Followers

Tuesday, May 10, 2011

Punca Cuaca Panas Luar Biasa Akhir-Akhir Ini


Panas membahang beberapa hari ni kan. Sapa yang tak rasa panas? Panas oo.. Berpeluh-peluh tidur malam..huhu. Tau tak pasal pe panas semacam je ni ha? Ni cek nak habaq mai. Menurut berita harian la kan...

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong. Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

Tu baru panas dunia tu. Panas neraka tak tau nak kata macam mana kan. Jadi, rajin-rajin la minum air masak ye. Aku ni kalau panas memang tak lekang la air masak. Kalau tak almat merekah la bibir..huhu.


1 comment:

Muhammad Izuan said...

panas sgt. malam tidur terjaga sbb berpeluh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails