Followers

Saturday, September 12, 2015

Keseibukkan dan Kebizian

Dulu ingatkan kalau dah jadi suri rumah banyak la masa boleh update blog. Boleh la bercerita  tetiap hari. tapi rupanya non hado. Lagi pulak tiba tiba dah anak dua ni kan. Lagi la tak banyak masa nak berblog, masa untuk diri sendiri pun tak ada ok.Nak mandi ada yang ikut masuk bilik air. Nak berak kena tunggu anak betul betul tidor, kalau tak memang la tak kan aman perjuangan dalam tandas tu. Stress nye mak cik ni kadang kadang.

Hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
Panjang kan aku punya mengeluh?
Aku penat. Aku letih. 

Kadang ada hari aku rasa tak nak masak, sebab letih, sebab kenyang breakfast, sebab nak diet, sebab nak siapkan banyak tempahan dan lain lain sebab.Tapi tak boleh la kan.  Tak kan lah nak biar dapur tak berasap duduk rumah mertua. Memang menantu hantu la kalau macam tu. Kadang aku dah plan baik lepas masak laju laju boleh siapkan tempahan orang. Tapi tiap kali habis masak Adam bangun nak menyusu, ajak layan dia. Aku dah penat ni masak laju2 tadi sebab nak sambung buat kerja, dia ajak golek atas katil pulak. Situasi macam ni biasanya berakhir dengan aksi 3 beranak terbongkang atas katil sampai Asar. Langsung aku tak dapat buat kerja! Dah berapa kali aku pulang duit customer sebab tak sempat siapkan tempahan. So sad.  

Haha dulu selalu bayangkan kalau jadi suri rumah memang heaven, boleh tengok drama sambung2 kat tv setiap hari ikut suka kau time laki kerja. Tapi tak ye selagi tak duduk rumah sendiri,hilang nikmat tengok tv. Aku ni jenis kalau tengok tv suka tengok 1 citer je dalam satu masa. Tak suka tukar tukar channel sampai cerita habis. Tapi dah nama pun bukan rumah sendiri, memang tak ada kuasa la nak tentukan rancangan apa aku nak tengok. kalau aku tengah tengok tv, diorang tukar tukar channel, kejap cerita ni kejap cerita tu, aku pening, lalu bawa diri masuk bilik, golek atas katil. 

Ada anak kecil ni plus bisnes online, selalu jadi burung hantu tidur lewat, Kadang 3- 4 pagi baru dapat tidur. Tu pun pukul 6-7 kang anak bangun lagi nak menyusu. Penat nye tak terhingga, jadi selalu rasa tak larat nak bangun awal pagi. Tapi tak mampu la aku nak bangun lewat kat rumah orang. Malulah kn. Bangun la pukul 8 lebih, terkebil kebil tepi bucu katil  gosok mata walaupun pukul 7 tadi baru ko dapat lelap dengan nyenyak,  Kalau duduk rumah sendiri lain la kan.. Sukati ko nak tidur pukul berapa, bangun pukul berapa. 

Rumah Rumah Rumah. Aku dah penat cakap dan pikir pasal ni. Sedih, fed up, sakit hati dan rasa bodoh.

Aku tak suka cakap banyak kali, tak suka buat orang rimas. Tapi aku sendiri rasa nak gila asyik pendam perasaan. Muka aku buruk kalau marah, aku nak cantik so aku tak nak marah.  Tapi ape guna cantik kalau gila kan??

Arghhhhhhhh stress!


3 comments:

Ismaliza Yahya said...

entry ni buat sy pk doploh kali nk benti keje .. huhu..tp ramai kata housewife mmg penat..lg penat dr yANG bekerja ..

Aini said...

memang penat ismaliza =). Tapi jadi housewife pun ada yang seronok. Dapat melayan anak 24jam depan mata =)

Lulu Mangkona said...

Haaaa memang best duk rumah..seronok giler

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails