Kisahnya macam ni, 30 Hb Mac hari tu aku order Yonanas Desert Maker secara online kat website goshop. Setelah pembayaran secara online berjaya dan selesai, siap print resit pembayaran semua, status pembayaran tempahan aku adalah pending. Dan beberapa ketika kemudian, senarai tempahan aku terus kosong. Padahal duit dah berjaya di tolak dari akaun CIMB aku melalui FPX.
So aku terus la Email kepada customer service beserta resit bukti pembayran yang telah berjaya dari Cimbclicks tu. 1 April aku call untuk tanya status report aku ni, menerusi call, mereka berjanji proses penyiasatan dan pemulangan wang akan dilakukan dalam masa 2 MINGGU dan akan call aku untuk update status [ PENIPUAN PERTAMA].Dalam masa 2 minggu tepat (12 April )aku masih tak dapat duit aku semula dan pihak go shop langsung tak ada update pada aku apa-apa berkenaan report aku. Panas pulak hati aku kan.
13 April baru la pertama kali sejak 30 Mac pihak Goshop call aku untuk update status. Dan dengan nada gembira dia kata diorang dah siasat, memang sah duit aku dah masuk dalam account goshop dan proses pemulangan duit aku akan dibuat dalam masa 2 MINGGU bermula tarikh hari ni. WHAT????? 2 minggu lagi. 2 minggu lepas cakap akan dapat duit semula dalam masa 2 minggu, dan selepas 2 minggu aku tunggu ko punya janji tu, boleh pulak kau cakap tambah lagi 2 minggu?? Kalau korang jadi aku korang rasa apa? Rasa di bodohkan kan? Marahnye la aku. So sebab sakit hati dah ni, aku tunggu je la reaksi diorang 2 minggu seterusnya sampai la semalam, 26 April 2016, aku masih belum dapat duit aku dan pihak goshop langsung tak call untuk update apa-apa kat aku! [PENIPUAN KEDUA]
Walaupun dah menyampah dan sakit hati, aku terpaksa jugak call Go Shop sendiri untuk dapatkan duit aku. Yang jawab call macam biasa, blur dengan report aku, langsung tak tahu nak bagitau apa status aku, Cuma cakap dia dah emailkan kes ni kepada orang atasan dia, dan orang atasan tu akan call aku hari ni pukul 11 pagi. Syaiton sangat menipu lagi sampai pukul 12.40 tengahari aku tunggu langsung tak ada call dari diorang! [PENIPUAN KETIGA]
Marah sangat la meluap luap ni kena tipu kali ke tiga dalam masa sebulan ni. Aku call diorang semula, masih blur dengan kes aku, siap tanya order Id berapa. Padahal dari awal dah kata order aku tka masuk rekod lepas pembayaran. Aku suruh dia baca kronologi kes aku, ada catat ke tak sebenarnya dalam report kes aku ni? Kenapa tipu kata orang akan call aku tapi last aku yang kena call semula tapi ko tetap tak boleh jawab apa status report aku? Aku minta dia sambungkan ke orang atasan yang dia maksudkan tu, untuk aku cakap terus tpi dia kata orang tu tak available sekarang, janji lagi hari ni tetap Goshop akan call aku untuk terangkan status. Dan sekarang dah pukul 11.46 malam, tak ada siapa pun call aku [PENIPUAN KEEMPAT].
Betapa banyak alasan dan penipuan dari customer service goshop pada aku dari 30 Mac sampai 27 April ni? Biadap sangat layan pelanggan macam ni. Sangat tak profesional. Kes simple, tapi dia buat rumit dan menyusahkan aku. Marketing gempak kat astro, tapi customer service teruk. Menyesal gila berurusan dengan GoShop ni. Membazir masa dan tenaga. Sakit hati lagi ada. First and last la aku dengan GoShop ni.
Rupanya bila google Yonanas Desert Maker tu, berlambak jual kat Lazada tu dengan harga lagi murah. Banyak je produk yang GoShop jual ni ada kat Lazada. Berpuluh kali aku beli barang kat Lazada, tak pernak ada masalah macam ni.
Aku ni tak suka budat bad review pasal apa saja isu. Tapi kali ni kesabaran aku dah hilang kerana Go Shop Customer Service ni dah menipu aku sebanyak 4 kali. So sebagai pengajaran kepada pihak Go Shop dan juga sebagai peringatan kepada bakal bakal pembeli, aku akan share pengalaman buruk dengan GoShop Customer Service ni.
Berdasarkan pengalaman aku berurusan dengan Goshop Customer Service aku simpulkan servis daripada mereka adalah teruk, buruk dan sangat tidak profesional. Rating ini merangkumi customer servis melalui telifon, email dan juga online support menerusi website. Marketing bukan main bagus, memang boleh buat orang mudah terpedaya nak beli. Tapi awas bila tempahan anda bermasalah, customer servis punya layanan memang boleh buat ko darah tinggi.
Sekian terima kasih