Rumah baru KekNi sedang dalam pembinaan. Buat rumah kat Kampung je uolls. Tapi nak buat dekorasi rumah tu tema moden jugak. Excited sangat nak mendeko rumah baru, dulu masa deko rumah sewa, KekNi just skecth kat kertas je ko. Untuk rumah sendiri, semangat habis deko guna software 3d, pasal nak nampak real. Gigih belajar sendiri guna software Home Sketcher ni. Bagi yang tak tau, dulu masa isi borang UPU, KekNi berangan nak ambil cos Interior Designer kat UTM tu, tapi tak ada rezeki, cuma dapat Sains Komputer. Maka puas hati jugaklah dapat jadi interior designer untuk rumah sendiri. Haha..
Untuk ruangan pintu masuk. Ada ruang kita letak rak kasut dan sofa rumah sewa yang kecil tu.
Pemandangan dekorasi ruang tamu dari ruang masuk tadi. Cadangnya nak beli sofa L shape yang besar sikit macam ni. Rak Tv nak DIY sendiri guna rak Ikea. Kedudukan Fram dan cermin seperti dalam sketch ni la. Best kan deko guna software 3d macam ni, baru nampak real mana kita nak letak itu ini.
Ni pula ruang makan. Pasal set meja makan kesanyan sumi kat rumah sewa tu dah tema merah hitam, maka ruang makan kita buat la tema merah hitam. Nak pasang wallpaper sikit kat dinding antara ruan makan dan dapur kasi nampak seri. Microvawe, oven dan Water filter insyaAllah kat situ la kedudukannya.
View depan ruang makan. Dua pintu tu ialah bilik. Dan pintu hujung tu toilet. So kita guna ruang yang ada untuk letak peti ais dan mesin basuh pasal ruang ni luas sikit berbanding dapur.
Haa ni dapur. Kecik cinonet je. So tak boleh letak banyak sangat barang.
Deko simple bilik tidur utama. Cadang memang nak letak katil bujang sekali dalam bilik ni. Penat haih tido berempat satu katil. Kang keluar lagi sorang, maunye tidor berlima pulak. Nak suruh tidur bilik sendiri kesian pulak kecik lagi kan. Carpet tu untuk ruang Solat.
Bahagian hujung katil kita susun almari untuk ibu papa dan anak-anak.
Yan ni full view rekabentuk dalaman rumah baru kitewww.. huhu. Rumah setingkat je. Bilik 2 dan bilik 3 tak sempat deko lagi. Deko ruang tamu, ruang makan, bilik utama dan daparu je dah makan seminggu lebih layan software ni. Seronok sangat menghias rumah sambil berangan sampai tak terbuat kerja lain...haha.
Ok la kepada korang yang nak try software ni secara online dan free, boleh la buat kat website dia RoomSketcher. Serius best. Dapat imagine rumah sendiri dan nampak real. Slow slow kayuh, mula mula memang rasa payah sikit, tapi bila dah lama guna, jadi mudah dan seronok sampai tak berenti mengadap menda ni je ha.
1 comment:
Wahh sonoknye dpt buat camni kn..nmpk real je..tq sharing..mmg tgh cari software utk 3d design rumah..hihi
Post a Comment