ESOK PUASA SUNAT ISNIN.

bye.

Saturday, September 12, 2015

Keseibukkan dan Kebizian

Dulu ingatkan kalau dah jadi suri rumah banyak la masa boleh update blog. Boleh la bercerita  tetiap hari. tapi rupanya non hado. Lagi pulak tiba tiba dah anak dua ni kan. Lagi la tak banyak masa nak berblog, masa untuk diri sendiri pun tak ada ok.Nak mandi ada yang ikut masuk bilik air. Nak berak kena tunggu anak betul betul tidor, kalau tak memang la tak kan aman perjuangan dalam tandas tu. Stress nye mak cik ni kadang kadang.

Hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
Panjang kan aku punya mengeluh?
Aku penat. Aku letih. 

Kadang ada hari aku rasa tak nak masak, sebab letih, sebab kenyang breakfast, sebab nak diet, sebab nak siapkan banyak tempahan dan lain lain sebab.Tapi tak boleh la kan.  Tak kan lah nak biar dapur tak berasap duduk rumah mertua. Memang menantu hantu la kalau macam tu. Kadang aku dah plan baik lepas masak laju laju boleh siapkan tempahan orang. Tapi tiap kali habis masak Adam bangun nak menyusu, ajak layan dia. Aku dah penat ni masak laju2 tadi sebab nak sambung buat kerja, dia ajak golek atas katil pulak. Situasi macam ni biasanya berakhir dengan aksi 3 beranak terbongkang atas katil sampai Asar. Langsung aku tak dapat buat kerja! Dah berapa kali aku pulang duit customer sebab tak sempat siapkan tempahan. So sad.  

Haha dulu selalu bayangkan kalau jadi suri rumah memang heaven, boleh tengok drama sambung2 kat tv setiap hari ikut suka kau time laki kerja. Tapi tak ye selagi tak duduk rumah sendiri,hilang nikmat tengok tv. Aku ni jenis kalau tengok tv suka tengok 1 citer je dalam satu masa. Tak suka tukar tukar channel sampai cerita habis. Tapi dah nama pun bukan rumah sendiri, memang tak ada kuasa la nak tentukan rancangan apa aku nak tengok. kalau aku tengah tengok tv, diorang tukar tukar channel, kejap cerita ni kejap cerita tu, aku pening, lalu bawa diri masuk bilik, golek atas katil. 

Ada anak kecil ni plus bisnes online, selalu jadi burung hantu tidur lewat, Kadang 3- 4 pagi baru dapat tidur. Tu pun pukul 6-7 kang anak bangun lagi nak menyusu. Penat nye tak terhingga, jadi selalu rasa tak larat nak bangun awal pagi. Tapi tak mampu la aku nak bangun lewat kat rumah orang. Malulah kn. Bangun la pukul 8 lebih, terkebil kebil tepi bucu katil  gosok mata walaupun pukul 7 tadi baru ko dapat lelap dengan nyenyak,  Kalau duduk rumah sendiri lain la kan.. Sukati ko nak tidur pukul berapa, bangun pukul berapa. 

Rumah Rumah Rumah. Aku dah penat cakap dan pikir pasal ni. Sedih, fed up, sakit hati dan rasa bodoh.

Aku tak suka cakap banyak kali, tak suka buat orang rimas. Tapi aku sendiri rasa nak gila asyik pendam perasaan. Muka aku buruk kalau marah, aku nak cantik so aku tak nak marah.  Tapi ape guna cantik kalau gila kan??

Arghhhhhhhh stress!


Tuesday, September 8, 2015

Ibu Sayang Intan


Sejak ada adik perangai Kakak Intan memang selalu je mencabar kesabaran. Makin nakal dia, makin tarzan la aku kat rumah marahkan dia. Ko bayangkan, nak suruh mandi lari, nak basuh berak payah, nak pakaikan pampers lari lagi. Tu belum part main air filter sampai basah rumah, jatuh terentang semua. Memang mencabar. 

Aku ni memang jenis pompuan tak sabar, asyik kena je la Intan tu. Kadang geram sangat aku cubit kan je tap pun pap sekali kena kat kaki ke badan ke mana yang sempat. rasa geram dia tak nak dengar kata. Hari ni ntah berapa kali kena masa kat rumah Lipis. Aku pasang laci Ikea dia pergi bawak lari komponen komponen tu. Main lompat lompat sebelah adik yang tengah tidur, jatuhkan gelas kaca. Main air kat bilik air sampai 3 kali tukar baju. Pening kau. Husband pulak tidor tak sedar apa. Lagi la panas aku.

Balik rumah mertua, lepas Magrib Intan ni mengamuk pulak melalak lalak. Dia tu kalau tidur maghrib memang gitu la jadinya. Nasib baik aku baru lepas sembahyang, hati tengah sejuk, kalau tak cepat je menyirap. Aku suruh dia sambung tidur je jangan mengamuk ngamuk, ibu penat, banyak kerja ni aku cakap. Sekali kena sound dengan husband @ en Emi.

'Pujuk la Intan tu. Kepok kepok dia bagi tidur. Intan tu baru 2 tahun, sayang tu asyik suruh dia tidur sendiri, kesian dia, Dia baru 2 tahu, tak cukup kasih sayang lagi'

Terus tersentap aku. Macam tersedar dari lamunan secara tiba-tiba. Ye. Intan anak sulung aku ni baru 2 tahun. Baru 2 tahun ok. Memang normal dia notty2, susah dengar cakap, kuat nangis, merajuk. Dia baru 2 tahun ok. Tapi aku marah dia macam dia dah 4-5 tahun. Padahal dia baru 2 tahun. Memang patut dia menyepah rumah, sebab dia nak explore semua perkara. Memang patut dia suka main air sampai 3 kali basah dan tukar baju. Memang patut dia suka lompat lompat walaupun adik tengah baring kat bawah. Memang patut dia lari lari bila aku panggil suruh mandi, pakai pampers, basuh berak semua.   Dia kan baru 2 tahun

BARU 2 TAHUN. Dia masih kecil. Ya Allah. Aku ni ibu dia yang umur dah 28 tahun patutnya yang kena sabar lebih, tak mudah marah pada anak yang baru 2 tahun. Rasa bersalah sangat marah dia lebih lebih. 

Insaf. Tq Husband.


Ibu sayang Intan. Ibu minta maaf. Ibu try perbaiki diri lepas ni.


 I love u


I love u so much!


Sayang Intan sangat sangat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails