Followers

Monday, February 6, 2012

Pengapit Saya Nak Kahwin Dulu Dari Saya




Bakal pengapit saye adalah dengan ini telah meletakkan jawatan sebagai bakal pengapit kerana dia telah mengambil keputusan drastik untuk bernikah sehari sebelum hari pernikahan saya. Saya adalah dengan itu sahangat lah bersedih hati kerana bukan sahaja kehilangan pengapit malahan juga bakal tidak dapat menjadi orang penting masa majlis dia dan dia jugak begitu...

Tapi setelah beberapa hari memujuk diri, akhirnya sahaye berjaya jugak menerima kenyataan... Saya telah pulih dari rajuk saya kepada beliau dengan pujukannye untuk hadir pada majlis saya dengan baju pengantin bersama-sama suaminya nanti memandangkan majlis saya di dewan adalah sama hari dengan majlis bertandang beliau iaitu di rumah suaminya setaman dengan saye....

Oh, ini adalah gambar majlis bertunang beliau pada sabtu lepas... Saya telah menghadirkan diri dengan pasrah tetapi bersemangat.... Beliau kelihatan sangat cantik tapi tak habis-habis kate make up macam bapok dan tudung kemek2.. Dusta belaka.. bagi saya dia sangat cantik di majlis pertunangan beliau itu...

So status kami sekarang adalah sama, tunangan orang... Bertunang pada bulan yang sama tapi tahun berbeza, akan bernikah selang sehari, dan beranak pada bulan yang sama insyaAllah....Hahaha...

Hoho... Mai, tahniah dan selamat menjalani hidup baru, semoga kekal hingga akhir hayat... I Love u.... =)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails