Followers

Monday, April 4, 2016

Mohon Jaga Perasan Aku

Keserabutan kepala otak tahap yang tertinggi. Sedih, kecewa, stress, buntu. Terlalu banyak benda yang dipikirkan. Terlalu banyak perkara yang menimpa. Terlalu banyak ujian yang Allah duga. 

Rasa nak pergi jauh bawa diri. Tapi kena sedar diri ada 2 budak kecil yang seminit pun tak boleh berenggang dengan aku.

Sejak jadi ibu aku tak pernah biarkan emosi aku melebih lebih melayan perasaan aku. Terlalu banyak benda, perkara yang perlu aku uruskan daripada melayan perasaan. Tapi kali ini aku tewas dengan peraasaan. Tembok air mata aku pecah. Pecah yang tak dapat ditahan tahan. Lama sebenarnya ditahan. Tapi kali ni memang tak boleh ditahan lagi. Kalau yang melibatkan keluarga, mak ayah, memang aku akan kalah dengan perasaan. 

Setiap manusia ada tahap kesabaran. Walau kau nampak dia redha dengan semua keterpaksaan yang dia terpaksa terima,dengan senyum dan ketawa dia, ape kau tahu isi hati dia? Jangan dipijak pijak hati orang. 

Mohon jaga perasaan aku. Sebelum aku hilang terus rasa berperasaan itu. 

2.12 am. Aku nak tidur.  Kalau Esok aku masih diizinkan Allah untuk hidup, aku bangun masih dengan perasaan sebal. 

1 comment:

suhailah hamid said...

Semoga diberi kesabaran dan kecekalan hati. Stay strong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails