Followers

Tuesday, April 5, 2016

Tudung Fareeda Viral Sebab Tiru Corak Lama

mawar fareeda penipu

Kecoh kat Facebook hari ni pasal Tudung Fareeda yang dikatakan meniru corak patern shawl yang dah lama orang pakai sejak 2-3 tahun lepas.  Gila la. Tudung Fareeda ni ratus ratus kot harga, katanya ekslusif, siap nak saman mana mana penjual tudung lain yang tiru patern tudung Fareeda ni tapi last-lat, latest scarft collection Fareeda ni rupanya corak dia dah lama ada kat pasaran dan orang pakai. Lagi haru diorang beli shawl tu dengan harga RM10 ke RM20 je. Berganda ganda murah dari harga yang butik tudung fareeda jual. 

Lagi gila sejak awal minggu ni viral video orang berebut berasak asak nak beli tudung ni kat butik sampai jadi isu besar. Ye la, aku tengok video berebut nak ambil nombor kat butik fareeda tu macam hape, berhimpit tekepit lelaki perempuan. Amboi bukan main tersengih-sengih yang lelaki dihimpithimpit perempuan. Gila apa? Tak malu? Konon berebut nak dapatkan collection terbaru tudung fareeda ni, last-last rupanya corak collection terbaru tudung Fareeda yang orang duk bergasak nak beli tu dah lama ada, dah lama orang pakai dan beli RM10 pun dapat. Haru sungguh.

Sama sebijik pulak tu. Ye la shwal corak sweet sweet love, riben ni kan biasa orang pakai. Tapi kenapa ye sebab dah letak jenama Fareeda harga dia terus jadi mahal? Aku agak jawapan Mawar Fareeda pasal isu ni mungkin corak sama tapi kualiti kain berbeza kot. Mungkin la.  Ke sebab upah jahit tudung jadi bertingkat tingkat tu yang mahal? Eh tak tau la.

Aku tak pernah pon ada tudung Fareeda. Tak mampu la. Sebab sekarang selesa pakai tudung atau shawl yang labuh sampai tutup perut aku yang makin boncit ni. Fareeda pon ada tudung labuh paras tu, tapi kalau tudung singkat paras atas dada dia je dah beratus, ko agak tudung yang sampai tutup perut jenama fareeda ni harga berapa pulak kan? Lalu, setia la aku dengan wide shawl yang harga RM10- RM15  tu. Dan sekarang dah suka tudung jenis instant dua muka, harga up sikit dari RM35- RM59. Takat tu je la tudung paling mahal yang mampu iolss beli..Muehehe..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails