Followers

Tuesday, June 28, 2016

Puasa dan Raya Sebagai Mak dan Isteri

Berbeza sangat ye berpuasa sebagai mak orang dengan zaman berpuasa sebagai anak orang @ anak dara. Dah jadik mak-mak ni baru ko sedar macam mana pengorbaban, penat lelah mak kau dulu membesarkan kau nak jadikan kau orang macam sekarang ni.Insaf terus ya.  Lagi lagi bulan puasa ni lebih la terasa.

Kalau dulu masa anak dara, duduk dengan keluarga, tak pernah fikir sahur nak masak apa, cuma pikir sahur nanti nak makan apa, nanti mesti mak masakkan. Mak tak pernah fail masak sahur setiap hari. Mak bukan jenis panaskan lauk semalam untuk sahur, dia akan masak fresh setiap kali sahur, baik nasi baik lauk. Dari kecil sampai lah anak-anak dia dah besar beranak pinak pun. Mak masak walaupun hanya nasi goreng untuk sahur. Tapi tu kalau kes mak terlewat bangun. Kebiasaannya mak tak lewat pun bangun. Antara menu sahur Ayam kicap, ayam cili padi, ayam goreng, sayur air, sayur lemak, sambal telur, tempe goreng, ikan goreng, ikan bakar. Gigih kan mak masak? Tu pun tak bersyukur lagi anak dia ni, mak kejut bangun sahur pun payah bangun, bukan suruh masak, suruh makan je pon. Aiyoo, berhabuk rasa mata ni bila teringat. 

Bila dah jadi mak orang, isteri orang ni. Kau rasa kenyang ke, rasa malas bangun sahur ke, rasa tak larat ke, tetap tak boleh tak bangun. Mesti kena bangun sahur. First sebab kau perlukan energy untuk buat kerja rumah, jaga anak dan paling penting untuk menyusukan anak. Kalau tak bangun sahur, memang confirm tak larat. Kadang, dah bangun sahur pun tetap rasa tak larat. Second, dah jadi isteri orang, confirm tanggungjawab sediakan sahur untuk suami. Dan aku mengaku aku tak serajin dan segigih mak aku. Kadang hanya telur kicap @ Ayamas goreng saja. Nasib dapat suami yang makan tak cerewet. Tak pa, pelan pelan kayuh, nanti anak besar sikit I masak special2 untuk U ya husband. Sekarang ni buat semua bena pun nak cepat je, dapat buat sambal telur time sahur tu pun dah kira hebat pasal takut anak bangun menangis lalu langsung aku tak sempat sahur. 

Dulu masa di bawah tanggungan mak ayah, time raya je bukan main nak baju berpasang-pasang, kasut nak baru sesaja. Tak berapa faham yang mak ayah tu bukan la orang ada-ada. Mak ayah pula tak pernah kata tak kalau pasal persiapan raya anak-anak. Dah jadi mak orang ni, baru sedar bila shopping raya oh mai mahalnya baju budak-budak. Beli jugak demi nak happykan anak-anak dan nak diorang cantik pakai baju baru lawa-lawa bila raya. Macam tu la perasaan mak ayah kita dulu jugak kot. Raya kali ni aku lebih touching. Tak kisah pun pasal kasut raya sendiri. Baju raya pun apa yang ada saja. Tak ada nak shopping online menggila macam dulu. Baju anak-anak dah siap shopping. Dan Alhamdullilah tahun ni dapat bagi lebih untuk Mak Ayah untuk belanja raya ni. Tidak lah terlalu banyak, tapi yang pasti lebih dari untuk aku sendiri. Dengan harapan dapat gembirakan diorang dan semestinya untuk ringankan beban diorang 

Masa tu berlalu pantas sangat. Tak sangka aku dah jadi Mak. Dan aku mula lalui step by step yang mak aku dah lalui sepanjang membesarkan kami 4 beradik. Semogaa aku setabah dan sekuat EMAK.     

Thursday, June 23, 2016

Deko Hias Rumah Baru Guna Software Room Sketcher

Rumah baru KekNi sedang dalam pembinaan. Buat rumah kat Kampung je uolls. Tapi nak buat dekorasi rumah tu tema moden jugak. Excited sangat nak mendeko rumah baru, dulu masa deko rumah sewa, KekNi just skecth kat kertas je ko. Untuk rumah sendiri, semangat habis deko guna software 3d, pasal nak nampak real. Gigih belajar sendiri guna software Home Sketcher ni.  Bagi yang tak tau, dulu masa isi borang UPU, KekNi berangan nak ambil cos Interior Designer kat UTM tu, tapi tak ada rezeki, cuma dapat Sains Komputer. Maka puas hati jugaklah dapat jadi interior designer untuk rumah sendiri. Haha.. 


Untuk ruangan pintu masuk. Ada ruang kita letak rak kasut dan sofa rumah sewa yang kecil tu.  


Pemandangan dekorasi ruang tamu dari ruang masuk tadi.  Cadangnya nak beli sofa L shape yang besar sikit  macam ni. Rak Tv nak DIY sendiri guna rak Ikea. Kedudukan Fram dan cermin seperti dalam sketch ni la. Best kan deko guna software 3d macam ni, baru nampak real mana kita nak letak itu ini. 


Ni pula ruang makan. Pasal set meja makan kesanyan sumi kat rumah sewa tu dah tema merah hitam, maka ruang makan kita buat la tema merah hitam. Nak pasang wallpaper sikit kat dinding antara ruan makan dan dapur kasi nampak seri. Microvawe, oven dan Water filter insyaAllah kat situ la kedudukannya.


View depan ruang makan. Dua pintu tu ialah bilik. Dan pintu hujung tu toilet. So kita guna ruang yang ada untuk letak peti ais dan mesin basuh pasal ruang ni luas sikit berbanding dapur. 


Haa ni dapur. Kecik cinonet je. So tak boleh letak banyak sangat barang. 


Deko simple bilik tidur utama. Cadang memang nak letak katil bujang sekali dalam bilik ni. Penat haih tido berempat satu katil. Kang keluar lagi sorang, maunye tidor berlima pulak. Nak suruh tidur bilik sendiri kesian pulak kecik lagi kan. Carpet tu untuk ruang Solat.


Bahagian hujung katil kita susun almari untuk ibu papa dan anak-anak. 


Yan ni full view rekabentuk dalaman rumah baru kitewww.. huhu. Rumah setingkat je. Bilik 2 dan bilik 3 tak sempat deko lagi. Deko ruang tamu, ruang makan, bilik utama dan daparu je dah makan seminggu lebih layan software ni. Seronok sangat menghias rumah  sambil berangan sampai tak terbuat kerja lain...haha. 

Ok la kepada korang yang nak try software ni secara online dan free, boleh la buat kat website dia RoomSketcher. Serius best. Dapat imagine rumah sendiri dan nampak real. Slow slow kayuh, mula mula memang rasa payah sikit, tapi bila dah lama guna, jadi mudah dan seronok sampai tak berenti mengadap menda ni je ha. 




Thursday, June 16, 2016

Penyata PTPTN Yang Bermasalah

Adoi la, pening kepala ngan PTPTN ni. Ada dua benda yang memningkan kepala mak encik ni sekarang. Yang pertama, tadi macam biasa buat pembayaran Ujrah tu secara online, guna FPX dan Maybank2u. Transaksi Maybank2u dah berjaya, dah keluar resit dan FPX pun dah berjaya, dah dapat email dah pun, tapi resit PTPTN keluar status Transaksi FPX Gagal. Adoi sakitnya hati. Sistem kau dah kenapa? Meh aku sekolahkan programmer kau.  Selama ni elok je tak pernah pun fail-fail macam ni. Duit dah ditolak dari Maybank aku, tapi penyata PTPTN tak terima pun duit tu. Masalah betul.

Dah hantar aduan ke sistem Bantuan Online PTPTN, tak tau bila dia nak respon. Malasnye la haku nak menelefon call centre dia nak cerita A-z. Stress mak nak!

Masalah kedua ialah, hari ni baru perasan something wrong kat peanyata bayaran balik PTPTN aku tu. Sejak aku tukar kepada pembayaran Ujrah, Aku sepatutnya kena bayar RM180.96. Tapi kata pegawai yang in charge masa aku tukar ujrah tu, aku boleh je bayar lebih genapkan RM200 atau lebih, nanti tetap akan tolak ikut amaun yang aku bayar tu. Tapi hari nni selepas 5 kali bayar sejak tukar Ujrah tu, baki pinjaman aku tu tak sama dengan apa yang aku kira. Patutnya dah tolak RM1000 (5 kali bayar). Tapi short lebihkurang RM100. Dalam penyata terperinci nampak setiap kali aku bayar, akan Kredit RM180.96 dan RM19.04. Tu dah betul. Tapi every 1 hb, RM19.04 tu akan didebitkan semula. Maksudnya hanya RM180.96 je aku bayar. Dah 5 kali bayar, total dah dekat Rm100 short. Ko rase??

Pening mak nak...

Esok kena call PTPTN lagi, Benda paling malas nak buat.. Call Call Call

Tuesday, June 14, 2016

Happy First Birthday Muhammad Adam


Tiup lilin dengan papa. Birthday beza 3 hari je ha, so lets jimat, kongsi 1 kek saje. Kesian Adam, first birthday dia kita buat simple saja, hanya family dan 2 ketul anak sepupu husband. Nak buat meriah-meriah nak jemput sapa je kan kanak-kanak kat kampung ni. Lain la kalau kat jb, panggil anak buah aku je selori datang kau.. haha.  Tak ape lah nak, next time kita buat kat rumah tok ayah ye.



Adam setahun yang sekejap je aku rasa. Macam baru je nampak dia keluar dari perut ni.  

Lastly. Adam Vs Papa 1 Tahun. Sapa lagi comel? Haha. Mulut tu sama je ternganga tak leh tutup.

Monday, June 13, 2016

Ayda Jebat Pencuri Hati

Pengaruh anak-anak ni kuat betul. Selain lagu favourite dia dalam semua cerita Didi and Friends tu, lagu Aida Jebat pon dia suka jugak. Duk ulang ulang dengar, sampai aku pun hafal dan naik suka. Lagu Aida jebat semua dia suka sebab lagu dia rancak dan muzik dia comel comel gitu. Kalau tengok video klip aida jebat ni joget joget lagi la dia suka. Eh mak dia pun suka jugak. Comel je dak Aida Jebat ni nyanyi.

Love me love love love Ooo ooo Oooo Aaaaa Aaaaaa
Love me love love love Ooo ooo Oooo Aaaaa Aaaaaa
Love me love love love Ooo ooo Oooo Aaaaa Aaaaaa

Ni je la pon lirik yang Intan tu hafal tapi dalam versi pelat dia la. Lagu penuh ikut lirik betul kat bawah ni ha



Comel kan? Dulu zaman anak dara, rajin mak ko ni menari buat senaman aerobik kat rumah. Kadang dengan budak budak rumah, dan selalunya  hari hari sorang sorang buat (kes budak budak rumah tak larat dah nak join). Macam macam lagu aku buat. Dari zumba, jai ho, zapin semua pun aku bantai. Seronok senam keluarkan peluh sambil menari dan dengar muzik kuat kuat. Ni duduk rumah mertua ko jangan nak buang tebiat berjoget pulak kan. Kang lain jadinya. Rumah pulak jauh dari bandar, kalau tak boleh juga join erobik kat gym. 

Sekarang ni mampu senam mulut je la...hahaha.. Sabar je laaaa..

Tuesday, June 7, 2016

Aku Dengan Sekeping Hati

Aku sedih. Sedih teramat. Tapi tak semua benda aku boleh share kepada umum. 
Jadi biarlah aku simpan cerita sedih tu.  Untuk kebaikan lebih banyak hati, aku korbankan rasa hati aku. Ye la, apa lah sangat dengan SEKEPING HATI aku ni.

Orang bebas buat andaian, orang bebas menyalahkan, orang bebas berkata-kata. Tak pandang kiri kanan,  Hanya kerana aku ni HANYA SEKEPING HATI. Yang tak perlu di jaga.

Redha kah aku?  

Ye Aku redha dan aku mohon Allah berikan balasan kekuatan untuk aku hadapi jalan hidup ini atas keredhaan aku menghadapi semua ini. 

Jujur aku tak sekuat dulu. 


Menu Sahur Untuk Breasfeeding Mommy

Alhamdullilah dah masuk hari kedua berpuasa. Sebagai ibu yang fully breasfeeding anak, agak risau jugak lah takut tak larat puasa sampai maghrib. Alang ganti puasa seminggu sekali pun rasa lembik, lemah longlai seluruh badan kan. So sebelum start puasa semalam, aku pun google la dulu tips-tips berpuasa untuk breasfeed mommy. Penting kot, kalau tak kena gaya, alamat lingkup la puasa tahun ni kan. Adam pulak sekarang memang kuat sangat menyusu, dan dah tumbuh gigi pulak, ngeri sangat sakit dia ye tiap kali dia menyusu.

Antara tips penting untuk ibu menyusu ketika bulan puasa ialah menjaga makan sahur. Mesti sahur. Waktu sahur yang selokknya ialah melewatkan sahur, di hujung-hujung waktu sebelum imsyak. Supaya kita pun tak cepat lapar.  Ye la lama kot nak tunggu maghrib nanti baru boleh makan. Kalau sahur tengah malam, kan ke lagi lama rasa dia. Mula la siang nanti cepat lapar. Biasanya aku bangun sahur pukul 4.45 pagi.

Yang kedua ialah menu sahur mestilah terdiri daripada karbohidrat, protien segala bagai yang lengkap. Tak payah acah-acah nak diet sangat. So menu wajib mesti nasi dengan lauk pauk. Lepas makan nasi bawa bertenang kejap pastu aku minum milo panas pulak untuk pastikan susu lancar je sepanjang hari. Memang rasa mengah perut ko lepas makan nasi sumbat milo panas pulak, tapi nak buat macam mana, demi anak, demi tenaga aku gagahi jua.

Tips berpuasa untuk ibu menyusu yang ketiga ialah minum air masak yang mencukupi. Tapi masa sahur jangan minum terlalu banyak sgt air, cukup 1-2 gelas saja. Sebab kalau banyak sangat, lebih banyak air akan di flush dari badan sepanjang hari nanti. Mulalah bertambah dahaga.

Tips lain pulak, tok sahlah banyak sangat buat kerja berat. Buat rileks buat peace sudah. Agak2 nak jemur kain tu, jemur la lepas sahur, jangan matahari dah tinggi baru nak jemur, kekeringan ko nanti macam di padang pasir hausnya.

Ok itu je lah tips berpuasa untuk ibu menyusu dari aku yang setakat ni rasa berkesan.

Daaaa..

Diiii

Duuu..

Hadiah Annyversary


Yeay tahun ni dapat hadiah annyversary. Setelah last year kelam kabut sambut sambil  ulang alik hospital nak bersalinkan Adam dum dedak, hadiah pun tadak. 

Thank You husband

Love u so much..


=) 

Saturday, June 4, 2016

Breasfeed ,Jerawat & Buncit

Arggh.. Stress tahap gaban. Adam dah setahun dah umur. Dan mak dia ni dah setahun 9 bulan tak datang haid. Ye. Tahu, faktor terbesar dia ialah sebab aku fully breasfeed Adam dari lahir sampai sekarang. Tapi bila aku tanya orang sekeliling yang fully breasfeed baby diorang mostly datang haid lepas baby 8 bulan. Aku ni dah setahun masih tak kunjung tiba. 

Bila tak period ni, perut makin membuncit, jerawat naik mencanak canak. Sesuatu yang tak pernah jadi seumur hidup aku sebelum ni. Aku agak ni semua sebab masalah hormon dalam badan.  nak kata pregnant, dah 2 kali buat UPT (Pregnancy test) tapi hasilnya negatif. Diet pun sudah, air bergelen minum tiap hari, tetap tak nak turun perut ni. Haish stress sungguh. Jerawat pun tak sudah sudah mencabar kesabaran.  Patah tumbuh hilang berganti. Hilang satu, tumbuh 3 pulak. Macam tu la macam tak ada sudahnya.

Stress tengok keadaan diri sendiri. Rasa nak ke spa buat facial tapi apakan daya, masa nak berak dengan tenang pun jarang dapat apetah lagi nak ber spa macam zaman bujang. Sekarang ni tengah berusaha untuk pulihkan kulit muka yang teruk berjerawat dan kusam ni dengan vitamin C. Harap harap berkesan la. Tang perut ni tak tau nak buat cam na hai. Rasanya lepas period datang baru nak kempis balik kot. 

Hai la badan, hai la nasib..

Wednesday, June 1, 2016

Zaman Kanak-Kanak


Ini zaman kanak-kanak untuk anak aku. Dunia Intan dan dunia aku zaman kanak-kanak berbeza. Intan Membesar sebagai budak kampung, membesar dikelilingi rapat dengan Mak-mak saudara, ye la duduk pun dekat rumah tok Mama dan Tok Abah dia kan. So dia tak berapa takut orang, mudah rapat dengan orang sebab dah biasa berkawan dengan orang dewasa (Tok mama, Tok abah, bibik & mak cik - mak cik saudara dia). 

Berbeza dengan aku, masa aku sebaya Intan (3 Tahun), duduk kat JB, Mak ayah aku duduk sendiri lepas kahwin, tak duduk dengan parents diorang. So hidup aku memang rapat dengan Mak Ayah saja, dan jiran aku ialah keluarga Mek Tam aku beserta anak-anak dia yang lebih kurang sebaya aku. so aku berkawan dengan sepupu sepupu yang lebih kurang sebaya aku je la. Jadi bila sesekali balik kampung atau pergi kenduri, memang akan melekat je, takut ngan orang luar. 

Kawan - kawan baik aku masa tu tak lain tak bukan sepupu aku Kak Ham &  Selly. Main sama-sama, gaduh sama-sama. Kak Ham ni la orang pertama ajar aku melukis. Aku ingat lagi. Kami beza 2 tahun. First dia ajar aku lukis orang muka petak. Sejak tu aku memang minat melukis dan mewarna. 

Masa aku umur 6  tahun, family aku pindah ke Skudai. Aku masih rapat dengan kak ham. Setiap kali cuti sekolah mesti pakat sama-sama nak duduk kampung, rumah arwah atok. Calling-calling la kami set hari apa nak balik kampung. Excited sangat kalau balik kampung sama-sama. Biasanya mak aku akan tinggalkan aku kat kampung seminggu. Budak bandar bila dapat balik kampung, bukan main la seronok. Dapat tengok sungai belakang rumah atok, makan buah-buahan masa musim buah, panjat pokok, buat pondok kat belakang rumah atok, siap masak megi lagi. Semua tu mana lah dapat nak buat kat bandar, kat kawasan perumahan. Tu yang seronok sangat dapat balik kampung lama-lama. 

Tapi Intan, tiap hari pun dia duduk kampung, Tengok sungai hari-hari, makan durian sepuasnya tiap kali musim buah, main basikal keliling rumah, semuanya dia dapat buat hari-hari.  Tapi dia tak dapat tengok bas hari-hari, mungkin dia terbalik dari aku, rindu pulak nak balik rumah tok mak tok ayah dia kat JB, boleh pergi shopping mall selalu, main playground hari-hari, nak pergi mana-mana dekat dan cepat, dan lain-lain lagi. 

Gitu lah beza nya Intan dan aku.. Tak ada pulak gambar aku kecik kecik nak tepek kat sini. Huhu.. Next time maybe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails