Followers

Wednesday, April 20, 2016

Rumah Sewa

Dari hari Isnin aku duduk rumah Lipis. Masuk hari ni dah day 3 la. Ni pun sebab husband ada kursus kat Lipis sampai khamis. Kalau tak, sebulan 1 hari pun belum tentu dapat tidur sini. Pasrah je la kan, dah nasib hidup. Kali ni dapat peluang duduk rumah sendiri walaupun rumah sewa lebih dari 2 malam cukup syukur la. Boleh feeling feeling duduk sendiri. 

Seronoknya kalau dapat duduk rumah sendiri dari dulu lagi macam orang lain. Relax sikit. Anak-anak tak la menakal sangat, dan tak la kena marah sangat dengan orang. Pasal tak da orang dia nak jadikan bahan dan tak banyak benda dia boleh nak projek. Paling paling pun panjat panjat lompat depan mata aku. Aku pun dapat buat kerja tenang dalam bilik kerja ni. Oh ya bilik kerja ni sekali dengan bilik mainan diorang. So diorang main dalam bilik ni sampai bosan, dah bosan diorang main kat depan TV pulak, pun masih depan mata aku sebab meja kerja dalam bilik kerja ni mengadap tv di ruang tamu. So semuanya under control. Walaupun kalau pandang belakang tempat budak budak main, macam tongkang pecah..haha. Memang sengaja tak kemas mainan diorang. Bila nak keluar rumah baru kemas. Ye la tak ada sudahnya kemas kalau diorang kembur balik kan. 

Bangun pagi tenang je rasa. Sebab tak perlu terkejar kejar buat itu ini. Just mandikan anak-anak, bagi sarapan, diorang main-main pastu tengok tv. Aku boleh dah fokus mengadap laptop buat kerja. Tak pikir nak masak apa tengahari pasal suami pun kursus tak makan kat rumah kan. Anak-anak ikut je aku makan apa, ibu makan roti, roti gak la dia makan. Makan keledek rebus, keledek jugak la diorang makan. So aku pun tak penat sangat.  Petang ni baru nak masak mee bandung. Rasa nak buat ayam golek, tapi oven yang bersesuaian tak da pulak kat rumah ni. Laki cek tak caya cek pandai buat ayam golek, rasa tercabar pulak diriku ini..huhu. Nanti la, next moth kita kongsi beli oven besar untuk rumah baru nanti.

Intan lately ni perangai dia memang melebih sikit, lagi lagi bila dikelilingi ramai orang yang dia rapat. Kadang dia gaduh, pukul pukul orang tu, buat sepah, main air la, campur -campur makanan atas meja la dan macam macam lagi. Aku tau la umur baya dia memang kerja nak explore semua benda. Dia nak tau kalau buat gini jadi apa, buat itu jadi apa. Selaku mak kandung dia sendiri pun aku mengaku la kadang-kadang aku pun tak boleh sabar tengok perangai dia yang melebih lebih, memang selalu la hilang sabar, marah dia. Tu aku Ibu dia yang 24 jam mengadap perangai dia. Tapi bila orang lain jadi tak sabar dengan dia, marah marah dia, tengking tengking dia, aku jadi sebak, jadi sedih. Aku tak boleh la, terus rasa nak kurung je Intan dalam bilik 24 jam dengan aku. 







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails