Followers

Wednesday, September 16, 2015

Kereta Idaman

Biasa lah, semua orang ada kereta idaman kan. Aku ni bukan la minat kereta sangat macam laki aku En Emi tu. Tapi tetap la dalam hati ada keinginan nak kereta apa kan sejak kecik lagi. Ewah aku dari kecik kan suka berangan. Ingat lagi masa sekolah rendah, suka sangat tengok kereta Pajero kat showroom. Ala bukan masuk masuk dalam tu pun, showroom tu kat tepi jalan kat tampoi tu, memang selalu la ulang alik lalu depan showroom tu kalau pergi mana mana. Siap cakap kat mak lagi, nanti dah besar nak beli pajero macam tu, best, besar, tinggi, bergaya sangat! Hehe.. Pastu mak cakap, mahal kereta tu, kalau nak kene belajar bagus bagus, kerja bagus bagus, banyak duit boleh beli.  =)

Pastu masuk sekolah menengah, ada sorang cikgu kat sekolah skudai tu pakai kereta Toyota Rush warna hijau gelap. Dia selalu parking kereta dia depan kantin.  Terpesona sangat tengok. Dah la cikgu perempuan yang pakai kereta tu, terus aku berangan jadi dia,   Kereta tu kan tinggi, bila dia turun kereta wah nampak bergaya sekali ye. Hebat lah cikgu! Selalu bila datang sekolah sementara tunggu perhimpunan nak masuk kelas, aku suka duduk kat kerusi kantin paling depan sambil baca buku sambil mengadap kereta tu. Pastu mula berangan. Dasar perempuan kuat berangan kan. Memang teaste aku masa tu kereta tinggi, nampak sporty macam tu.


Lepas habis belajar, terus kerja. Tapi tak terus beli kereta. Setahun setengah pergi balik kerja naik bas dan teksi ye. Rasa dah cukup duit baru beli kereta. Baru kerja kan, jadi bajet cukup untuk beli Myvi je. Beli myvi pon sebab dia nampak tinggi dari kereta mampu milik yang lain macam iswara, pesona, gent2 semua tu. I is tak minat kereta leper macam tu semua.  Alhamdullilah. Dapat jugak pakai kereta sendiri. Walaupun azab yee nak ambil lesen kereta. Benci Benci Benci sangat. Daku membenciiiii belajar kereta. 3 kali test JPJ baru lulus. Bongok sangat kan. Add math boleh dapat A, Tapi belajar kereta fail. Ayah  aku dok perli je. Kereta tu empat tayar noi. Ape yang susah sangat nak lulus? Bukan suruh bawak moto yang 2 tayar tu. Haaaaaa... Stress aku. Susah gila ok bawak manual. Apebenda la kelas driving tu, dah diciptakan kereta auto tetap suruh guna kereta manual untuk belajar. Eeee.. Memang tak la aku nak sentuh kereta manual lepas dapat lesen tu.. Seriau  dan mimpi ngeri sangat kau tau. 



Ok berbalik kepada cerita kereta Idaman,  So masa kerja tu pulak, suka gila tengok kereta bos, CRV. See, kegemaran aku memang kereta jenis tinggi tinggi sporty macam tu. Ko tak payah tanya aku la cc kereta ke, enjin kereta ke, ape kebenda semua pasal kereta ye, sebab aku memang tak tau. Ayah aku suruh isi air wiper kereta pun aku tak tau ok masa baru baru pakai myvi tu. Yang aku tau, aku suka kerreta tu sebab kereta tu nampak cantik body dan interior dia je. Sepanjang kerja tu, aku selalu outstation dengan bos kan, so bawak kereta dia.  JB-Kl, Jb-Kuantan. Setiap minggu. Kadang dia mengantok, aku la yang kena drive. OMG jakun sangat masa first time, handbrake kat kaki, tak dapat dapat nak turunkan handbrake. Sekali bila dah merasa drive, best gila kot... Lain sangat ye bawak kereta mahal dan besar ni. Rasa macam tekan pedal minyak sikit je ni, rasa macam tak laju je ni, syok je bawak kat highway, sekali tengok meter dh 140. Aini.. 120 je  Aini... 120 je Aini... Kate bos sambil pejam mata tido..haha. Baik baik,.. baru sedar terbawak laju. Cerita kat En Emi yang masa tu  masih tunang, dia tak percaya. Ye la aku ni penakut kot bawak kereta, lori lalu sebelah pun dah cuak, konon cerita bawak laju.


Lepas dah kerja 3 tahun, mula suka tengok kereta warna putih pulak.. Crv putih cantik,Honda City putih cantik gila, vios putih pun cantik mak. Terus berangan, nanti dah 3-4 tahun pakai myvi nak tukar kereta la. Paling suka Honda City. CRV of course la tersangat kesukaaan kegemaraan idaman kalbu kan, tapi harga memang tak mampu lagi la. Kesian kan. Mula mula En Emi ni macam sokong la Honda City, lepas tu tak tau angin ape datang, kata tak sesuai la, anak anak ramai tak sesuai, nanti tak muat letak stroller la, ape semua, kena cari kereta besar, suruh ambil Perodua Alza je. Tukar Myvi, ambil Alza. Errr.. Memang tak da dalam list aku la. Tetap nak racun I, cakap Alza putih lawa. Hehe. Mula mula macam nak termakan racun tu, tapi hati berbelah bagi, dan last last tak tukar kereta pon sampai sekarang. Tetap pakai Myvi ku yang comel itu. Myvi lagi comel ok dari Alza. Perempuan pakai Myvi lagi nampak cantik. Eh! Ada kena mengena ke? Apapun,  I love u Myvi. Pastu senyap isu tukar kereta.

Elok lepas pantang hari tu, Myvi yang kucintai cedera parah melanggar lembu. Remuk habis bahagian depan, seremuk hatiku hancur luluh melihat gambar yang di whatapps En Emi. Yang bawak kereta tu si Inah, adik ipar kesayangan. Nasib baik la kesayangan, kalau tak merasa la tengok aku punya amukan nyiang rapik. Kesayangan la  dia je kot kawan yang aku ada kat sini yang boleh borak macam macam, buat sesi luah perasaan semua sampai nak nangis. Baik hati, rajin tolong orang walaupun pemalas kemas bilik sendiri =). Haha.  Pastu setiap kali mengandung, dia la yang rajin memenuhi ngidam mak buyung. Nak makan pavlova, asam pedas ikan semilang, puding caremel, cepat je dia wujudkan makanan makanan tu. Kesayangan, kesayangan jugak, tp next year roadtax sila tanggung ye dik, harap maklum. 


So lepas eksiden dengan lembu dan myvi kemek macam tin susu jadinya, mak aku pun cakap,  ni petanda mintak kereta baru kot, asyik eksiden je.  Terus aku pun terpikir sama macam tu. Dah la sebelum beranak hari tu En Emi tunjuk Honda baru, HRV tu. Macam CRV tapi murah sikit. Murah sikit pun bulan bulan paling2 RM1200.. Haaa.. Tapi cantiknye la hai..  Kalau jual Myvi dan persona, pakai satu kereta HRV tu je,kongsi bayar dah ok sangat dah tu. Tapi, En Emi totap tak nak lepas, nak peluk cium Persona kesayangat kesangatan dia tu.   Eh aku pun tak paham, buat kereta jadi rendah rendah (ee aku dah la suka kereta tinggi) lepas tu asyik sangkut, tersagat bawah tu sebab rendah sangat. Kereta racing memang mcam tu katanyaaaaa. Pitamsss aku dengar. 

Itu lah cerita kereta idaman. Kereta idaman paling latest sekarang ni ialah Honda Hrv.  Marilah bekerja keras untuk kumpul duit. Semoga rezeki semakin bertambah hari demi hari. 



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails