Followers

Saturday, November 12, 2011

Hadiah hari Jadi Untuk Puan Emak

6 November 2011. Birthday puan emak saya ye. Dah lama dah pikir nak belikan beliau handbag baru. So masa birthday ni la masa yang paling tepat. Mak ni jenis kalau beli barang yang mahal dia tak nak, seboleh-boleh nak yang paling murah. Emak kan... Dia tak pikir sangat pasal diri dia, dia rasa banyak lagi benda penting yang dia patut guna duit tu untuk keluarga,

So, aku pun dalam diam-diam beli la beg ni. Swiss Polo. Yang bestnya masa tu kat The Store tengah sale menggila handbag. Punya la meroyan aku nak pilih. Sebab banyak yang cantik-cantik belaka dan berkenan di hati. And lastly yang ni la yang menjadi pilihan hati untuk puan emak. Ada diskaun 50% tu. Ok la tu kan... Separuh harga. Dari RM149 jadi RM 75 je la lebih kurang.

Dah beli, bawak balik bagi mak, kemain la suka beliau. Aku pun happy la dapat menghappykan orang tua.... Selamat Hari Jadi Emak... hehe =)


1 comment:

Dalila Hamid said...

Selamat hari jadi..... semoga makcik sentiasa dilimpahi kasih sayang anak2.... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails