Followers

Friday, March 30, 2012

Jam Tangan


Aku adalah jenis manusia yang tak pakai jam tangan. Dari sekolah lagi memang tak pakai. Tak nak pakai sebab tidak berapa gemar, rasa rimas, dan rasa tak perlu. Kalau dulu masa kat sekolah, nak tau jam pukul berapa, tanya la kawan, kawan kan pakai jam. Tapi penganti jam sejak zaman matrik adalah handphone. Handphone kan ada jam...

Tapi Hilmi saya itu berkeras nak kasi jam tangan untuk hantaran. So masa balik JB sama-sama hari tu dapat jugak la dia belikan jam tangan tu. Mula-mula suruh kite yang pilih. Tapi kite ni statik je tengok jam-jam kat kedai tu. Tak tau macam mana nak pilih, apa kriteria nak pilih.. Ye la, orang tak penah pakai jam kan.. Last-last, dia jugak yang pilih kan...

So setel la satu lagi part barang hantaran...



Wednesday, March 28, 2012

Daftar Sebagai Pengundi Sebelum Ahad 1 April Ni???

Tengok berita malam tadi? Dah keluar dah katanya kena daftar mengundi sebelum Ahad ni untuk melayakkan diri sebagai pengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti. So kepada mereka mereka yang duk pum pang pum pang kat facebook mengutuk antara satu sama lain pasal politik, sila lah tanya diri anda, dah mengadtar sebagai pengundi ke belum?????

PUTRAJAYA 28 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun dan ke atas. - BERNAMA

Harap-harap betul la pilihanraya umum ke 13 ni lepas bulan Jun.. Bukan ape, risau clash tarikh dengan majlis kahwin kat Pahang tu kan.. 3 Jun 2012...

Tuesday, March 27, 2012

~ Bride To Be ~ DIY Bunga Telur

Actually tak pernah plan pun nak buat bunga telur bagi kat orang ni. Dulu plan cuma ada bunga pahar yang letak kat pelamin je. Untuk kasi orang, cukup letak dalam bekas telur dan masuk kat goodies bag. Tapi bila sibuk duk google pasal DIY bride to be kan, terbekenan pulak dengan bunga telur DIY ni tau.. Teruslah kakak bersemangat cari bahan-bahan nak membuatnye. Alahai, kosnye tak seberapa pun, tapi hasilnya sangat memuaskan hati..

Memuaskan hati bagi orang rajin ber DIY macam kakak la ye. Bagi yang tak rajin, memang tak la kan... So ni la hasilnye.. Baru siap berapa ni, 50 pun tak sampai lagi..huhu.. Tak pe, banyak lagi masa ni..Sikit sikit lama lama jadi bukit ye dak? Target nak buat 250 je...

Sejambak ke kiranye ni? Huhu.. Tema of course purple dihatiku kan.. Bahan bahan yang diperlukan simple je. Kertas untuk bunga tu, lidi, riben besar, riben kecik, kain net.. Cara buat dia? Google je cara-cara buat DIY bunga tisu..hehe.. Malas la nak buat tutorial... =)

Ok ni versi yang di zoom in sket.. Nampak jelas tak? Maaf la gambar kelam sikit. Buat di malam hari dengan lampu rumah yang malap malap gitu sambil tengok tv dan bersandar di sofa...huhu. Kat bawah ni gambar terang sikit, warna sebenar la.. Tantek tak kawan-kawan?

Oh ye, selain purple dihatiku, bunga ni juga aku buat versi pink. Ye la, kata temanya purple pink putih kan.. Harussssssssssssss la ada pink jugak kan.. Oh kad kahwin kat bawah tu housemate punya. Ade dua bakal pengantin kat rumah kakak ni sekarang..hehe.. So malam-malam meriah la merewang buat persiapan... Duk lipat kad la, duk buat bunga telur la...hehe


Kad kahwin aku dah siap jugak ni.. Tapi nanti nanti la cerita... Awal lagi kot... Next nanti nak cerita pasal projek DIY satu lagi... Tunggu...

Sunday, March 25, 2012

Saboooooooooooooooo Aje La...

Hoi pemalasnye updated blog sekarang. Ntah nak jadi hape. Malas nak cakap pasal sibuk sebab sebagai manusia, sebagai khalifah Allah, sebagai pekerja, sebagai anak, sebagai bakal pengantin hidup memang sentiasa sibuk.

Semalam balik JB. Terkejar-kejar buat macam-macam benda. Benda apa lagi, persiapan menjelang hari bahagia la. Antara perkara yang berjaya disetelkan balik JB minggu ini adalah.....

1) Kad Kahwin. Siap ambil dah. Tunggu senarai tetamu je lepas ni.
2) Ke Nagoya. Beli kain untuk mak, adik dan makcik-makcik... Sedondon dua dondon gitu nanti.
3) Ke Bridal Kak Ayu buat second payment.
4) Ke De Chinta Bridal pilih baju. Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Dapat jugak baju yang berkenan di hati.


Ok itu je la yang mampu dibuat selama sehari setengah. Paling gagah, bawak balik kl 550 keping kad kahwin untuk diberi kepada tunang saya tuh. Mane tak gagahnye.. Banyagkan laa berapa berat 500 keping kad beserta sampul dia tu, bawak naik bas. Dah la tu, sampai TBS kena naik train, turun naik tangga mengangkut beg berat besar gabak tu. Dari TBS ke Masjid Jamek, then tukar train ke stesen Damai.. I do it alone okeh.... Alone! Jangan tanya di mana tunang saya berada, jangan tanya,

Marah ni sebenarnye... Nak tarik napas sekejap.

Sabooooooooooooooooooooooooooo Je la...

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM Keluar Hari Ni!!!!!

Wah.. Mesti ramai gila berdebar debar nak tau keputusan SPM 2011 yang akan keluar pukul 10 pagi ni kan? Ye la, mana mak ayah nye, mana candidates SPM nye kan.. Teringat la dulu masa zaman aku nak amik keputusan SPM masa tahun 2004 dulu...huhu...

Tapi masa nak amik result SPM masa tu, excited adalah lebih kepada nak berjumpa kawan kawan sebenarnye. Maklum lah, sekolah asrama kan mrsm tu. So kawan semua bersepah sepah la jauh. Ada yang Terengganu, KL, kedah, kelantan semua. So lepas SPM tu memang la tak berjumpa, jauh kan. jadi masa nak amik result tu la macam reunion perjumpaan semula gitu...

Masih terbayang saat manisnya ambil keputusan SPM masa tu. Perasaan gembira dapat keputusan bercampur perasaan gembira jumpa kawan-kawan. siapa yang sekolah asrama mesti tau betapa kuat dan eratnya persahabatan antara kawan-kawan. Berbeza dan terlebih erat sebab siang malam dengan diorang sepanjang belajar kat sana...

Ok stop mengimbau kenanagan lama. So kepada adik adik yang akan ambil keputusan SPM dekat sekolah masing-masing hari ni, akak ucapkan semoga mendapat result yang membanggakan ok. Kepada yang berjaya, tahniah akak ucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, perjalaan masih jauh sangat.... Berusaha dan berusaha...

~Chaiyoook~


Thursday, March 15, 2012

~ Bride To Be ~ DIY Soft Cupcakes

Ok, ini adalah projek DIY kedua selepas projek DIY goodies bag hari tu. Oh Projek DIY goodies beg hari tu belum siap sepeuhnye lagi sebenarnya.. Tapi dah excited buat projek DIY yang ketiga ni..hehe..

Ini adalah cupcakes. Tapi kalau dimakan boleh membawa maut..huhu. Cupcakes dari sapu tangan. Comel tak? Suka sangat dan puas sangat dapat buat sendiri. Tapi sayangnya warna pink tak ada. Kalau ada mesti bertambah cute kan..

Ni adalah hasil dua hari 'membaking' sambil menonton tv.. Baru dapat 200 biji. Tapi target memang nak buat sikit je pun. Ada belen lagi dalam 50 kot yang belum siap di cupcakes kan.. Bekas cupcakes nye pulak habis. So kena tunggu keluar lagi baru boleh sambung operasi...

~ Ingat.. Bukan untuk di makan

Wednesday, March 14, 2012

Bila Lelaki Lebih Cerewet Dari Perempuan


Alkisah Isnin lepas kami bershopping sakan kat Ayer Hitam cari barang untuk majlis kahwin kitorang. So dari JB ke KL singgah la ke Ayer Hitam. Sampai Ayer Hitam dalam pukul 12 tgahri lebih macam tu. Aku macam biasa la, sebelum membeli harus lah ada list kan.. Jadi bermula la operasi pencarian barang kan..

Yang syok nye, aku yang cerewet ni, masuk 3 kedai dah siap dapat beli semua barang yang aku listkan tu. Tapi cik abang bam bam kesayangan kita tu, tak sangka dia 15 kali lebih cerewet okeh dari kita yang perempuan ni.. Bayangkan la.. Nak mencari bunga telur untuk majlis belah Pahang tu kan, habis semua kedai kat Ayer Hitam tu dia survey ko... Kakak ni pun tak larat la nak buat macam tu.. Pukul 6.30 petang baru la setel semua barang dia.. Mostly adalah bunga telur yang berkoyan-koyan dia beli.
.

Ni antara kedai ketiga yang kitorang masuk. Kat kedai ni barang aku kebayakkan semua dah siap beli. Tapi cik abang tu masih lagi survey survey.

Last-last kat kedai tu dia amik gak 4 kotak bunga telur. Kesian adik tu yang terpaksa melayan kecerewetan beliau tau. Kakak ni memang dah tak sanggup dah.. Duduk je kat sofa tunggu dia siap pilih..

Dan ini adalah suku dari barang-barang yang dibeli. Ulang suara.. Suku dari barang-barang yang dibeli. Kat bonet kereta dah full, pastu masa ni belum sampai kedai bunga lagi. Kat kedai bunga lagi la borong bunga untuk hantaran dia dan aku. Lepastu singgah lagi satu kedai besar tu, dia beli bekas kaca banyak-banyak.. Penuh satu kereta okeh...

Dalam pukul 6.30 macam tu dah lenguh-lenguh kaki setle semua barang, baru la gerak balik. Lepas tu budak gemuk a.k.a tunang kakak tu terus mengadu penat letih nak tercabut kaki bagai kan. Tu la... Shopping tak beringat.. Habis satu Ayer Hitam ditawaf nye.. Bukan sekali, berkali kali masalahnye... So terpaksa la kakak ni yang drive pulak.. Nasib baik bawak myvi kakak yang auto tu kan.. Kalau bawak persona dia yang manual tu.. Memang tak la kan kakak ni nak drive...


So sampai KL je lepas upacara pembahagian harta shopping bahagian masing-masing kat rumah, dan dia pun dah grak balik rumah dia, maka bermula la satu lagi projek D.I.Y aku.. Jeng.. jeng.. jeng....

~ To be Continue la nanti nanti ye....

Wednesday, March 7, 2012

Lagu Tema Di Kala Stress Gila Babas!!!!

Ok seriously makcik sangat stess di kala ini. Benda pertama yang super duper punce penyebab musabab, faktor penyumbang, keberhasilan, kemunculan pendek kate sebab makcik stress di kala ini adalah kerja makcik sekarang. Hari double triple punye stress lalu makcik nak feeling nyanyi lagu keras macam ni. Ye dulu masa zaman UTM dulu lagu ni memang peneman la kalau time stress study atau bergaduh dengan boipren. Dah lama gila tak layan, tapi hari ni rasa sangat-sangat gian nak layan. Nampak sangat stress gila babas!!!!!



Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you
Do you ever wanna runaway?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming

No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more?
Before your life is over
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding

No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

No one ever lied straight to your face
No one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
Never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like (what it's like)

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life
Welcome to my life
Welcome to my life

Tuesday, March 6, 2012

NeenaAnuar Giveaway "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!"

Ok. Sebagai peminat fenatik blog I'm Yourss ni kan, maka aku dengan ini menjoinkan diri duntuk Giveaway nya itu... Jadi berikut adalah syarat-syarat dan soalan-soalan yang aku copy dari blog Kajol Malaysia kita itu.. serius okeh. Kalau sapa-sapa yang tak pernah tengok kak neena gojes gonjeng ni, sila la ke blog dia, memang sebijik Kajol..

Jom sama-sama terokai I'm Yourss dalam giveaway kali ini! :)

*contest banner*

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Contest nie terbuka kepada anda semua yg mempunyai blog & juga FaceBook! macam mana nak join giveaway nie thru FB? nanti aku ceritakan!

2. Tiada paksaan utk menjadi follower blog I'm Yourss nie... kalau rasa nak follow silakann.. kalau tak nak pun takpe as long as on any updates about this contest you all are fully aware about it yea.. :)

3. Create 1 Entry (for Blog) / Notes (for FB) khas mengenai giveaway ini dengan tajuk NeenaAnuar GIVEAWAY "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!"

4. Copy dan letakkan Banner contest ini didalam Entry (Blog) / Note (FB).. dan juga dlm entry / note korang pastikan ade syarat penyertaan + gambar ketiga-tiga hadiah + kesemua gambar soalan A-G.. jgn lupa caption nya perlu dicopykan sekali! Senang citer apa yg aku bebel kat dlm entry giveaway nie.. ko copy jerk semua sekali dan pastekan ke dalam entry / note korang tuh! :D

5. Kemudian bagi Bloggers... pastikan banner contest nie di letakkan di bahagian sidebar blog anda.. dan juga sila pastikan ianyer di back LINK kan ke blog I'm Yourss nie...

5. Seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum nie... ade 3 Hadiah yg bakal korang menangi....

1st Winner!
Aigner 100ml body lotion!

2nd Winner!
75ml of Jeniffer Lopez body lotion!

3rd winner!
50 ml Aigner body lotion!

7. Then kalau korang dah complete kan semua syarat2 diatas... as for Bloggers, sila tinggalkan LINK entry contest anda tu di sini.. NeenaAnuar GIVEAWAY "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!" ni yer...supaya senang si Neena Gorjes Gonjeng nak gi check korang punyer penyertaan... as for Facebookers pulak, korang perlu Inbox me at my FB account by giving me your Note link! Tak kire korang friend or unfriend with me at FB.. yg penting just drop me your Note Link sahaja and make sure that your Privacy Setting for that notes is open for Public.. Then only I can check your notes entry keh! :)

8. Takde sistem TAG.. if ade your readers yg rasa nak join.. di persila kan! but if korang rasa korang baik hati nak ajak kawan2 korang yg di Blog ataupun di Facebook utk join GA nie dengan TAG some of your friends... no problemo! everybody are most welcome! :)

9. Cara pemilihan pemenang akan dilakukan berdasarkan pada jawapan yg paling tepat! Kalau let say ramai yg dapat menjawab dengan tepat.. as usal aku akan gunakan khidmat Random.org! so biler dah guna random.org tu makanya sapa yg bertuah lah akan dapat hadiah2 wangian seperti diatas nie tadi!

10. Ok ini part yg paling penting... Dalam memberi JAWAPAN kepada soalan-soalan yg akan aku kemukakan dlm Giveaway ini.. anda DILARANG sama sekali.. aku ulang yer... anda DILARANGGGG sama sekali utk NYATA kan jawapan anda di entry (Blog) or note (FB)! kenapa aku larang? coz jawapan korang adelah Rahsia! nanti org lain yg joint senang2 jek copy paste jawapan korang! tak ke kesian ko dah penat2 belek blog aku.. pastu org lain yg nak joint sesedap rasa gie copypaste! so dengan ini aku isitiharkan jawapan korang Biarlah Rahsia! Dengan aku jangan lahhh pulak ko rahsiaaa... nanti macam mana aku nak tahu ko bagi jawapan yg betol atau tidak! haha.. so basically biler korang nak antar LINK entry korang kat aku.. dlm link tu nyatakan lah jawapan korang pada aku... don't worry... link korang aku takkan publish sampai tamat tempoh contest.. akan aku simpan dulu baik2 dlm comments moderation tuh! as for facebookers pulak.. dah tentu2 biler korang hantar note link korang kat aku secara Inbox.. ia adelah private! So semua jawapan anda adelah rahsia ok! In case ade jugak yg bagi jawapan kat entry or note korang... ingat.. automatik aku reject penyertaan korang tau! nanti tak adil pada org lain yg nak joint pulak! :)

10. Tarikh TUTUP Contest pada 15th Mac 2012 pada tepat jam 11.59PM... So all the best and gOOd LuCk guysss! :)


Ok.. syarat penyertaan dah tahu... so now apa yg perlu korang buat? Biler sebut pasal Treasure Hunt.. maksudnya korang perlu buat kerja hunting lah kan?? haha.. actually sangat simple dan sangat mudah bagi mereka yg membaca blog aku secara tegar! confirm korang tahu jawapannya! But pada yg tak sure.. or like 50/50 nak kasik jawapan.. don't worry... semua soalan-soalan treasure hunt aku tu ade jawapan nya di dalam I'm Yourss nie! cuma korang kene pi treasure.. carik jawapan yg paling tepat! itu sahaja! mudah kan?? hehe...

So di sini ade 7 soalan yg perlu korang jawab... make sure korang jawab dengan TEPAT ok! kalau jawapan korang kurang tepat.. ade org lain lagi tepat.. then mungkin korang tak berpeluang utk menang! :)

Here we go for 7 simple question for you to hunt the answer at I'm Yourss!

SOALAN A
Dekat butik mana aku beli baju gorjes kesayangan aku nie?
*Sertakan Nama Penuh Butik dan lokasi nya sekali*



SOALAN B
Dimanakah tempat yg gorjes ini?
*Sila nyatakan nama tempat yg dilawati ini dengan lokasinya yg tepat*



SOALAN C
Bilakah tarikh kami berdua miliki iPhone 4?
*Pastikan tarikh berserta tahun diberikan dgn tepat*



SOALAN D
Dimanakah aku beli topi putih yg gorjes itu?
*Sila nyatakan nama penuh kedai dengan tepat*



SOALAN E
Dalam segment Naked Chef at Home aku...
ade satu gorjes resipi aku yg sangatt popular & hit! sila berikan nama resipi tersebut!



SOALAN F
Nyatakan 3 color contact lens yg menjadi pilihan hati ku!
*Sila berikan brand & juga warna dengan tepat*



SOALAN G

Nyatakan nama rancangan yg aku tonton dimana ianya telah berjaya menambat hati aku utk pergi ke tempat ini!

Ok aku dah tau dah semua jawapan die.. Kacang je..haha... Tak la kacang sangat sebenarnye..huhu.... =)

Saturday, March 3, 2012

~ Bride To Be ~ Tag Terima Kasih


Malas design sendiri, suroh orang designkan.. So tugas kakak hanya print, dan tampal.. Awalnye buat?? Of course... Banyak lagi step nak di buat lepas ni.. Kena buat awal sebab flow nya berjalan dengan very the slow... Pasal pa?? Pasal masa tak da. Kerja.. Kerja... Kerja...

Friday, March 2, 2012


Dah lama tak beli tudung bawal. Memang ada rasa nak belim tapi bila jumpe malas pulak nak keluar duit. Tapi akhirnya hari ni, rahat Jumaat yang panjang tadi sempat aku menyambar 2 helai tudung bawal.. Aku suka jenis batu macam ni sebab dia berat. So bila pakai, nampak terletak cantik je... Dua warna, kelabu dan purple gelap.

Macam tak beli baru je sebab warna sama dengan tudung yang ada sekarang..Haha.. Waht to do,, dah warna itu yang sesuai dan berkenan. Beli pun untuk gantikan yang sedia ada ni dah buruk sangat lama pakai, sampai tercabit-cabut batunye...

Oh ye, kakak sekarang dah pandai jage tudung. Dulu, basuh tudung selamba badak je campur ngan baju pastu putar dalam mesin basuh... Baru berapa kali basuh, hancus.. Tapi sekrang tak lagiiiiiiiiii... Basuh tangan dah..hehe..

~ I Love u tudung0tudung ku...

Thursday, March 1, 2012

Sweet and Sour Dalam Hidup Aku Sekarang

Hidup aku sejak kerja di sini adalah masam-masam pahit manis. Aku tak boleh cakap semuanya adalah masam dan pahit semata tapi sejujurnya memang ada manis. Baik, adalah baik kita dengar perihal yang manisnya dulu supaya sejuk telinga dan hati kan. Dalam tempoh setahun menjadi kakitangan syarikat, 3 kali kenaikkan gaji yang aku dapat. Alhamdullilah. Kenaikkan adalah berdasarkan prestasi kerja. Pegang 4 sistem dalam satu masa kalau dikataan tak berprestasi jugak memang rasa nak bunuh diri kan.. Alhamdullilah sekali lagi.

Setahun bekerja, kena transfer ke KL. Reason kena ikut transfer KL bermula dari pertanyaan bos 'kenapa aku asyik mintak kerja lain, pergi interview sana sini'. Aku memang selamba tak ada selindung, tahun lepas memang banyak gila pergi exam dan interview government sampai habis cuti tahun aku. Aku jawab saya stress dah buat coding, dan saya nak kerja KL, nak kawen dan membina masa depan kat sana. 'Ok fine, kau tak payah buat coding lagi, tak payah jadi programmer lagi, kau pergi join projek KL sebagai Software tester. Itu kebaikkan kedua, suara pekerja di dengar, diterima dan mencuba memuaskan hati pekerja. Terima kasih bos.

Dekat KL, kebajikan dijaga. Kami diberi rumah yang disewakan company. Rumah bukan flat sempit kongsi ramai-ramai, tapi rumah yang amat amat selesa yang sewanya sebulan saje 4ribu. Rumah 3 tingkat yang mula tak ada perabot, tapi sekarang dah lengkap dengan segala perabot dan barang eletrik dari mesin basuh, peti ais, kerusi meja, set bilik tidur semua. Semuanya dibeli oleh company... Baikkan? Aku nak buat kek pun senang, oven besar pun dah siap melekat kat kabinet dapur. Itulah kebaikkan ke tiga... Demi keeselesaan pekerja. Alhamdullilah...

Seronok dengan yang manis kan? Tapi yang pahit dan masam adalah dari segi komitmen kerja dan masa yang perlu aku korbankan sekarang. Kami bukan setakat bekerja time opis hour, tapi di luar opis hour jugak. Sekarang ni pun, pukul 9.30 malam, tapi sorang housemate masih meeting kat luar, dan 3 orang lagi kat bawah tengah sambung buat kerja. Dan beberapa minggu ni weekend adalah hari bekerja kami. Tiada cuti dikala weekend ye. Sabtu Ahad kerja. Isnin cuti. Cuti yang tidak la cuti sangat sebab mesti ada je email, sms, call yang akan dapat untuk kerja diwaktu cuti...

Itulah tema Sweet and sour aku pada minggu ni...

~Nak kata pasrah tak la pasrah sangat sebab selalu je memberontak.. Ye la kita ada kehidupan dan kita juga ada keluarga....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails