Adoi la, pening kepala ngan PTPTN ni. Ada dua benda yang memningkan kepala mak encik ni sekarang. Yang pertama, tadi macam biasa buat pembayaran Ujrah tu secara online, guna FPX dan Maybank2u. Transaksi Maybank2u dah berjaya, dah keluar resit dan FPX pun dah berjaya, dah dapat email dah pun, tapi resit PTPTN keluar status Transaksi FPX Gagal. Adoi sakitnya hati. Sistem kau dah kenapa? Meh aku sekolahkan programmer kau. Selama ni elok je tak pernah pun fail-fail macam ni. Duit dah ditolak dari Maybank aku, tapi penyata PTPTN tak terima pun duit tu. Masalah betul.
Dah hantar aduan ke sistem Bantuan Online PTPTN, tak tau bila dia nak respon. Malasnye la haku nak menelefon call centre dia nak cerita A-z. Stress mak nak!
Masalah kedua ialah, hari ni baru perasan something wrong kat peanyata bayaran balik PTPTN aku tu. Sejak aku tukar kepada pembayaran Ujrah, Aku sepatutnya kena bayar RM180.96. Tapi kata pegawai yang in charge masa aku tukar ujrah tu, aku boleh je bayar lebih genapkan RM200 atau lebih, nanti tetap akan tolak ikut amaun yang aku bayar tu. Tapi hari nni selepas 5 kali bayar sejak tukar Ujrah tu, baki pinjaman aku tu tak sama dengan apa yang aku kira. Patutnya dah tolak RM1000 (5 kali bayar). Tapi short lebihkurang RM100. Dalam penyata terperinci nampak setiap kali aku bayar, akan Kredit RM180.96 dan RM19.04. Tu dah betul. Tapi every 1 hb, RM19.04 tu akan didebitkan semula. Maksudnya hanya RM180.96 je aku bayar. Dah 5 kali bayar, total dah dekat Rm100 short. Ko rase??
Pening mak nak...
Esok kena call PTPTN lagi, Benda paling malas nak buat.. Call Call Call
5 comments:
ptptn ni kalo call kadang2 tak berangkat. nasib ada buka ptptn dalam giant. selalu pergi sana je untuk update info atau tanya apa2..
pitipitien mmg memeningkan...uwuwuwuu T_T
Alhamdullilah dah setle dalam masa 2 hari. Terus call nombor pegawai yang ada dalam laman web ptptn tu, sepantas kilat mereka selesaikan.
Admin blog, mohon share nombor pegawai ptptn...
Hi admin, mohon share nombor pegawai ptptn..thnx
Post a Comment