Followers

Tuesday, February 28, 2012

Tarikh Pilihanraya Vs Tarikh Majlis Kahwin

Kenape lambat sangat nak announce bila tarikh pilihanraya umum ke 13 ni? Habaq la awal-awal.. Buat orang tertunggu tunggu dan kelam kabut. Bukan tertunggu sebab nak mengundi je tapi tertunggu jugak sebab takut tarikh pilihanraya terkena masa tarikh majlis kahwin sendiri.

Bayangkan la... Majlis aku melibatkan dua Negeri yang jauh. Aku kat Johor dan tunang orang Pahang. Cuba imagine kalau time kenduri kat Johor kan, mesti la sanak saudara tunang sahaye tu akan berombongan ke Johor kan. So, kalau tiba-tiba last last minit diumumkan tarikh pilihan raya sama dengan tarikh majlis aku, tak ke haru??? Macam mana family dia nak mengundi? Johor dengan Pahang bukan dekat sekangkang monyet kak...

Tak kan la tak pergi mengundi? Tu tak mungkin sebab family dia memang orang yang patriotik okeh.. Hadoi la... Risau.. Risau... Tak tenang hidup kakak ni.. Tarikh majlis bukan boleh tukar suka-suka hati. Dewan, bridal, itu ini semua kena tempah awal. Mana boleh last-last minit.. Tak kan nak tunggu lepas pilihanraya baru boleh kahwin dengan tenang kot???

~ Pitam ~




Sunday, February 26, 2012

Akibat Kerja Sabtu Ahad

Terpaksa bawak baby pergi office.. Oh.. Kesian my officemate. Tak tau ape pulak nasib aku lepas kawin nanti... Berpotensi jadi weekend wife ni. Eh ye ke? Weekend pun sabtu ahad kerja ni.. Oh Oh Oh Oh...

Saturday, February 25, 2012

~ Bride To Be ~ Benda Penting Dalam Majlis Idaman

Wah tajuk tak boleh belah.. Sejak kecik, or dari dulu lagi setiap kali aku pergi majlis kahwin aku suka beberapa benda dan aku selalu berangan dan bercita-cita bila tiba saatnye majlis aku pulak, aku nak pastikan semua benda tu mesti ada. Sebab ape? Sebab aku suka kan tradisi ni dan aku nak kekalkan tradisi ni because I love it!!.

First thing adalah telur. Kalau zaman dulu-dulu sampai lah zaman 90 an memang macam wajib la kan bagi telur kepada tetamu masa majlis perkahwinan. Tapi zaman sekarang adalah amat susah nak jumpe majlis kahwin yang ada telur diberi kepada tetamu. Biasanya telah digantikan dengan macam-macam doorgift atau something sweet like kuih bahulu, cokelat, gula-gula dan what ever lagi la kan...



Aku tak tau la kenapa tak nak bagi telur tapi bagi aku, aku tetap akan bagi telur jugak disamping doorgift yang lain. Dan telur pindang adalah mesti bagi aku selaku anak Johor. Tak tau la nak cakap macam mana, sebab bagi aku telur dan majlis perkahwinan itu dah sinonim...

Ok yang kedua adalah bunga rampai. Bunga rampai adalah daun pandan yang dihiris halus dan dicampur dengan pelbagai bunga wangi yang menghasilkan haruman yang cukup klasik dan aku sangat sangat sangat suka okeh.... Seronoknye gotong royong buat bunga rampai dengan sepupu-sepupu menjelang majlis. Dari kecik sampai dah besar ni, tu la tugas aku bila sedara mara aku kawin. Tapi kali ni aku resign la, takut rosak jari pengantin ni nak menghiris daun pandan..huhu...


Dan untuk majlis ni aku nak buat lebih la bunga rampai... Nanti masa majlis, berangan nak suro flower girl kecik cinonet iaitu anak-anak sepupu aku tabur-tabur kat aku selaku pengantin masa berarak masuk dalam dewan nanti... Ahai.. Malu...Terover berangan pulak...huhu.

Ok tu je la setakat ni....

~ Bye bye bye ~

Aiskrim Roti



Aku sebenarnye dah lama memang mengidam nak makan aiskrim roti ni... Teringat dulu2 kecik-kecik dulu kan melalak-lalak nak suroh mak beli kan aiskrim roti ni kat bai jual aiskrim nek moto tu...


Sejak kerja KL ni, pergi balik kerja adalah jalan kaki. sepanjang jalan nak ke opis tu akan lalu la depan sekolah rendah... So tiap-tiap petang balik kerja ada la pakcik aiskrim depan sekolah rendah tu kan.... Asyik usha je dari jauh...huhu.. Nak beli segan, sebab ramai mak bapa budak tengah tunggu kat depan sekolah tu kan...

Tapi petang semalam, perasaan adalah tak dapat dibendung lagi... Berjalan kaki dengan Kak Nadia dan Kak Hani.... Aku ajak la diorang join sekaki.. Diorang pun excited gak nak makan, So tak la segan sangat ye dak pegi ramai-ramai.. Dan akhirnya aiskrim roti itu berjaya berada dalam genggamamku seterusnya ketekakku dan akhirnya keperutku....haha..

~~ Puas Hati Ahkak ~~



Friday, February 24, 2012

Berendam Air Panas kat Hot Spring Lost World Of Tambun

Last Week team aku ke perak seminggu kan. Berbengkel kat Lost World Of Tambun. Macam best je kan bunyinye.... Tak la best sangat - sangat pun. Sebab letih yang amat. Siang bengkel, malam internal discussion. Stress dan penat yang amat. Bayangkan la siang dah all out sampai petang, malam lepas dinner, kul 8.30 terus discussion lagi sampai 11 lebih... Nasib baik la malam ketiga tu kitorang diberi kebebasan untuk release stress sekejap...


So destanasi kitorang adalah hot spring Lost world of Tambun ni la.. Kat Lost World ni macam-macam ade, water theme park ade, zoo ade, ape2 lagi pun ade la... Nanti la aku cerita yang lain. Sekarang bab Hot Spring ni la. bagi aku Hot Spring Lost World of Tambun ni memang best gila babas.. Memang ko boleh release stress kat sini.


Selain tempat yang gila vavas cantik, die jugak banyak kolam tau... Semua cantik-cantik. Dan ade yang berbeza suhu... Paling best aku rasa, ada satu gua buatan dia buat, dalam tu kita boleh masuk berendam sambil bersuna.. Memang berpeluh peluh la dalam tu... Best giler... Tak dapat nak snap gambar sebab nak masuk gua tu kena lalu bawah air, so tak bleh la nak bawak camera..

Yang ni foot spa... Sila la berjalan dalam air panas ni, yang mana kat dasarnye adalah batu-batu yang urut kaki tuh... Seronok sangat... Oh ye, kitorang pegi masa malam ni, so sangat la cantik ye dengan lighting dia kan... Kalau pegi siang tak best.. Ye la siang kan panas, nak berendam air panas ape kejadahnye lagi kan... Siang ke Water theme park la...

So ni la wajah-wajah perempuan yang sedang merelease kan ketegangan dan kestressan mereka... Jangan tanya la mane aku, sebab aku tukang amik gambar je...huhu

Thursday, February 23, 2012

~ Bride To Be ~ DIY Goodies Bag

Mood aku untuk update blog hari ni adalah sangat meluap luapnye macam lahar gunung berapi. Walaupun ini adalah entri auto publish yang aku karang pada pukul 12 tengah malam tadi, aku tetap berkobar-kobar gila babas. Aku rasa semangat berkobar-kobar ni adalah disebabkan terlebih hiperaktif sangat sejak dua menjak ni kerana bersenam setiap malam.. <--- Konon nak kurus.

Dah jangan nak pertikaikan pasal cita-cita aku yang dah berabad tak tercapai-capai tu, yang penting aku ade usaha okey... Okeh sempena hari bahagia yang makin mendatang ni, adalah wajib ye blog aku ni lepas ni duk sembang pasal bride to be planning je la.. Tujuan nye adalah untuk share idea, pendapat dan maklumat la kepada bride to be yang lain kan... Aku tak de hal la nak berkongsi-kongsi ni...

Sejak aku cerita pasal baju nikah idaman aku yang nak kurung moden kain kembang bagai tu kan, trafik ke blog pun banyak la dari keyword baju nikah la, baju nikah 2012 la, fesyen kurung moden nikah la, kurung moden kain kembang la, baju nikah artis pun ade ko... Aku amat la suke dapat berkongsi maklumat yang orang nak kat blog ni.. Tu la tujuan aku bercerita kat sini...

So lepas ni jangan muntah la bila aku asyik cerita pasal kawin je kan.... Redha je okeh... Baik kawan-kawan, itu baru mukadimah, so sekarang aku nak cerita pasal angan-angan aku nak memulakan beberapa projek DIY @ Do It Yourself untuk majlis kahwin aku nanti...Jeng jeng jeng.... Benda pertama yang aku nak buat adalah goodies bag...

Semalam aku google go ogle DIY door gift, terjumpa pulak DIY goodies bag yang cute gila vavasssssssssssss. So aku pun mula menanam cita-cita nak try buat 200 pcs goodies bag. 200 je la dulu kan.. Sikit-sikit...
Nak tengok respon orang sekeliling.. Kang ade yang kate tak cantek, mula la aku sentap pastu takt 200 tu je la yg aku buat kan, yang lain beli je la... Tapi kalau respon positif, mau la aku makin berkobar nak buat sampai 1000. Eh mampu ke?? Haaa... Tu kita tengok nanti...

So, ni la rupa bentuk salah satu yang aku berkenan sahangat...

Kredit to zfcraftcorner.blogspot.com

zfcraftcorner ni jual tau goodies bag cute ni. Sapa berkenan dan nak tempah, sila la ke blog beliau. Ni link nye... zfcraftcorner.blogspot.com. Aku suka yang ni sebab kena dengan warna tema.. Tapi aku bercita-cita nak tambah kan lagi ke cute tan nye tau.. dah ade idea, tapi tunggu je la nanti ye aku tunjuk..huhu...

Okeh la... Tu je nak share... Nanti ape-ape ahkak update lagi ye adik-adik....

-direnjis renjis dipilis.... ditaburi la mawar....~~~~~~

Tuesday, February 21, 2012

Happy Belated Birthday To Me


Ye... 18 February 2012 genap la umur aku 15 tahun... Muda remaja gitu... Muntah kan baca pengakuan palesu itu... Hakikatnya genap sudah umur aku 25 tahun sekarang. Macam tak percaya je dah 25 tahun. Macam tak percaya je dah 3 tahun bekerja. Rasa macam masih form 5 dengan uniform mrsm putih cokelat, muka cuma ade bedak johnson baby tu je pegi sekolah...

Sekarang di usia 25 tahun, uhuk..kenapa rasa macam banyak sangat dah angka tu.. omg.. omg.. Ok sekarang di usia 25 tahun, uhuk.. Walaupun still orang tanya budak praktikal ke? Belaja kat mane? Benci tapi suke...haha... Ok serius.. Ok sekarang di usia 25 tahun, aku rasa banyak benda akan berubah... Perubahan utama adalah bakal menjadi isteri orang... Perubahan kedua adalah berubah dari lesen P kepada lesen betul...haha... Ok itu betul tak tipu, bulan 5 ni jugak okeh tukar.... Dan bakal ada perubhan-perubahan lain yang akan aku hadapi....

Ok sempena birthday yang ke 25 ni tak ade la orang lain kasi hadiah... Cuma ada dari incik Tunang tersayang je la... Special, dapat bunga... Ni second time la dapat bunga dari dia.. First time dulu masa jalan kat cameron highland, dan ini second time nye... Ade kisah pasal bunga dan birthday ni sebenarnya... Kisah ke tragedi???? Haha. Kisahnya nanti la di lain entri yang tak pasti bila nak publish lagi..huhu..

Di kesempatan ni aku nak ucap berbanyak terima kasih la kepada kawan-kawan, sedara mara yang wish kat facebook, sms semua kan.... Tq banyak-banyak... My wish sempena birthday ini ialah, semoga di usia 25 tahun ini, rezeki aku semakin murah, dipermudahkan segala urusan, hidup tenang, riang dan gumbira bersama orang tersayang.....

Ok, sekian... tata..

-- Sweet 25 --








Monday, February 20, 2012

Saya Mahu Kahwin

Adelah aku dengan ini sahangat la risau memikirkan hari-hari mendatang yang sangat bizi menggila ini. Dah nak hujung bulan dua dah ni.. Nak masuk bulan 3 sudah... Tak lama dah nak bulan 5 ni ha.... Banyak gila babas benda yang tak setel lagi... Gila. Kad kahwin masih pending. Baju untuk bersanding aku tak sempat-sempat lg nak cari design..

Kepala hotak adalah serabut. Masa tu macam lebih beharga dari emas sekarang ni... Sebenarnya perasaan adalah tetap berkobar-kobar nak buat persiapan tapi masanya tak ade... Minggu lepas seminggu duk berkampung outstation kat perak. Pagi petang siang malam meeting. Hebat bekerja sampai kerut kerut muka bercantum kening. Stresss mak!

Sudahlah... Sila bagi aku weekend yang tenang untuk setlekan banyak benda.... Tolong laa.... Aku nak kaweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen.....

Blog Ini Masih Bernyawa

Ye.. Blog ini masih bernyawa cuma tuannya sahaja yang macam nyawa nyawa ikan sebab bizi menggila tak habis habis..


Okeh... To be continue after this la...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 6, 2012

Pengapit Saya Nak Kahwin Dulu Dari Saya




Bakal pengapit saye adalah dengan ini telah meletakkan jawatan sebagai bakal pengapit kerana dia telah mengambil keputusan drastik untuk bernikah sehari sebelum hari pernikahan saya. Saya adalah dengan itu sahangat lah bersedih hati kerana bukan sahaja kehilangan pengapit malahan juga bakal tidak dapat menjadi orang penting masa majlis dia dan dia jugak begitu...

Tapi setelah beberapa hari memujuk diri, akhirnya sahaye berjaya jugak menerima kenyataan... Saya telah pulih dari rajuk saya kepada beliau dengan pujukannye untuk hadir pada majlis saya dengan baju pengantin bersama-sama suaminya nanti memandangkan majlis saya di dewan adalah sama hari dengan majlis bertandang beliau iaitu di rumah suaminya setaman dengan saye....

Oh, ini adalah gambar majlis bertunang beliau pada sabtu lepas... Saya telah menghadirkan diri dengan pasrah tetapi bersemangat.... Beliau kelihatan sangat cantik tapi tak habis-habis kate make up macam bapok dan tudung kemek2.. Dusta belaka.. bagi saya dia sangat cantik di majlis pertunangan beliau itu...

So status kami sekarang adalah sama, tunangan orang... Bertunang pada bulan yang sama tapi tahun berbeza, akan bernikah selang sehari, dan beranak pada bulan yang sama insyaAllah....Hahaha...

Hoho... Mai, tahniah dan selamat menjalani hidup baru, semoga kekal hingga akhir hayat... I Love u.... =)


Thursday, February 2, 2012

Sambungan Gates Family Day Part 2

Ini adalah gambar-gambar terakhir sebelum bertolak balik dari Lotus Desaru Beach Resort hari tu...

Semua orang ceria gila sebab baru lepas melantak kenyang-kenyang.... Tak kira bapak orang, mak orang mahupun anak dara orang sekalipun, semua happy sesaje...

Posing muka serius.. Kononnye la.... Tapi aku tetap nak senyum kat belakang tu kan kan kan.. Lari tema..Haha


Posing dudu pulak. Ni dalam pukul 2.00 petang ni. kat tepi pantai, nasib baik cuaca redup-redup gitu, kalau tak alamat sepet la mata menahan panas terik matahari...


Ok gambar terakhir, gambar paling best...Semua nak melompat kononnye, tapi oleh kerana bert bdan pelbagai variasi, maka ada la yg mendarat dulu dan ade la yang lambat nak mendarat kan.. Tarikan graviti katekan...huhu.. Yang berat la landing dulu... Nasib baik akak belum landing lgi...huhu

Wednesday, February 1, 2012

Kursus Kawen Selesai...Phew..


Finally.... selesai jugak antara bab terpenting ni... Kursus kahwin tau, bukan kursus umrah..hehe. Akhirnya lepas puas bergaduh sorang nak buat kat Jb, sorang nak buat kat Pahang, last-last buat kat tengah-tengah, kat KL..haha..

Kat KL lain skit dari jb. Kalau jb, kursus kahwin RM120 kan, kat sini RM80 je. Kt Jb 2 hari penuh kan, tapi kat kl 1 hari setengah je. Dari segi pakaian pun. Kalau kat jb, kursus kawin biasanya lelaki kena pakai baju melayu bersongkok kan, tapi kat sini, jangan kan baju melayu, sogkok pun tak ade, siap perempuan ade yang pakai jeans lagi..

Tapi ape pun yang paling penting adalah kandungan kursus tu.. Apa ilmu yang kita dapat kan. Alhamdullilah, seronok dengar ceramah ceramah dari ustazah dan ustaz-ustaz..

Ok..Selesai sudah satu perkara lagi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails