Followers

Saturday, February 25, 2012

~ Bride To Be ~ Benda Penting Dalam Majlis Idaman

Wah tajuk tak boleh belah.. Sejak kecik, or dari dulu lagi setiap kali aku pergi majlis kahwin aku suka beberapa benda dan aku selalu berangan dan bercita-cita bila tiba saatnye majlis aku pulak, aku nak pastikan semua benda tu mesti ada. Sebab ape? Sebab aku suka kan tradisi ni dan aku nak kekalkan tradisi ni because I love it!!.

First thing adalah telur. Kalau zaman dulu-dulu sampai lah zaman 90 an memang macam wajib la kan bagi telur kepada tetamu masa majlis perkahwinan. Tapi zaman sekarang adalah amat susah nak jumpe majlis kahwin yang ada telur diberi kepada tetamu. Biasanya telah digantikan dengan macam-macam doorgift atau something sweet like kuih bahulu, cokelat, gula-gula dan what ever lagi la kan...



Aku tak tau la kenapa tak nak bagi telur tapi bagi aku, aku tetap akan bagi telur jugak disamping doorgift yang lain. Dan telur pindang adalah mesti bagi aku selaku anak Johor. Tak tau la nak cakap macam mana, sebab bagi aku telur dan majlis perkahwinan itu dah sinonim...

Ok yang kedua adalah bunga rampai. Bunga rampai adalah daun pandan yang dihiris halus dan dicampur dengan pelbagai bunga wangi yang menghasilkan haruman yang cukup klasik dan aku sangat sangat sangat suka okeh.... Seronoknye gotong royong buat bunga rampai dengan sepupu-sepupu menjelang majlis. Dari kecik sampai dah besar ni, tu la tugas aku bila sedara mara aku kawin. Tapi kali ni aku resign la, takut rosak jari pengantin ni nak menghiris daun pandan..huhu...


Dan untuk majlis ni aku nak buat lebih la bunga rampai... Nanti masa majlis, berangan nak suro flower girl kecik cinonet iaitu anak-anak sepupu aku tabur-tabur kat aku selaku pengantin masa berarak masuk dalam dewan nanti... Ahai.. Malu...Terover berangan pulak...huhu.

Ok tu je la setakat ni....

~ Bye bye bye ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails