Followers

Friday, January 29, 2016

Jalan Jalan Cameron Highland Lagi dan Lagi


KekNi dan pokok kaktus eh silap, KekNi dan Cameron Highland memang tak dapat dipisahkan lagi. Dari zaman anak dara, bertunang, berkahwin, anak satu dan sekarang anak dua tetap setia ke Cameron highland every year. Yo la, dah duduk Kuala Lipis ni, Cameron Highland tu dah dekat kan, sejam je dari rumah, maka harus laaaaa.. 

Last weekend, abang emi engkorang tu baik hati pelawa KekNi pergi Cameron. Of course la bini dia yang kaki jalan ni nak aje. Gila tak nak? Bukan selalu dia yang pelawa, selalu kan KekNi yang paksa berjalan..Hahaha..  Tak tau la, akhir akhir ni rajin benau dia ajak kita ni holiday.  KekNi ni mushkil jugak tau. Tak tau la kan kalau kalau ade udang disebalik batu... Awas ye kalau ada..huhu 


Untuk entri ni jom kita layan aktiviti sihat berselfie di ladang teh Cameron Highland. Bukan main susah nak dapatkan best photo sekeluarga empat beranak. Korang tengok la, Intan tu kejap nampak kepala je, kejap nampak kaki je, asyik la nak berlari kalau orang nak ajak bergambar


Yang papa dia pulak sibuk la pujuk ajak bergambar, duk kejar si intan tenton ni. Tapi ibu dia tetap selfie syok sendiri.


Papa masih dengan aksi pujuk Intan, dan Ibu masih suka hati selfie sendiri.


Yea dah dapat tangkap Intan! Adam pulak tak nak pandang camera.. Oh plisss


Intan nak lari lagi. Papa kejar!


Tangkap dan dukung tak kasi lepas. Baru la dapat gambar 4 beranak. Huhu.


Cantik kan Cameron Highland? Dah macam orang Tibet KekNi tengok Intan pakai topi gitu. Hahaha 


Last photo sebelum balik. Adik Adam tengok ape tu? Hemsemnye anak Ibu. 

Sebenarnya sebelum ke Ladang teh ni kitorang pergi 3d Gallery kat Nova Square area Brinchang sana. Tempat baru bukak. Best ok. Next entri nanti KekNi cerita (kalau rajinnnnnnn). Thank You papa bawak kami jolan jolan.. Kami memang dari dalam perut suka jolan jolan..hihi

1 comment:

SYANI said...

Macam2 tempat baru dah bukak ye kat Cameron tu... dah lama tak pegi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails