Followers

Tuesday, April 5, 2016

Baby 11 Bulan Tak Nak Makan



Aku muskil kenapa Adam ni susah benar nak makan. Masa 6 - 8 bulan, ok la boleh terima bubur nasi blend dengan sayur, kentang semua tu walaupun tak banyak mana makan. Tapi masuk 9 bulan sampai nak masuk 11 bulan ni, terus tolak bubur. Tak nak langsung dah. Dia tutup mulut dia rapat-rapat macam ni kalau kita nak suap bubur. Geram je tengok. Tapi kalau sumbat roti ke, buah ke, yang pejal-pejal sikit tu dia nak. So sejak beberapa minggu ni memang aku bagi dia roti je la. Potong kecil-kecil masuk dalam tupparware, buat kudap kudapan dia. Dah tu je dia nak makan kan. Kalau tak, kesian macam lapar je nak mengaruk. Kalau makan roti tu, tidur pun lena sikit kekenyangan,

Tu aku cakap Adam ni lain sikit manja dia. Tak macam kakak Intan. Ko tengok aksi kakak Intan kalau makan masa first time makan solid food time 6bulan dulu.. Kus semangat, memang bersemangat gila makan.





Sampai juling-juling tengok makanan. Pastu makan dengan rakus. Bila makanan habis, siap gigit mangkuk. Haaaa.. Ngeri tak? Sampai sekarang Intan tak da masalah nak makan. Sekarang ni, siap berebut dengan aku kalau masak udang. Tetiba dah suka udang. Habis semua udang dalam pinggan aku dikutipnya.. Sedih mak kau. Haha..

Adam? Nampak mangkuk bubur terus tolak. Umur 11 bulan, berat 8 kg. Huhi.

Tapi aku baca, normal je budak 8-11 bulan tak berapa suka makan sebab mybe sakit nak tumbuh gigi,  Ye ke Adam? Tapi Adam nape gigi tak tumbuh-tumbuh?

Tak pe la Asalkan Adam membesar dengan sihat sudah la. 

Ye tak?



2 comments:

SYANI said...

Memang budak ada ragamnya tak nak makan.. Anak akak pun sama.. BUbur tu mungkin dia dah jemu kot.. Cuba bagi makan nasi biasa pulak.

suhailah hamid said...

bubur nasi tu dia suka nasi yg texture keras dah kot, dah tak nak yang lembik2. cuba try bg bubur yang keras sket texture dia, mau tak?

boleh juga bagi pisang dan baby carrot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails