Followers

Wednesday, November 23, 2011

Aku Dan Kerja

Minggu lepas dan minggu ni memang tak duduk ofis sangat. Last week adalah kat KL dari Ahad sampai Jumaat untuk kursus Software Tester.. Nak berubah arah kan dari Programmer kepada Software Tester pulok.. Lama kot kursus.. Tapi best. Walaupun trainer nye adalah di import dari India dan 100% english yang macam dalam cerita hindustan tu kan (sila bayangkan..) tapi course ni sangat bestnye... Rasa bersemangat nak jadi software tester.

Dalam kelas tu macam-macam orang dari IT background ade. Mostly adalah yang memang software tester la.. Selain tu ada jugak QA, Testing Engineer, Lecturer, Bisnes Analyst dan lain-lain ade sorang tu IT officer dari Sudan. semuanya datang dengan matlamat nak dapatkan certificate ISTQB - International Software Testing Qualification Board. Lepas 5 hari kursus, kena attend Exam. Mak hai, susah kemain la examnye! Langsung tak sama dengan contoh soalan exam yang bertubi kitorang buat mase kelas... Nages kakak!

Jumaat malam balik JB dengan muka muncung sebab sepatutnya tak nak balik lagi sebab dah apply cuti sabtu tu, dah approve dah. Tetiba bos kata kena datang jugak sabtu sebab ada interview penilaian prestasi.. Hancur harapan nak pergi majlis kahwen kawan dan dating.. Sedey kakak!


Sabtu tu datang opis dengan lemah longlai... Tak ade pun buat preparation untuk interview tu sebab tak ada mood kan. Gila kan, interview prestasi tu untuk penilaian naik gaji ko tapi ko buat perangai ye sebab kononnye nak protes cuti di cancle kan di saat akhir...

Masa interview tu, masuk je blik meeting bos dah awal-awal say sorry sebab terpaksa canclekan cuti sebab kena buat interview tu hari tu gak kerana sebab2 yang tak dapat di elakkan. Ok la, sejuk sikit hati ni dah. Dan bermula la sesi menemuduga.. Cerita la pasal kerja bla bla bla bla bla.... Macam -macam la di bincngakan masa tu.

Sebelum masuk interview tu aku agak risau kalau isu aku selalu sibuk dengan bisnes kek aku sampai kadang2 depan bos, tengah meeting customer call, jadikan opis tempat transit kek aku sebelum hantar pada customer sume kan..hihi... Tapi alhamdullilah tak la..

Dan Alhamdullilah jugak bos-bos pandang sikap aku yang gigih cari duit,teliti dalam hias kek, dan kuat berusaha untuk beli sesuatu sebab tak nak berhutang sebagai satu sikap positif yang bagus diamalkan dalam pekerjaan aku sekarang...

Hehe.. Positif komen bos, maka positif jugak result interview tu kan?? Alhamdullilah.....

1 comment:

Eliss said...

me pulak kena belajar language programming lain pulak lepas restructure ofiz me ni. tension jugak memikir sebb rasa dh tepu dah nak belajar language lain :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails