Followers

Sunday, May 29, 2011

Berangan....

Baru dapat berita baik dari En Tunang. Alhamdulilah, semoga semakin murah rezeki kami. Pastu, sejak dapat tau berita baik tu, terus asyik duk berangan macam - macam.. =) Antara yang diangan kan adalah pasal majlis kami nanti..huhu.

Cantik kan pelamin kat atas tu. Sangat menepati citarasa. Purple putih. Cumanya, kerusi tu kalau tukar dengan kerusi besar yang tinggi tu mesti lagi debomm kan?? Ala kerusi yg orang panggil kerusi mawi tu. Macam kat bawah ni ha..


Boleh bayangkan tak? Cantik kan? Uhuuu... Syoknye berangan. Semoga impian menjadi kenyataan cepat-cepat.. =)

Thursday, May 26, 2011

Blueberry Cheese Tart Untuk Tunang Tersayang


First Layer

25 Mei lepas birthday en tunang saye. Oleh kerana cinta jarak jauh yang memisahkan kami, jadi hanyalah present sebagai penganti diri. Birthday beliau kali ni memang tak nak beli ape-ape. Nak buat sendiri present tu. Nak bagi cupcakes ngeri la pulak kang pos, sampai kat pahang dah tak rupa cup cakes dah..huhu


Jadi, untuk langkah selamat, kita decorate la cheese tart dengan gagahnye untuk beliau yang tersayang. Duk la tersengih sengih sensorang masa menggentel cheese tart tu sensorang kat dapur.


Tapi dalam tersengih tu sedih jugak la. Sebab 5 tahun bercinta, tapi pernah sekalipun dapat peluang nak sambut birthday sama-sama. Kalau ada pun hanyalah belated birthday je... Jauh.. Bukan senang nak jumpe. I cuti dia kerja, dia cuti i kerja. Macam mane? Sedih tak? Sedih kan...uhuk.. =(

Ape pun, Selamat hari lahir buat tunang ku, Mohd Nor Hilmi Mohd Nor.. Semoga panjang umur, di murahkan rezeki(supaya cepat boleh kawen), dan dipermudahkan segalanya... Amin... =)

Tuesday, May 24, 2011

Cincin Tunang Sebagai Senjata Pertahankan Diri


Ahai.. Dah lama nak cerita pasal ni tapi asyik lupa je. Cincin yang aku dapat masa bertunang hari tu aku suka sangat-sangat. Terima kasih kepada buah hati pengarang jantung saya Mohd Norhilmi yang memilih cincin itu buat tunangnya yang sorang ni..

Selain cantik, aku suka cincin ni sebab boleh jadi senjata! Haaaa.. Jangan tak percaya. Kisah dia cam ni, satu hari tu, aku berbual-bual ngan sepupu aku, bertepuk bertampar bagai. Dalam sibuk bersoloteh, tak sedar cincin di jari tergores kat lengan dia... Mak hai, beradarah...

Hu.. tu baru tergores sikit tu, terus calar dan berdarah tangan mak orang tu. Kalau aku seret laju-laju sekuat hati, mau terbelah tangan orang yg kena tu kan? Ape tak nye, batu-batu kat sincin tu tajam oooo... Memang merbahaya..

So lepas tu, terus terpikir jadikan cincin tu sebagai senjata..hehe. Awas, jangan berani nak macam-macam ngan cik aini ye. Huhu. Eh. Kesian jugak kepada sepupu ku yang menjadi mangsa pertama cincin tunang ku.. =)


Monday, May 23, 2011

Permudahkan Lah Urusan Ku

Situasi aku sekarang adalah ibarat rasa nak muntah tapi muntah tak nak keluar-keluar. Aiseh, memang tak sedap perut la kan bila keadaan macam tu. Rasa nak jolok-jolok je tekak bagi muntah tu keluar dengan jayanya supaya perut berasa tenang, selesa dan normal menjadi biasa.Tapi Itu perumpamaan je.

Situasi sebanar adalah tengah bizi dengan kerja, yang mana ada 2 sistem yang perlu di close hujung bulan ni tapi aku tengah stuck kat satu part yang agak kritikal pada dua-dua sistem tersebut. Jadi, perasaan nak menyiapkan kerja itu dengan sepantas dan secepat mungkin adalah membuak-buak tapi terhalang dek kerana stuck nya aku pada part tersebut. Dan aku rasa nak jolok-jolok otak bagi berfungsi dengan lebih bijak mnyelesaikan ke stuck kan itu.

Dah seminggu ye stuck di situ. Serba tak kena. Semalam kononnya ingin membaikkan mood, mencari semangat agar otak boleh berfungsi dengan lebih baik, maka keluar la ambil angin bersama ain dan mai. Tapi malangnya, kekesutan otak tetap tak boleh nak diuraikan. Ye aku rasa, kekusutan itu Cuma boleh diuraikan bila kerja aku setel. Bayangkan la, selalu karokea aku mesti la pilih lagu lama-lama, lembut-lembut, uji Rashid bagai kan. Tapi semalam aku pilih lagu Ella. Hah, tercengan mai ngan ain.

Doa dipermudahkan urusan;

"Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)". (Q.S. Al-kahfi : 10)

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh Menimbus Rumah Anak Yatim Al-Taqwa

Ya Allah.. Kesiannye tengok berita tadi. Pasal tanah runtuh kat rumah anak yatim Al-Taqwa kat hulu langat tu. Kalau tak silap, kira-kira 24 orang anak - anak yatim dan kakitangan rumah anak yatim tu tertimbus. Setakat ni, 5 mayat dah berjaya dikeluarkan.2 lagi dah berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital.

Kesian sangat - sangat. Besar betul dugaan yang Allahberikan kepada mereka. Marilah kita sama-sama doakan agar lebih ramai lagi mangsa dari rumah anak-anak yatim al -taqwa yang akan berjaya di selamatkan.

Thursday, May 19, 2011

Saya Dah Berjinak Dengan Churp Churp, Anda Bila Lagi?

Ok, jangan kutuk kalau anda dah lama bercinta dengan Churp churp ye. Ketinggalan kan blog ni? Haha... Memang dah lama dengar pasal Churp Churp ni. Tapi masa dengar tu, bila ingat churp churp, ingat twiter je. Dah lama pun sign up tapi baru la beberapa hari ni la rajin mengodeh dan mengkaji apa sebenarnye Churp Churp ni.



Contoh iklan Churp-churp. Klik gambar untuk maklumat lanjut =)

Churp churp macam nuffnang juga, medium pengiklanan online yang semakin mendapat sambutan. Malah, nak dapat earning dari Churp churp lagi mudah ye dari nuffnang. Sebabnya, selain promosi kan iklan -iklan Churp churp kat blog, korang jugak boleh guna twitter, facebook, email dan lain-lain ye. Ape guna kawan ribu riban kat facebook tu kalau tak guna peluang ni..hehe.

Sangat menarik,tertarik dan debom. Kepada blogger-blogger yang terasa letih menunggu earning dari nuffnang sebab langsung tak ada buffered earning apetah lagi advertorial untuk sponsored post, join Churp churp adalah langkah yang bijak. Bukan beerti nuffnang tak bagus ye. Banyak kelebihan nuffnang, tapi untuk entri ni kite citer pasal Churp churp kan..

Ok, ape tunggu lagi, mari la sama sama mencelikkan diri dengan kawan baru kita Churp churp. Daftar, dan mula bergiat cerdas..hehe.. =) Klik untuk daftar ye kawan-kawan.

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Sunday, May 15, 2011

Wahai Lelaki...


Ye saye mengaku, mood yang ke laut, tak menentu bak cuaca kat johor yang kejap mendung, kejap panas, kejap hujan lebat ni adalah disebabkan rajuk sahaye dengan en Tunang yang sorang tu. Lama okeh merajuk dari ahad lepas sampai dah masuk hari ahad minggu seterusnya dah ni.

Hello, i bukan jenis yang mengada-ngada nak merajuk suka-suka hati tanpa sebab okeh. Merajuk bila terjadi something SENTAP yang membuat kita terasa hati. SENTAP. SENTAP. SENTAP. Macam di rentap.

Pujuk? Ye, ada la si dia try. Sekadar mintak maaf. Lepas tu sambung ayat-ayat nak pretend diri, nak menegakkan benang yang basah. Oh, itu pun lepas 5 hari i merajuk. How come? Macam mana ati perempuan ni nak cair? Salah teknik la kan..

Lelaki.. Lelaki... Lelaki... Tau tak apa yang perempuan nak bila dia sedang merajuk? Dia nak hatinya digembirakan la. Dengan kata-kata manis yang menyenangkan hati tanpa putus asa sampai si dia ok kembali. Ingat dia suka ke merajuk lama-lama? Marah-marah hati dia tu , tetap la berharap awak datang pujuk dia dengan bersungguh-sungguh.


Kesungguhan menunjukkan usaha, usaha tu pulak perlu la setaraf dengan salah yang awak dah buat. Tengok, dah la bersalah, lepas tu 5 hari lepas tu baru nak pujuk., comfirm la usaha tu perlu berlipat gali ganda kan? Ni tak, pujuk pun tak bersungguh. Bertambah la bengkak hati wanita ku ini...

Hah.. Puas hati.. So kepada lelaki-lelaki di luar sana, tolong la faham ye... Dah la, nak pegi taman, nk duduk tepi tasik sorang-sorang layan perasaan konon-konon macam filem pasrah gitu...


Thursday, May 12, 2011

Kaitan Selera Makan, Rindu, Sibuk dan Bisnes

Selera Makan....

Kak aini, dah 2 hari tak keluar lunch kenape? Tak lapar ke? Tanya budak-budak opis. Ye, aku tak ade selera la akhir-akhir ni, x ada mood. Rasa nak makan kat rumah je. So tunggu la balik pukul 6 karang baru makan kat rumah. Kat rumah pun duk cuit-cuti jamah lauk je.
Bagus la bila kepala serabut cam ni mempengaruhi mood makan. Kalau selalu macam ni boleh la turun berat badan gamaknye. So sila la buat saya serabut, gundah gelana lama-lama ye orang yang berkenaan..


Rindu...

Dah baca entri Dugaan semalam? Lirik lagu Black mentor. Sedap lagunya. Setiap bait kata dia memang 100% kisah aku dan tunang. Berkawan, bercinta dan bertunang pun dah.. Tapi tetap aku kat sini, dia kat sana. Tau ape perasaan aku? Tau macam apa tu rindu setengah mati? Cinta jarak jauh... Tanggung la kan.. =(

Sibuk..

Kerja semakin bertambah, stress lagi la tak payah cakap. Tak tau mana nak kejar dulu. Tapi masih cuba untuk bersistematik dalam buat kerja supaya teratur dan terurus. Nasib baik dah ada JMV, kurang sikit penat, jimat juga masa..

Bisnes...

Alhamdullilah. Semakin murah rezeki. Bersyukur sangat-sangat padamu ya Allah yang melimpahkan rezeki. Tempahan setiap minggu tak putus. Cuma kena kuat semangat la. Penat kat office balik rumah sambung kat dapur pulak. But its ok. Satu terapi yang menenangkan bila buat something yang kita suka kan. Mu bisnes is my hobby.

Sekian, update ekspress yang menyeluruh untuk minggu ini.. =)



Dugaan


Tidak ku sangka hubungan kita
Akan di duga sebegini
Kerna ku jauh di kota
Dan kau pula menyepi di sana
Terpaksa menerima
Hakikatnya ku di sini
Dan kau pula di sana

Malam ini ku hadiahkan
Sebutir bintang pengganti kata-kata
Dengarlah janjiku padamu
Sang rembulan menemani
Sementara menanti waktu bersama
Sabarlah masanya kan tiba

Seringkali ku terbayangkan mu
Dalam mimpiku kau tersenyum
Sedihnya rasa pabila ku bangun
Dari nyenyak tidurku
Masih ku keseorangan
Kerna ku di sini
Dan kau pula jauh di sana

Hari demi hari ku nanti
Tiba malam hari
Kan ku pejam mata
Lihat kau tertawa
Dalam mimpi kita berdua
Terbang di angkasa
Hidup kita sempurna akhirnya

Wednesday, May 11, 2011

Cupcakes Untuk Semua Ibu Seluruh Dunia

Nah.. Tak dapat rasa, dapat tengok pun boleh la ye? Hehe.. Kepada semua yang bergelar ibu di luar sana, Selamat hari Ibu di ucapkan. Jasamu tak terbalas, sangat mulia. =)

Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan

Isnin hari tu kan meeting di KL. Jadi balik tu kena la pergi terminal bersepadu selatan TBS tu ambil bas. Sekarang ni bas-bas dari selatan macam johor, melaka, negeri sembilan tu akan berhenti kat situ la. Dah tak kat pudu lagi sepatutnya. Tapi masa pergi tu, bas yang aku naik dari JB tu berhenti kat pudu gak.. Pelik..huhu

Tapi tak pe la, dapat jugak aku tengok puduraya yang baru. Ok, sangat memuaskan, selesa mak hai. Sejuk je. Tak macam dulu. Orang pun tak ramai cam sardin like dulu-dulu tu. Ye la, sekarang dah seperate kan, bas-bas dari selatan kebanyakkan dah berhenti kat TBS. So tak la sesak sangat puduraya tu kan.

Oh, berbalik pada tajuk semula ye, pasal TBS kat bandar tasik selatan tu. Hari tu kali kedua la aku jejak kat TBS tu. Before this singgah kejap je, turun bas terus azie ambik aku bawak ke klcc, tak sempat nak meronda. Tapi hari isnin tu, banyak masa la aku meronda sebelum beli tiket dan naik bas balik ke jb.


So far, memang sangat selesa. Macam airport kan. Tempat duduk yang selesa,cantik. Siap ada skrin yang tunjuk masa berlepas semua bas. Pastu bnyak gila kakitangan. Cecantik plak tu uniform. Yang penting sangat mesra. 5 bintang la kasi kalau pasal servis..



Ruang kedai pun banyak. Cuma belum banyak yang buka je la. Oh, ada satu kedai roti tu, dia punya bleuberry cheese tart sangat la sedap! Teringat dan teras rasa kat tekak lagi..haha..


Tuesday, May 10, 2011

Bercerita Tentang Hati

Rasa nak menagis, menjerit kuat-kuat... Serius. Tadi balik kerja terus drive ke taman. Ada tasik, ingat nak jerit kat situ. Sekali ramai pulak umat manusia beriadah kat sane. Terpaksa jerit dalam hati je.

Ya Allah... Kuat kan la semangat hamba mu ini...

Perempuan ni, kalau dah bercerita tentang hati dalam blog, comfirm la tengah sedih...

Punca Cuaca Panas Luar Biasa Akhir-Akhir Ini


Panas membahang beberapa hari ni kan. Sapa yang tak rasa panas? Panas oo.. Berpeluh-peluh tidur malam..huhu. Tau tak pasal pe panas semacam je ni ha? Ni cek nak habaq mai. Menurut berita harian la kan...

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong. Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

Tu baru panas dunia tu. Panas neraka tak tau nak kata macam mana kan. Jadi, rajin-rajin la minum air masak ye. Aku ni kalau panas memang tak lekang la air masak. Kalau tak almat merekah la bibir..huhu.


Monday, May 9, 2011

Kisah Nisak Dan KL

Yesterday aku bertolak ke KL atas urusan kerja. Pergi sorang-sorang ke tempat orang, aku tetap la nak cuba berdikari tanpa susahkan sape-sape. Konon malas la nak contact2 kengkawan kat sana sebab diorang ni over caring..haha. Tak nak la menyusahkan diorang kan. Plannye sampai KL terus cari hotel dan sambung buat kerja kat hotel then pagi senin terus pergi meeting.

Bff yang khusyuk mengumpat di tepian pantai. Gambar i dan Nisak masa reunion 2 tahun lepas =)

Tapi last-last call gak Nisak, my bff kat mrsm dulu. Dari cume makan-makan terus plan bertukar tidur umah die plak. Kan i kate kawan2 i terlebih caring. Risau nau aku tidor hotel sorang-sorang. Nak naik train berhenti kat masjid jamek pun mula-mula tak kasi. Punya la risau die, takut aku sorang-sorang. Sampai aku jerit NISAKKKK AKU BUKAN BUDAK KECIK LAGI LAAAAAAAAAAAA.... Nisak pulak jawab.. AINI, KL bahayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Hahaha...

Itu la kawan yg baik. Sangat caring dan concern pasal kawan dia. Aku pulak naik segan ngan dia duk datang jemput aku, pastu pagi isnin hantar aku meeting baru patah balik pergi office dia semula.. Dah dua kali ni. Thanks nisak!!! Nanti datang JB turn aku pulak layan n belanja kau ok..huhu.


Friday, May 6, 2011

Celcom SOX Drum and Dance 2011 - Johor

############ This is Sponsored post ##################


Bulan lepas, dengan gembiranya aku dapat jemputan dari Nuffnang untuk me review satu dance competition even yang akan berlangsung kat Johor Bahru. Oh bersemangat jugak nak pergi. Jangan tak tau, i ni masa sekolah rendah, aktif jugak menari-nari ni, gimrama pun ade join tau.. Ha, sila percaya, ini bukan cerita bohong!

Ok, itu cerita zaman kanak-kanak, sekarang ni cerita pasal zaman muda remaja pulak. Dance competition yang dimaksudkan adalah Celcom SOX Drum and Dance Competition atau lebih detail dan panjang lebar tajuknye adalah S.O.X All Stars Drum and Dance 2011 Third Season (Southern Region). Meriah tu.. Tajuk pun dah meriah kan. Yang berlansung pada 30 April, Sabtu lepas.

Pertandingan tarian yang menampilkan peserta yang super energetic ni bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru, area larkin sana. S.O.X Drum and Dance ni juga berlangsung di serata Malaysia bagi mencungkil bakat-bakat terbaik dari seluruh malaysia untuk bertanding pada final S.O.X Drum and Dance yang akan berlangsung pada bulan June 2011 ni kalau tak silap.

Untuk info, S.O.X Drum and Dance ni semakin hot ye, 2010 punya grand final kat Stadium negara lebih dari 8400 orang datang menyaksikannye. Hadiah pun lumayan. Mana tak nye, Celcom nak bagi more than RM 100 000 worth of cash & prizes this year ok. Kalau akak masih sekolah dik, dah ajak dah geng bassekolah akak register competition ni wakil sekolah kami dik..huhu.

So, untuk wilayah selatan ni, antara sekolah yang mengambil bahagian memeriahkan pertandingan ni ialah SMK Impian Emas, SMK Bandar Baru Uda, SMK(P) Methodis, Sekolah Tinggi Melaka, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi dan SMK Tun Mutahir. My former school tak tersenarai ye sebab i dah tak de kan, so dah tak terer la skill diorang..haha.. Kononnye..


Ok mari layan gambar-gambar semasa Celcom All-Star Dance and Drum 2011 ni berlangsung.

Wah.. Suka.. Dulu2 suka berangan nak macam ni jugak. Tapi haipp! X boleh, seksi la wak..hehe.

Dari Sekolah Sains Kota Tinggi.Bersemangat oo.. Dan berjaya akhirnya ke grand finale!

Tak kurang bersemangat dan tak nak kalah. Untuk kategori Cheer Dance All Boy oleh SMK Bandar Baru Uda.

Oh barisan juri yang khusuk menilai dan meberi markah

Ha.. Lompat jangan tak lompat! Tapi jaga-jaga dik, ada bawak seluar spare tak kalau terkoyak kang? Hehe..

Comel.. Antara yang interesting adalah uniform diorang. Eh uniform ke costum? Ha tak kisah la, tapi memang suka la tengok..

Barisan penyokong tukang sorak yang memeriahkan suasana


Lastly, gambar kesemua peserta bergambar sama. Cool ya. Walaupun dalam competition tetap mesra gitu.


Hurmm.. Tengok gambar pun rasa nak ber dancing together kan.. Seronok dan mengujakan. pada pendapat aku, aktiviti macam ni bagus diteruskan. Ada faedah. Selain dapat hadiah yang lumayan, menyihatkan badan sekali gus dengan aktif macam ni. Tahniah kepada organizer dan pihak penaja Celcom, yang berjaya mengilhamkan Celcom S.O.X All-Start Dance and Drum 2011 yang bermanfaat untuk remaja macam ni.

Dan tak lupa tahniah kepada group-group yang berjaya masuk ke final nanti di Kuala Lumpur Bulan depan. Tahniah korang. Buat yang terbaik, bawak nama Johor sekali...hehe.. Kasi bangga negeri Johor ok!!!

Thursday, May 5, 2011

Lagi Gambar Menggiurkan Dari Ceruk Dapur Aini

Hai.. I memang suka letak gambar yang menggiurkan kat blog ni..


Salah satu tempahan dari customer untuk tunang beliau..

Choclate Moist Cupcakes With Strawberry

Nak try? Tempah la.. kat blog ahkak yang satu lagi.. simaniscomel.blogspot.com

Wednesday, May 4, 2011

Alhamdullilah.. Tak Perlu Naik Teksi Dan Bas Lagi. Huyea!

Hari pertama drive ke office dengan kereta baru, tertinggal beg laptop kat rumah. Terpaksa patah balik rumah, ambik balik laptop. Dah la 15minit dari office ke rumah. Pergi balik tak ke setengah jam? Haaa... lagi hazab bila sepajang hari kena perli dan gelak dek dak-dak office. Eksited bawak kereta sampai laptop tinggal kan kat rumah...haha

Ops.. Jangan pelik aku duk pikul beg laptop ke hulu ke hilir. Kerja cam i memang gini la kekdahnye. Mana boleh tinggal kat office, mesti kena sambung buat kerja kat umah punya. Terpaksa la pikul, kadang terasa cam ninja turtle gak ade cengkerang kat belakang tu tak boleh pisah.. Tapi nak buat cam ne.

Oh, seronok jugak drive kereta rupanya. Tak sangka aku berani jugak drive. Ingat seumur hidup tak kan berani. Rupanya berani juga. Kalau tau punya senang drive kereta auto, tadika lagi i dah bawak dah..huhu.. BERLAGAK tak terkata kan..

Anyway, thanks to Maisarah yang teman aku berlatih drive masa cuti hari tu. Walaupun kadang-kadang masa aku menjerit cuak nak masuk simpang dia sibuk make up test bb compact powder silkygirl baru dia tu kannnnnn tanpa menghiraukan aku kan..haha. Tapi berkat dia jad peneman aku 2 hari tu, akhirnya aku dah berani dah drive sorang-sorang ke office minggu ni..

So, geng bas sekolah i yang lain-lain, dah senang kije nak pergi meronggeng lepas ni kan?? Bile-bile mase je calling2 i terpacak dah depan umah u without teksi atau bas..huhu.

Sunday, May 1, 2011

Yeah! Saya Sudah Boleh Memandu

Ehem.. Tak payah la nak kutuk i yang baru boleh memandu ni. Lempang nak? Ye, memang di akui dan di ketahui ramai aku ni memang la agak lembab bab driving ni. Berapa tahun aku ambil masa nak bina confident memandu? Lama ooh.. Start amek lesen masa second year kat UTM dulu. Dan sekarang dah 2 tahun tinggalkan alam universiti tuh.

Dan baru sekarang berani. Hah! Aku rasa keberanian tu menjadi kerana dah ada kereta sendiri dan kereta tu auto plak tuh. Haha.. Selama ni , kereta kat rumah aku semua manual. Tersangat la bengapnye aku bawak kereta manual. Kalau nampak bonggol kat jalan alamatnye LANGGAR SAJA BONGGOL ITU kerana tak sempat nak tukar gear...haha.

Memang payah gile la aku rasa, sampai aku fed up dah nak bawak. 2 tahun pergi balik kerja naik pengangkutan awam. Then, bila dah asyik nak bergaduh je ngan driver teksi, beli jugak la kereta. Ehem. Dah dua hari drive merayau-rayau bersama cik maisarah kite, terasa best pulak drive kereta sendiri..uhuuu.

p/s : Kecewa sikit sebab tak dapat warna merah menyala. Dah tak keluar warna merah lagi katenye.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails