Followers

Wednesday, June 27, 2012

Honeymoon @ Langkawi Day 1

Ikut hati malas la nak pecah-pecahkan cerita ni kepada bab bab tau. Nak je letak semua gambar dalam 1 entri. Tapi disebabkan banyak nau gambar sampai tak terkira, so biarlah di ceritakan ikut kronologi okeh. Hei, gambar kawin tak upload lagi dah sibuk cerita pasal honeymoon kan? Ala rilek la, gambar tak dapat lagi dari photographer... =)

Baik, cerita dimulai.. Kami bertolak dari Pahang hari selasa petang. Tapi tak direct ke Langkawi terus. Kitorang singgah Pulau Pinang dulu, sebab dah malam kan, so stay la sana dulu. lagi pun ade orang tu teringin sangat nak naik jambatan pulau Pinang tu. So pagi rabu kitorang gerak ke Kuala Kedah dari penang. 

Aku dari dulu memang suka negeri negeri belah utara ni. Pasal pe? Pasal kalau dari highway kan, view die sangat la menenangkan, kampung, sawah padi... Aku suka sangat. Since aku belajar kat Matrik Penang dulu la. Pernah dulu masa berkawan lagi dengan husband aku ni, aku cakap kalau bleh nak cari bakal suami orang penang. Best. Nanti ade kampung yang ade sawah...hehe. Die still ingat lagi aku pernah cakap macam tu...


Kitorang sampai Jeti Kuala Kedah dalah pukul 12 tengahari. sampai je terus cari feri. Sekali feri yang ada pukul 1.30 petang. Hadoyai.. Masa tu rasa nak marah je. Sebab dah membazir setengah hari tau sebelum sampai langkawi. Patutnya dalam plan pukul 12 tengahari tu dah sampai langkawi dah, maksudnya kena sampai jeti pagi la dalam pukul 9. Ni la gamaknye teruja sangat nak nek jambatan pulau pinang, sampai lambat bertolak dari sane.. Tapi kakak redho.. Mane bleh marah2 pergi honeymoon..huhu.


Masa ni tengah beratur nak naik feri ni. Excited sangat cik abang saye. Die first time pergi langkawi dan first time jugak ye nak naik pengangkutan air...hahahahahaha. Gelak berlagak sebab ini kali ketiga aku pergi Langkawi dan tak terkira banyaknye kali aku naik feri atau bot... So boleh tunjuk eksen sikit kat die. Kebanyakkan aktiviti kat Langkawi aku dah plan siap-siap dah. Sampai nak pergi mana, lepas tu nak pergi mana, nak makan kat mane..


Ok akhirnya ade gak ga,bar aku kan. Seriously dalam camera memang banyak gambar die je. Aku kurang la. Sebab dah boring amik gambar kat Langkawi.. Hahahaha.. .berlagak lagi kan. Tapi sebenarnya aku teruja nak pergi Langkawi lagi sebab nak sangat naik cable car tau. Tu yang buat aku eager sangat nak pergi sana lagi.

Ok dalam pukul 3 macam tu kitorang pun sampai la kat Langkawi tu. Sampai-sampai terus makan tengahari kat Jeti Kuah tu. Punya la kebulur sebab pagi cuma saarapan roti sorang sekeping je. Dah petang baru sempat nak makan kan... Lepas makan maka bergerak la kami ke hotel. Dah siap booking awal-awal dah. Kitorang stay kat Bella Vista Resort and Spa. Dekat je ngan pekan Kuah. 


Nah, ni view aku snap masa nak naik lif dari lobi hotel.. Mengadap laut. Santek kan? Tenang gila rasa. Seronok sangat-sangat.  Tak percaya? Tengok la betapa serononnya encik abang saya kat bawah ni ha.. Gambar bawah ni view kat tingkat 3. Bilik kami la.. Gembira sangat sampai macam tu gayanye. Tepuk dahi je la binik dia. =)





Konsep macam istana kan? Macam istana pasir pun ada. Oh lupa, lepas makan kat jetty Kuah tu, kitorang pergi cari kereta sewa pulak. Untuk pusing-pusing Langkawi. Hey, dari sebelum nikah lagi selaku ketua rombongan, aku plan nak sewa viva je tau. Ye la, nak jimat kan. Lagipun berdua je kan. Tapi tapi tapi tapi.... Encik abang saya tu kata, kalau amek kereta kecil, dia malas nak bawak jalan-jalan, duduk je hotel. Kalau kereta best, baru la best nak bawak jalan-jalan. Geram sangat! Boleh main ugut-ugut kan..


Dan akhirnya dia ambil Honda City dengan gembiranye. Pastu aku pulak ugut dia, malam nanti abang tidor je la dalam kereta... Ok lepas berehat kejap pas check in tu kan, petang kitorang keluar la sekejap. Pendek je masa kan. So petang tu sempat pergi cari agen untuk buat Island Hopping esok pagi. Alhamdullilah memang senang je nak cari. Berlambak kat Jetty Kuah tu. Tapi kena pandai pilih la, harga beza-beza. Ade mintak RM40, RM35. Aku dapat yang RM 30.


Lepas tu kitorang pergi dataran helang. Macam biasa lah, siapa lagi yang teruja nak ambil gambar kalau bukan dia kan..hehe =). Maghrib kami balik hotel semula. Mandi, smeyang siap-siap dan malam kitorang pergi pekan Kuah pulak. Shopping cokelat siap-siap malam tu. Kat Haji Ismail Group. Dah habis shopping, masuk kedai depan Haji Ismail group, rupanya cokelat kat sna lagi murah tau. Terus menyesal kejap..huhu. 

Lepas shopping kat pekan Kuah, kitorang ke pantai Chenang pulak. Cita-cita pergi sana nak makan seafood fresh la katanye. Ramainye la umat manusia kat pantai chenang tu kan. Cari cari kedai, akhirnya, jumpa la satu kedai ni yang dekat ngan laut. Tapi tak nampak pun lautnye sebab malam dan kat laut tak de lampu. dengar bunyi angin laut je la.. Dan ini je la yg kitorang makan. Ikan kerapu sweet sour dan tomyam seafood. Ya Ampun mahal kau. Total RM 76.50. Gembira sakan membayarnye....hauhauhauahau...


Lepas makan tu gerak la semula ke hotel... Dan tido... krohkroh...huhu.... Habis la cerita hari pertama, tak tau la bile pulak nak sambung cerita hari kedua.... =)

Tuesday, June 19, 2012

My Wedding ~ Orang Kuat Di Sebalik Majlis


Ha.. Ni gambar lepas nikah ni. Baru nak hilang berdebar you... Dah nak maghrib rasanya ni. Lepas nikah ada majlis makan sikit untuk semua yang hadir masa nikah tu. Tapi  pengantin tak makan pun. Masa ni aku segan lagi, rasa tebal gila make up aku. Haha.. Ok masa orang sibuk makan kat dalam dewan, aku lari la pergi tempat orang merewang. 

Kat sini la orang orang kuat majlis aku berkampung. Sibuk semuanya. Sepupu sepupu aku yang sangat sangat banyak membantu dari awal sampai la akhir majlis. Anak-anak diorang pun bersemangat sama. Tengok la tu, ade yang terlentang tidur kepenatan. Seriously aku sangat la suka gambar ni. Suka sangat-sangat. Gambar candid yang menjadi..hehe

Thank you so much cousins!!!

Eh, suka sangat veil tu.. Menjadi jugak hasil DIY pengantin..huhu... =)

Menerima Tempahan Doorgift Untuk Majlis Anda Pula!

Haha.. Cerita pasal majlis kahwin pun tak start lagi dah sibuk nak cerita pasal bisness baru la pulak. Ape nak buat, sementara nak tunggu gambar kahwin dari photographer kan, adelah elok aku mengisi ruang dengan bercerita pasal bisness baru ni kan.

Baikklah, lanjutan daripada perasaan kecintaan terhadap projek DIY masa sibuk buat persiapan majlis kahwin aku hari tu kan, maka aku telah membuat keputusan untuk terus ber DIY dan kali ni untuk majlis majlis orang lain pulak. Matlamat utama adalah kerana hobi, dan perasaan suka melihat benda2 comel ini. 

Maka dengan itu, tercetus lah idea untuk buka CuteCreativeCreation.blogspot.com. Blog ni aku dedikasikan khas untuk produk -produk DIY yang aku hasilkan. Dan, aku dah bersedia untuk menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat. Jadi, pengunjung blog aku sekalian yang berminat nak tempah atau nak tengok doorgift comel-comel boleh la jenguk ke CuteCreativeCreation.blogspot.com ok.

Macam-macam doorgift ada yang sesuai untuk majlis perkahwinan, harijadi, reunion dan sebagainya. Antara produk ialah Buku doa dengan nama, soft cupcakes dari saputangan, kotak comel, potpourri comel, bunga telur, bunga penanggah, paper bag comel dan lain-lain yang akan aku upload lagi. Kalau rajin, promote la kat kawan-kawan, sedara mara, jiran-jiran semua ye.

Daaaaaaaaaaaaaaaan yang paling penting, sempena pembukaan blog baru aku tu, Cute CreativeCreation, adalah sikit promosi yang aku buat. Yang mana, 5 penempah terawal bagi setiap produk akan dapat harga istimewa. Alhamdullilah, lepas iklankan kat mudah.my ramai yang berminat terutamanya dengan doorgift cenderahati buku doa dengan nama tu. Ye la, comel, boleh letak nama pengantin lagi. harga pun berpatutan. 

So ape lagi, sila la jenguk CuteCreativeCreation kita ok.... Daaaaaaaa...

Antara produk...







Tuesday, June 12, 2012

Sebak

Hari ke 18 menjadi seorang isteri. Hari kedua berjauhan dengan suami. Sebak sangat rasa masa masih di atas sejadah maghrib tadi. Rindu sangat nak solat berimamkan suami lagi. Satu perasaan yang tak tergambar. Perasaan yang tak pernah aku rasa dulu. Masih ingat lagi, pertama kali kami berjemaah berdua, dalam bilik pengantin, jelas aku dengar suara dia sebak mengimamkan solat. Sama-sama sebak. Sebab itulah waktu yang kami tunggu sejak 7 tahun dulu. Menjadi hak yang halal kepada masing-masing. 

Perkahwinan memang indah... Segala yang kita angan angan kan masa bercinta dulu dapat kita jadikan realiti.. Alhamdullilah ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana kau kurniakan dia kepada aku. Yang mampu menjadi imam untuk aku dan bakal anak-anak kami. Semoga kurniaanmu yang amat berharga ini kekal hingga akhir hayat. Dan peliharakan lah hati kami supaya kekal bersatu dan bahagia ke akhirnya. 

Amin.....

Monday, June 11, 2012

My Wedding ~ Berinai Lah Si Pengantin

Ha... Kakak cerita pasal berinai dulu ye. Ye la, memandangkan tak banyak lagi  gambar dari jurukamera rasmi tu kan. So kite up gambar yang   ada dalam kamera handphone je la yek. maaf la kualiti gambar tak la macam kamera godang tu kan. Hai cakap pasal handphone meremang bulu roma mengenangkan samsung galaxy s yg retak tak hantar pergi repair lagi. Ngeri weh bila tanya harga 4 5 ratus nak tukar skrin je ha...


Ok back to the story la ye. Mula-mula ingat nak pergi buat inai kat bazar karat jb. Kononnya malam sebelum nikah la nak pergi sebab siang tu separuh hari dah kat spa. Tapi mendapat tentangan hebat la pulak. Jangan di buat pengantin keluar malam nak bernikah, tak padan dengan darah manis! Katenye... Jadi aku beli je inai india kat kedai pastu suroh cousin aku lukis kan. Nasib baik die pandai jugak buat. Simple je aku nak...


Ten ten ten ten... Ni lah hasilnye... Simple je kan? Suka sangat. Design dia aku tunjuk yang dekat blog sape ntah. Memang cari yang simple. Kang meriah sangat takut kena marah ngan tok kadi pulak..hehe. Tang jari tu pulak lepas inai lukis kering, baru la di bubuh inai daun hasil tumbukan sepupu sepupu aku jugak petang tu. Tapi sayang la, tak berapa merah sangat inai daun tu, sedih kakak..


Ok inilah hasilnya inai lepas kering. Inai lukis tu merah gila. Kalau tengok dekat-dekat, macam lukis pakai marker..haha..  Tapi puas hati lah.. Terima kasih la kepada Kak Ham dan Selly yang tolong inaikan aku malam tu. Sampai pkul berapa ntah malam tu.

Thanks sangat2 =)

Sunday, June 10, 2012

Dengan Rasminya Telah Menjadi Puan Nor Aini



Secara rasminya, genap 2 minggu penulis blog ini telah bertukar status kepada Puan Nor Aini, iaitu separuh daripada Mohd Norhilmi Bin Mohd Nor. Perjalanan, pengalaman selama 2 minggu ini sangat sukar nak di ucap dan diceritakan. Macam-macam perasaan yang ada. Setiap hari masih cakap 'Eh betul ke kita dah kawin ni??'. Masih sukar untuk dipercayai... =)

Nak bercerita, tak tau nak mula dari mana ni. Macam-macam nak cerita ni... Dari masa persiapan seminggu sebelum majlis, majlis akad nikah, malam berinai, majlis bertandang sampai lah honeymoon semuanya dah selesai tapi ssatu cerita pun belum up lagi...hehe

Maklumlah pengantin baru sibuk menghabiskan cuti bersama suami tercinta. Esok dah mula kerja. Sebak sangat bila husband hantar balik KL tadi. Mulai esok, bermulalah pengalaman menjadi isteri jarak jauh selama beberapa hari.... =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails