Hey dari dulu aku bukan penggemar nasi kerabu. Dulu masa kat UTM, pelik sungguh bila Didi & Izah tu suka sangat makan nasi kerabu. Asal pergi pasal malam ke, pasar ramadhan ke, mesti nak cari nasi kerabu. Aku tak suka lah masa tu. Ye lah, dah la nasi dia warna biru, pastu penuh dengan ulam-ulam dan togeh mentah bagai. Memang tak pernah rasa nak makan pun la. Aku memang tak boleh ye kunyah togeh mentah, Terus putus selera. Togeh masak lemak, masak air, goreng ke boleh lagi.
Tapi tu dulu la. Sejak kahwin dengan orang pahang ni, aku pun terpaksa la belajar makan makanan orang pantai timur ni. Husband I tu dah la suka paksa paksa makan. Masa first time makan dulu, dia order nasi kerabu ni aku dah cakap awal-awal, tak nak la, nak nasi biasa je. Eh dia tak peduli, nak jugak aku rasa signature yang popular kat Lipis ni. Bila dapat je nasi kerabu ni, terus jatuh cinta dengan Ayam bakar dia. Sedap nak arwah ye. Fist time makan tu, siap tambah ayam lagi..Gagaga.. Pastu yang peliknya, aku boleh telan semua ulam-ulam tu. Mybe sebab nasi kerabu ni dia tak campur dengan togeh kot. So ulam dia rasa sedap sangat.
Sejak tu, aku pun mula la suka makan nasi kerabu. Tapi setakat ni, cuma nasi kerabu Kedai kat stesen keretapi Kuala Lipis ni je la yang aku makan. Yang jual kat pasar malam, warna biru semua tu aku tak lalu lagi. Hee.. Gambar nasi kerabu kat atas ni latest aku makan last week. Pukul 11 lebih macam tu makan kat situ, dapat la request ayam peha. Kalau pukul 1 ptg baru kau datang, redho je la dapat bahagian isi-isi je pasal dah habis orang lain ambil.
No comments:
Post a Comment