Pejam celik pejam celik dah masuk 2 bulan jadi surirumah terhormat.. Kelip kelip mata macam tak percaya. Sengih sengih sensorang di malam buta begini bila ingat yang esok pagi tak payah gopoh gapah mandi awal awal pagi, gosok baju kerja dan masuk office.. Hidup dengan penuh bertenang..
Rutin harian, time subuh masa anak merengek mnyusu, buat susu pastu kalau rajin @ banyak tempahan, sibuk la aku membuka laptop siapkan design , check email, respon form customer, update report bulanan semua sampai pagi. Kalau tak rajin, aku join intan tido semula..haha.. Ummm tapi biasanya memang tak rajin.. Pisss yo.. Pukul 8 bangun la.. Sementara tunggu intan bagun, aku stay lagi kat bilik mengemas ke, sambung design ke.. Selagi dia tak bangun, tak keluar bilik aku pasal dia tido atas katil, kalau dia terjaga time orang tak da kat bilik memang bahaya... Tapi biasanya 8.30 pagi bagun la dia.. Tak pun dia yang bagun dulu cepuk2 muka ibu suruh bangun...hoho..
Intan dah bangun tu letak dia dalam walker, pastu aku buat la ape yg patut, basuh baju, buat bubur intan, buat sarapan ---- > ni jarang gila sebab sejak minum herbalife memang tak sarapan. Dan selalunya bangun2 mama @ abah dh siap sarapan.. Haaaaaha.. Dasar menantu hantu... Sambil membasuh baju tu aku mandi kan intan. Intan pulak baik macam ibu dia kan, lepas mandi, bagi susu, masuk buai, maka tidoooo la dia... Masa dia tidur tu la aku mandi dan start prepare untuk masak tengahari.. Haaaa.. See.. Aku masak jugak hokey.. Tengahari la masa nak melantak sedap sedap...
Tenghari siap makan, siap bagi intan makan, main main ngan ingan sampai dia penat, bagi dia tidur lagi... Masa dia tidur ni aku sambung lagi mengadap laptop... Pastu kalau intan tak bangun bangun lagi aku pun join dia tidur petang...muehehe... Petang kang dalam kul 5 dia bangun ajak dia main, jalan jalan keliling rumah pastu mandi kan dia, makan kan dia... Tidur lagi masa manghrib,,, kang papa dia balik kerja pukul 8 malam mcm tu dia pun bangun... Pastu pass button ke papa dia plak handle... Hehe...
Gitu la rutin kalau papa dia kerja siang.. Aku biasanya boring, resah gelisah je kalau papa dia kerja siang.. Sebab tak tau kadang nak buat apa and siang tu rasa panjang sangat masa dia... Kalau papa dia cuti atau kerja malam best sikit. Pasal siang selalu nya papa bawak jalan.. Kalau cuti dapat la pergi cameron ke, kl ke..kalau tak cuti dapat pergi pasaraya tong fatt pun jadi la kan intannn...Dasar ibu kuat berjalan... Haha.. Tapi tu la,,, habis dh seminggu terperuk kat rumah, mesti la gian nak berjalan kalau ada peluang kan..
Hurmmm... So far pengalaman menjadi surirumah ni ok la, tenang la sikit otak. Dapat tengok anak tiap masa, tak payah melayan kerenah client yang menjengkelkan, tak payah pikir masalah kat office sampai ke rumah.. Tenang sangat... Tapi if dapat jadi surirumah di rumah sendiri aku rasa 1000 kali lagi best kan... Tak sabar sangat....
2014.... Cepat la datang.. Aku dah berangan angan dah nak cat rumah warna apa uollss.. Kabinet dapur pesen mana pun dh google hokey.. Nasib tak tempah perabot je lagi... Over sangat walupun hakikatnya tapak rumah pun tak wujud lagi... Hahahaha...
Kepada suamiku yang tercintaaaaaaaaa.... Harap janji 2014 di tepati okey..... Bukan di capati yaaaaaa...
Friday, December 20, 2013
Tuesday, December 17, 2013
Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri
Gila laaaaa... Tengok gambar2 perkahwinana Jovian dan Nina ISmail ni terkesima aku.. Cantik sangat... Rasa macam nak ulang kawin semula, nak tiru sikit tema dan baju diorang... Sumpah cantik.. Sama cantik sama padan Jovian dan Nina ni kan.. Comel pun ada aku tengok...
Layan la gambar majlis diorang ni. Kredit gambar kepada PrettyPeektures yang merakam majlis serba indah ini..
Layan la gambar majlis diorang ni. Kredit gambar kepada PrettyPeektures yang merakam majlis serba indah ini..
Thursday, December 12, 2013
Suri Rumah Punya Cerita
Hai.. Aku baru habis lipat baju. Ngam-ngam habis lipat baju anak dah merengek minta susu nak tido. Buat susu, masuk buai.. Habis susu dengan mata dia masih pejam merengek lagi tanda nak puting nyoyot dia.. Sumbat puting nyonyot terus tidoooo..
Terus ibu dia on laptop bercita-cita nak menghupdate blog yang dah berhabuk..hehehe.. Actually minggu ni aku rasa agak lemau.. Ehmm.. Padahal tiap minggu pun lemau jugak... Tapi aku tetap bertabah... = ) Aku sebenarnya dah rindukan Tesco, Jusco semua... Kip Mart juga tak lupa.. Hidup dekat bandar dari kecik sampai besar dan tiba-tiba berhijrah ke sini lepas jadi mak orang agak mencabar dan emosi juga la..
Mana taknya.. Aku dah biasa ke sana sini sendiri.. Nak pergi mana pun sendiri drive tak ada masalah masa kt JB.. Nak shopping, nak pergi makan luar, nak jenjalan.. Semua mudah.. 5minit dah sampai, Tapi bila kat sini semuanya jauh.. Aku tak berani nak keluar sendiri. Mesti nak tunggu suami cuti baru keluar.. Kena berharap pada suami.. Sudahnye aku terperap la kat rumah kebosanan bila suami kerja siang.
Lagi satu benda yang memeningkan kepala ialah pasal bisnes bila kat sini. Perkhidmatan skynet punya la payah kat sini. Tak pernahnye on time sampai barang. Mostly kite sendiri kena pickup barang kat skynet Raub tu.. Kalau dekat tak pe.. Ni dekat sejam baru sampai sana. Pos laju pun tak sampai terus ke rumah.. Kena pergi koyan sana bila barang sampai.. Pening kepala mak. Kena lah tunggu suami ada atau adik ipar tolong ambilkan..
Tapi satu benda yang positif bila duduk sini ialah, duit aku jimat gila.. Kalau dulu, dalam seminggu paling tidak 3 kali aku keluar pergi jusco ke kip mart ke beli barang keperluan atau biasanya saja saja window shopping kan... Dasar perempuan! Haaaaha.. Setiap kali keluar tu paling koman belanja RM100.. tu campur beli barang penting+ bla bla bla bla + makan + bla bla bla sume...haha... So seminggu kira la berapa aku punya belanja??? Haaaaaaaaaaa... Tapi duk sini, duit RM 50, 2 minggu pub boleh bertahan sebab jarang keluar... Dan kalau keluar pun slalunya suami yang bayar la..muahahaaaaa..
Tapi seriuosly aku rindu JB sangat-sangat... Rindu nak pergi kip mart cari udang, ikan sume.. Rindu nak terlentang depan tv~habit aku bila kat rumah sendiri.. Rindu nak pergi pejabat pos, kedai printing, semua sendiri like a superwoman yang bizi macam dulu. Sekarang aku rasa macam wanita yang lemah lembut sangat, nak drive jauh pun takut, nak buat semua benda pun kena harap suami... Pheww... That Why la aku harap sangat rumah kami nanti dekat bandar lipis, supaya aku dapat rasa macam dulu-dulu di samping memudahkan aku dan tak menyusahkan suami lagi...
Monday, December 2, 2013
Lasagna Punya Cerita
Dah berapa hari dah ni teringin nak makan lasagna. Nak buat sendri la kan.. Meleleh air liur google resepi lasagna.. Oleh sebab hari ni cuti maka husband bawak la ke Raub beli barang keperluan. So misi aku mencari bahan-bahan untuk buat lasagna ni. Ok la semua dapat kecualiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii KULIT LASAGNA... Mak hai.. dari pasaraya Tong Fat sampai la Tunas Manja.. Tak nampak batang hidung dia.. Stresss Mak!
Esok nak ikut husband pergi lipis plak, nak cari jugak. Kalau tak jumpe gak, aku nak balik JB esok jugak! Hahaaa.. Over sangat kan.. Kalau x jumpe, alamatnya segala mozarella cheese, daging kisas, sos prego tu aku letgo buat baked macaroni cheese je la.. Nak sangat lasagna, nanti balik jb ko buat tiap hari sampai muntah..
Lasagna... Ooo lasagna... Aku merindumu... =(
Friday, November 22, 2013
Ibu Intan Dah Ber Herbalife
Kerana risau dah duduk rumah kerja makan, makan, makan, maka dengan tanpa rahu-ragu aku start ambil Herbalife hari ni. Untuk kesihatan dan menurunkan berat badan. Aku tak sempat lagi baca buku-buku yang di attachkan bersama oleh coach herbalife aku ni. Sibuk menggila menyiapkan tempahan bakal-bakal pengantin.. =)
Alhamdullilah hari pertama minum herbalife memang tak rasa lapar. Sebelum ni bukan main, dah sarapan nasi lemak, lepas tu nak makan pulak roti bakar. Dah lunch nasi, petang sikit nak pulak membaham aiskrim + honey star. Tapi hari ni, sarapan dengan herbalife, lunch nasi, dinner pun shake dengan herbalife lagi. Air pun banyak minum sebab rasa haus sangat.. Tak ada dah makan benda-benda tak berfaedah hari ni... Weehuu..
Harap-harap berterusan la macam ni sampai dapat berat idaman... =) Anyway, I tepis saja kata-kat nista orang-orang yang negative thingking dengan senyuman.. Benda ni membazir la, tak kurus la... So negative! Padahal dia tak pernah cuba pun. Pelaburan untuk kesihatan dan kecantikan rasanya tak membazir pun. Aku dah lama tengok orang minum herbalife ni. Paling buat aku kuat nak cuba bila mak ayah aku sendiri minum herbalife ni dan kesihatan diaorang Alhamdullilah bertambah ok.. Mak tak semput bila minum herbalife dan ayah makin slim dengan herbalife..
Friday, November 15, 2013
Sunday, November 10, 2013
Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
Yang belakang tu tamat tempoh dah sejak 30 September 2013. Yang depan ni berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2013.. =) 2009 - 2013. 4 tahun. Cukup dah kot... Semoga Allah memberkati perjalanan hidup hambanya ini..
Saturday, November 9, 2013
Siri Drama Surirumah : Bila Suami & Anak Demam
Hai..Dengan ini aku melancarkan satu drama berepisod yang tak tau banyak mana episodnye. Episod pertama dimulakan dengan kisah Surirumah dengan Suami & Anaknya yang demam...
Last week kan bola Pahang lawan Kelantan kat Shah Alam kan, suami ku yang tiba-tiba gila bola pun pergilah menjinkan diri. Padahal hari Ahad tu, dia kerja tau siang tau. Sanggup ambil halfday Ahad tu. Tengahari dah balik rumah siap-siap nak pergi stadium. Hailaaaa.. Kan tengok dalam tv tu masa game tu hujan punya lebat kan? Walaupun stadium berbumbung, tetap kena hujan dik non.
Habis game terus balik. Bayangkan, KL - Lipis macam sebelah rumah je dia buat. Sampai rumah pukul 4.30 pagi. Pastu pikul 7 pagi terus pergi kerja pulak... Langsung tak rest. Hambik.. Terus demam.. Ya Allah punya la risau demam macam tu punya teruk. Sampai begegar katil kaki dia mengigil. Siap lah dapat pakej urut sambil bebel...
Berapa hari lepas tu Intan pulak demam, berjangkit la tu. Ni lagi teruk, menjerit memekik bila demam. Sian sangat. Ibu pun ikut nangis. Bawa pergi klinik, 2 jam tunggu turn nak jumpe Doktor. Bila dah jumpa Dr, dr just check dada dia, belakang dia je. Suhu pun tak check okeh.. Terus cakap ok, g amik ubat. Marah sangat aku. Tak berbaloi langsung. Nasib baik lepas bagi makan ubat dia dah ok sikit ni.
Jom layan gambar mangsa kemenangan Pahang lepas papa balik stadium pagi tu..
Ye.. Sy juara
Haip!!
Good Job!
PAHANG!
Tuesday, November 5, 2013
Anak Ibu First Time Ke Cameron Highland
Tak de la first time sangat kot. Masa ibu mengandung 8 bulanpun dah bawak perut pergi Cameron Highland...hikhikhik... Sekarang intan dah lahir, dah nak masuk 7 bulan dah, Papa bawa Intan pergi Cameron lagi.. Nest pergi time hari orang bekerja. Jalan tak jem, harga barang pun lebih murah..
Kegemaran beliau, main stereng kereta.. Nak drive katenye.. Kaki pun idok sampai lagi.
Sampai-sampai je terus makan... Makan kat kedai ape ntah tak ingat nama, tapi dia sebelah kedai cenderamata dan sebelah hotel besar. Dulu masa zaman dating-dating ngan papa pernah makan sini gak, sedap walaupun mahal. Tapi bila datang kali ni rasa tak berbaloi langsung makanan dia dengan harga. Tobat tak mau datang dah.
Intan buat muka serius dia. Langsung tak mau join ibu n papa senyum kan.
Sampai kat Cameron Valley. Tempat lepak kegemaran. Intan baru bangun tidur masa ni.. Topi, glove dan satu lgi stokin ibu beli kat pasar brincang, Rm 10 je satu set...Homey tak?
Bergambar ngan papa kemain suka senyum sebab ibu tukang ambil gambar puas menagah dia main bababacak sambil ambil gambar. Sampai giliran ambil gambar ngan ibu dengan papa selaku cameraman, langsung terus jelir lidah...huuuuuuu..
Haaaa... Ni muka baru bangun tidur sebenanya.... Heee.. Tak banyak tempat pergi pun, Hujan pulak, Inta pulak sedap mentido masa kat atas tu.. Bila dah nak balik baru la dia meligat dalam kereta... Ibu rasa tak lama lagi kurus la ibu dengan perangai ligat Intan ni... Nantikan kemunculan ibu yang kurus....haahahha....
Thursday, October 24, 2013
Aksi Makan Kali Pertama Intan Bam Bam Bam
Haiyoo... Lama betul tak cerita pasal intan, Kesayangan Ibu n papa ni dah 6 bulan dah sekarang. Sangat la homeyyyy... Sekarang dah pandai makan. Bukan main, pantang tengok orang makan, mesti menangis nak jugak... Huh.. Lap peluh ibu... Sebagai ibu yang excited, nasa first time intan makan pun ibu nak snap gambar. Ye la, excited melihat keterujaan dia makan,.huhu..
Makanan pertama bagi kat dia ialah puri labu.. Buat sendiri, kukus pastu blend. Bukan main suka beliau...huhu.. Dan sekarang dah bagi makan bubur nasi. Blend juga dengan kentang/ labu/ ikan bilis...Suka sangat dia makan... GEram ibu tengok..
Kelakornye anak aku... Naik juling mata first time tengok puri labu...hehehe...
Sedang menikmati puri labu dalam mulut... Kemain muncung mulut.
Hasilnya... Comel, comot, dan coreng...hihihi...
Best sangat tengok dia makan. Tapi harap intan x terebih makan ye...heee..
Labels:
intan makan,
makanan pertama baby
Saturday, October 19, 2013
Iklan Untuk Bride To Be
Hai... Saya suri rumah... =) Sejak jadi suri rumah ni non hadoo enrti baru yek? Bizi mengalahkan orang kerja kan..heee.. Ni ade lagi tak bride to be yang melayari blog ahkak ni??? Hee.. Walupun ahkak ni bukan lah lagi bride to be malah telah menjadi mommy to be kepada second baby..eh.. x de, masih mommy kepada Intan sorng je... Walaupun dah tak jadi brie to be, blog ahkak masih lagi dikunjungi oleh adik-adik bkal pengantin yang mencari-cari idea pasal doorgift, DIY, veil nikah, kasut nikah dan sebagainya kan.. Buktinya, masih ada yg contact nak sewa veil nikah ahkak tu.. Tapi minta maaf la, akak tak buat sewa dik, dah jadi pusaka warisan negara gitu..hehe..
Ok, ape hal cerita pasal bride to be ni? Alkisah, akak ni selaku owner kepada Cute Creative Creation hendaklah mempromosikan beberapa produk terbaru dari Cute Creative Creation akak tu. Almaklumlah, dah berhenti kerja opis dan dah duduk rumah sesaje ni, idea datang mencurah-curah nak buat itu ini.. Alhamdullilah walaupun ujian datang bertimpa akak tetap tabah mencari rezeki yang halal.. =)
Baiklah, antara produk terbaru adalah Kalendar Mini
Homey tak? He... Harga berpatutan kan, dengan serendah 50sen dah bleh bagi doorgift bermanfaat kepada tetamu..
Pastu kita juga ada buat GUEST BOOK yang homey untuk bakal pengantin. Guest Book ni best tau, bleh customize cover dan pilih design content dia..
Contoh Cover Guest Book
Contoh Content Guest Book
Banyak lagi design yang lain, boleh tengok kt Cute Creative Creation la ye, kalau berkenan, boleh terus isi form gitu..hee..
Oh ye, untuk Guest Book ni, ada promosi untuk 5 orang terwal tau.. So apa tunggu lagi, isi form cepat-cepat okeh...
Thursday, October 3, 2013
Secara Rasminya Telah Menjadi Full Time Housewife + Online Bisnes Woman
Hahahahaha.. Entry dimulakan dengan ketawa besar... Motif?? Haha.. Aku pun tak tau.. Di minggu pertama menjadi fulltime housewife ni aku macam blur blur sikit nih.. Eh full time housewife? House sendiri pun tak dek lagi ni...acaner??? Huuuuuuu..
Baiklah, diminggu pertama menjadi suri rumah, aku sedang mengodeh godeh blogshop Cute Creative Creation aku tuh.. Sedang menggunakan ilmu programmer yang ada dalam jiwaku ini untuk mengedit blog.. Gunakanlah sebaik mungkin kan, kang lama tak guna, tumpul pulak ilmu tu.. Muahahahaahaaaaaaaaaaaaaa.... Aku ketawa macam tak rela je kan menjadi suri rumah? Kahkakahkah... Aku rela hati ok.... Sambil kelip kelip mata. Korang- korang sila la pergi jengah blog aku tu ye..
Header baru blog Cute Creative Creation mak. Mak nak cut cost, maka design sendri jek... =)
Mana tau nak buat kenduri aqiqah anak ke, majis hari jadi ke, adik nak buat majis kahwin ke, nikah ke, bertunang hatta majlis kesyukuran sekalipun, boleh la tempah Doorgift berguna dan bermanfaat kepada tetamu iaitu Buku Doa Amalan Harian yang comel dari blog Cute Creative Creation... Alhamdulliah rezeki tempahan memang tak pernah putus.. Antara faktor yang membuatkan aku berani berhenti kerja.. Ye la, bila kita buat apa yang kita suka, apa yang kita minat, keikhlasan dan keembiraan itu pasti membawa berkat. Terima Kasih ya Allah.. Yang penting tak mau busuk hati, dengki-dengki sama orang lain okeh.. Hhhhhhhhhmmmm... Hembus nafas... =)
Ok, sila layan contoh-ontoh buku doa latest dari Cute Creative Creation.. Ni tengok gambar je la ye, nak tau detail sila terjah blog Cute Creative Creation ok..
Friday, September 20, 2013
Bestnye Jadi Baby, Montel-montel Pun tetap Cute!
Aku sebenarnye stress dari pagi tadi lagi bila pakai baju kurung moden rasa senak dan seksa tang perut.. Phewwwwww. Mesti korang membayangkan kehodohan pakai baju kurung moden ketat di perut kan? Tak de la ketat sangat, tapi rasa tidak enak la. Bila hembus napas, nampak la macam ada tayar kat perut, bila buat biasa, ok jew... ~ sedapkan hati.. Mula-mula macam nak tukar baju lain, tapi bile pikir kan betapa malas nye nak iron baju lagi, maka teruskan je la pakai baju ni..
Hailaaaa.. Terus aku stress sepanjang hari ni. Pastu terus bercita-cita nak berpantang macam masa baru lepas bersalin hari tu.. Hei, aku lost 20 kg tau lepas pantang kat pahang hari tu.. Berkat makan bubur nasi, roti je tiap hari, tiada makan bergoreng dan di samping set bersalin nona roguy tu.. Pastu balik jb, duduk rumah mak 2 bulan ni, hambik... terus naik kat perut. Syorgaaaa sangat kan makanan mak masak...
Aah tak kira, lepas ni aku memang kena berpantang semula... Hapuskan dan singkirkan lelemak ini!!!
Tengok intan tu.. .Montel2, mok2 pun orang still panggil comel. Jeles ibu! Ibu nak comel macam intan gak please...
Wednesday, September 18, 2013
Ibu Yang Bizi Menggila
Hai, hari ni nak citer pasal minggu2 terakhir aku sebagai wanita bekerjaya. Aku kn dh hntar notis 2 bulan 1st ogos hari tu. Maksudnya bulan ni adalah bulan terkahir la aku kerja. Dan aku request tempoh notis dua bulan tu aku kerja kt Hq jb je coz Intan senang aku nak jaga bila duduk jb dengan parent aku.
Bulan pertama notis tu ok la, bekerja riang ria kt jb, blik kerja bergoleh ngan anak. Bahagia sangat rasa walaupun suami nun jauh di Pahang. nak wat cam ne kan, gini la nasib...gitu.. So bulan kedua pulak start awal bulan aku dh kena outstation ke kl every week.. Isnin - khamis. Cian intan kena tinggal. Penat tak terkata berulang naik bas. Nak drvie x berani pulak kan sensorang.
Bos pulak, dh tau kite ni nak berenti, punye la banyak task die bagi kannn.. Full sampai hjung bulan. Penat mak nak... Dh la opsi kl tu tingkt 4 x de lift... Seksa rasa. Pulak bisness online aku cute creative creation bnyak pulak order masuk. Nak tolak sayang pulak . Lagi lagi bila pikir dh nak berenti kerja ni kan. Maka kerana masa yang terhad sgt pasal asyik ulang alik jb kl jb kl, rutin aku bila dalam bas adalah buat draft design buku doa customer.. Org sedap mentido dalam bas, aku genyeh2 mata depan laptop.
Bila kat jb, hari jumaat dan khamis kdg2, di gunakan sebaik mungkin untuk uruskan printing dan pos tempahan customer. Sabtu ahad sibuk siapakn tempahan paper bag n buku doa tu.. Penat... Kadang kesian tengok intan golek2 depan tv sorang2 sampai tertido masa aku siapkan tempahan.. Huuu.. Tp biasanya bila tengok dia golek2 tu mana tahan nak biar lama-lama.. Mesti nak golek2 jugak ngan si comel ibu tu. Bila dia dh tidur, baru aku sambung siapkan tempahan.
Alhamdulilah tempahan x putus. Rezeki Allah.. Semoga rezeki dari Allah tak putus buat kami sekeluarga...
Bulan pertama notis tu ok la, bekerja riang ria kt jb, blik kerja bergoleh ngan anak. Bahagia sangat rasa walaupun suami nun jauh di Pahang. nak wat cam ne kan, gini la nasib...gitu.. So bulan kedua pulak start awal bulan aku dh kena outstation ke kl every week.. Isnin - khamis. Cian intan kena tinggal. Penat tak terkata berulang naik bas. Nak drvie x berani pulak kan sensorang.
Bos pulak, dh tau kite ni nak berenti, punye la banyak task die bagi kannn.. Full sampai hjung bulan. Penat mak nak... Dh la opsi kl tu tingkt 4 x de lift... Seksa rasa. Pulak bisness online aku cute creative creation bnyak pulak order masuk. Nak tolak sayang pulak . Lagi lagi bila pikir dh nak berenti kerja ni kan. Maka kerana masa yang terhad sgt pasal asyik ulang alik jb kl jb kl, rutin aku bila dalam bas adalah buat draft design buku doa customer.. Org sedap mentido dalam bas, aku genyeh2 mata depan laptop.
Bila kat jb, hari jumaat dan khamis kdg2, di gunakan sebaik mungkin untuk uruskan printing dan pos tempahan customer. Sabtu ahad sibuk siapakn tempahan paper bag n buku doa tu.. Penat... Kadang kesian tengok intan golek2 depan tv sorang2 sampai tertido masa aku siapkan tempahan.. Huuu.. Tp biasanya bila tengok dia golek2 tu mana tahan nak biar lama-lama.. Mesti nak golek2 jugak ngan si comel ibu tu. Bila dia dh tidur, baru aku sambung siapkan tempahan.
Alhamdulilah tempahan x putus. Rezeki Allah.. Semoga rezeki dari Allah tak putus buat kami sekeluarga...
Monday, September 9, 2013
Impian Yang Tak Tercapai Capai
Bile baca blog orang, cerita pasal lepas kahwin terus pindah rumah sendiri, deco rumah sendiri, serius teruja plus jeles.. Bila laaaaaaa dapat merasa hias rumah sendiri, pergi kedai perabot pilih-pilih mana suka, pilih warna cat kesukaan... Pikir susun atur rumah, hias laman, cari kain langsir, pasang wallpaper..
Nak... Nak.. Nak.... Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... =(
Nak... Nak.. Nak.... Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... =(
Tuesday, September 3, 2013
Intan Darina 4 Bulan ~ Dah Pandai Meniarap Dah Dia....
Ok, untuk rujukan intan di masa akan datang, Intan start meniarap sendiri di usia 4 bulan.. Bijak anak ibu...Cayang diaaaaa
Hari pertama pandai meniarap.. Kerja tak tidu siang tau.. Asyik la nak meniarap x mau baring.. Intan la Intan payung
Tengok.. Bila berjaya meniarap je terus pandang ib dan buat muka bangga... Hehe...
Dah malam2, mata dah kecil pun masih nak meniarap jugak... Sekarang tidur tak boleh pakai kelambu dah.. Lasak gila dia tidor sejak dah pandai meniarap dan berpusing-pusing ni...
Bangun-bangun tidur pun terus la meniarap... Intan la Intan... Ok itu je la kisah Intan meniarap...heeeee
Labels:
Intan meniarap
First Time Berjauhan Dengan Intan....
Hari ni Selasa. Ibu kat outstation ke KL ni dari hari Ahad.. Sejak Intan dalam perut ibu sampai la Intan nak masuk 5 bulan ni, ni la first time ibu berjauhan ngan Intan... Rinduuuuuuuuuuuuuu sangat kat Intan. Setiap minit nak kene tengok gambar Intan ok. Balik kerja mesti nak tengok video Intan yang papa record sebelum ibu n papa gerak ke KL..
Ni gambar sehari sebelum Intan kena tinggal. Ibu n papa bawak Intan jalan2 g Jusco Bukit indah... Intan behave sangat. Walaupun duduk dalam stroller bukan main ganas sampai kaki terkeluar...
Ni senyuman Intan masa ibu n papa nak gerak pegi KL dah.. Suka la sangat dia tu.. Dia ingat ibu siap kan dia comey2 ibu nak bawak dia jalan lagi la tu.. Tapi sebenarnya nak tinggalkan dia kejap kat atok.. Oleh sebab atok nak pergi kenduri kahwin hari tu, so Intan pun kena la bersiap comey2 ikut atok pergi kenduri kahwin dan ibu n papa pulak gerak ke KL...
Ibu miss U so much Intan bucuk2....
Subscribe to:
Posts (Atom)