Hari ni seriously aku makan macam gajah. Benci sangat. Pagi srapan nasi goreng ntah berapa kli tambah. Tengahari makan nasi laju-laju masa adam tidur. Biasalah ada anak kecik nak buat semua benda kena cepat cepat. Lepas lunch ayah cik datang bawak nasi lemak berbungkus bungkus. Lalu nafsu aku bergelora terus ngap sebungkus. Bongok sangat rasa makan macam hape hari ni. Macam tak pernah makan. Padahal bukan lapar sangat pon.
Lepas tu insaf. Tak nak makan malam kononnya. Laki balik kerja ajak makan pun taka nak. Hidang kan laki makan terus masuk bilik gentel Adam. Perut pun tak lapar. Pukul 9 lebih hidangkan untuk Mbah makan pulak. Memang aku tak rasa nak makan pon. Lauk tinggal sikit, so aku buatkan telur dadar. Ok setle. Sekali bila nak kemas meja tengok nasi lemak siang tadi ada tinggal sebungkus atas meja. Telur dadar pulak elok tak habis makan atas meja.
Terus macam tindakan reflek letak nasi lemak dalam pinggan, letak teluar dadar lebih pastu panaskan dalam microvawe lalu aku makan! Ye aku makan nasi lemak pukul 10 pm! Asyik kalah pada nafsu. Eee.. Rasa nak tikan tikam perut sendiri! Buncit macam mengandung 5 bulan.
ESOK PUASA SUNAT ISNIN.
bye.
No comments:
Post a Comment