Followers

Wednesday, December 30, 2015

Homesick

Bukan budak asrama je yang tau homesick. Mak budak  macam aku pon ok. Day 1 kat Lipis hari ni aku dah start homesick. Bangun bagun tido dah rasa nak balik JB. Adoyai. Perasaan yang tak dapat di bendung ni.  Nasib la dah jadi mak orang. Kalau masih single mau nangis tepi bucu katil tersedu sedu. Ni jangan la ade orang bikin hati aku sentap, mau nangis melalak lalak aku nanti nak balik jb terus. 


Nak masuk 4  tahun kahwin, 3 tahun pindah dari rumah mak ayah sendiri. Pindah bukan dekat dekat pulak tu. Nun jauh ke Pahang ni. Abang ngan adik aku lepas kahwin semua pindah rumah sendiri lepas kahwin. Tapi semua still dalam JB lagi, Aku ni je la lepas kahwin keluar dari Johor terus tapi still tak duduk rumah sendiri lagi. Jeles dengan diorang. Best sangat dapat duduk rumah sendiri lepas tu rumah still dalam Jb lagi. Dekat dekat je.

AKu ni? Dah la jauh gila nak balik JB dari sini. TInggal pun masih kat rumah mertua, rumah sewa ada macam tak da je,  syahdu sangat ni.  Sebab tu kalau balik JB, dapat stay lama-lama nikmat sangat la. Pastu balik sini semula mula la homesick bagai


Tuesday, December 29, 2015

Muka Macam Katak Penyek

Aku tak boleh terima kalau orang bercakap dengan nada tinggi suara tak pasal pasal. Even nak cakap sesuatu arahan pun dengan meninggi suara sungguh aku tak boleh terima.

Dari kecil sampai besar, mak ayah aku sendiri tak akan tinggi suara tanpa sebab kecuali kalau marah. Kalau mak ayah tinggi suara tu maka kita faham mereka marah sebb kita ada buat salah. Terakhir ayah aku tinggi suara kat aku ialah masa aku kantoi dating dengan husband aku (bf lagi masa tu) masa aku study utm dulu.  Tahun 2009 ok, skrg dah 2015. Lama kan? Ye, 26 tahun aku hidup mcam tu, jadi mmg tak boleh terima kalau org rasa cakap dengan tinggi suara tu perkara biasa.

Jadi sensitif sangat bila orang tinggi suara dgn aku. Sebb aku rasa benda boleh cakap elok kot. Aku jadi moody, sedih dan stress. Pastu jangan tanya la kenapa muka aku masam macam katak penyek.

Aku nak balik pahang dah hari ni. Tapi muka aku taktau nal describe macam mana. Aku harap semua baik baik saja. 2 minggu kat Jb kali ni sangat la seronok. InsyaAllah bulan 2 nanti balik lagi.

Friday, December 18, 2015

Pontian Baru



Aku sekarang kat JB yang tercinta. Mungkin akan berada di sini 2-3 minggu lagi Yeahoooo! Semalam pergi pontian melawat kawasan lama zama n dodok asrama dulu. Benci sangat tengok gambar muka penuh jerawat, badan macam tong dram. Aku bizi sangat nih, maybe kot pasal hormon tak setabil jadi gitu badan dan rupaku... hahahaha. padahal memang dah bertahun ko macam tu!!!! Tak payah bagi alasan!

Serius. aku bizi baru siap buat 17 schedule entri untuk blog Cute Creative Creation. Dari pagi sampai ketika ini baru siap. Bukan aku lembab, tapi aku anak ramai, paham paham je la. Tengok jerawat kat muka pun dah tau macam mana kusutnya.

Sekian

Tasbih Mini Murah RM1 Promosi Hujung Tahun





PROMOSI AKHIR TAHUN.Whatapps : 0127164176 untuk tempahan
TASBIH MINI DOORGIFT SERENDAH RM1.00 SAHAJA

== Normal Price RM1.30/pcs
.:: Whatapps : 0127164176 untuk tempahan
.:: Whatapps : 0127164176 untuk tempahan
.:: Whatapps : 0127164176 untuk tempahan
== Promosi sehingga 1 Januari 2016 sahaja
== Minima Order 100 Pcs
== 14 Pilihan warna menarik yg boleh dipilih
== Menggunakan glass pearl 8mm yang berkualiti dan bersinar
== Hanya 25sen untuk tambahan Plastik & Tag Terima Kasih
== Sesuai sebagai doorgift pelbagai majlis
- Perkahwinan, Pernikahan, Pertunangan
- Majlis Cukur Jambul, Aqiqah,
- Kenduri Kesyukuran, Tahlil Arwah
- Majlis Reunion, Perpisahan dan sebagainya

(y)Tempah awal untuk booking dan mengelakkan full order
Jemput Ke Blog & FB Cute Creative Creation untuk melihat design sedia ada dan maklumat lanjut
whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com

Friday, December 11, 2015

Terengganu Review



Aaaaaa tolong. Bizi sangat. Nak google pasal Terengganu pun tak sempat. Kerja banyak, masa sikit, anak ramai.. tolong... Bila la nak ada masa lapang boleh google pasal review  terengganu dan hotel hotelnya... KekNi dah berkobar kobar sangat ni.

Tidur puu 2 pagi paling awal. Tidur pukul 4,5 pagi perkara biasa dah.  Matilanak, mata dah macam panda, jerawat bertebaran di sana sini. Hormon tak stabil la ni. Nak buat macam mana, masa anak dah tidur baru boleh siapkan kerja. Tu pun tak siap siap jugak... Haaaaaaa.. Help Help.

Wednesday, December 2, 2015

Review Hotel Dynasty Hotel Kuala Lumpur Yang Hampeh


Maafkanlah blogger sendu ni yang up entri nak buat review pasal pengalaman tak best kat Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Weekend hari tu kami 1 family ke KL untuk beli stok paper bag aku. Last minit plan dari husband ajak tidur 1 malam kat KL sebab dia pun nak ke workshop kat shah alam betulkan kereta dia. Oleh kerana last minit punya plan, memang tak sempat la nak buat proper preparation punya booking hotel. Ye la biasanya aku kan google dan baca review hotel dari orang lain sebelum book hotel kan. Biasa kalau ke KL kitorang suka stay hotel GDS, murah, selesa, bersih, parking semua tiptop la kan.

Tapi kali ni gatal nak cuba hotel lain yang up sikit star nya konon, yang ada breakfast sekali kononnya. So masa on d way ke KL tu, dalam kereta la aku duk survey hotel guna booking.com. Nampak pulak Dynasty hotel harga dia macam ok, siap breakfast, terus booking. Alah, Dynasty Hotel tu kan nampak dari tepi jalan tersergam Indah tinggi bangunan dia, so dalam hati rasa macam mesti lah ok kan hotel ni.  Sekali bila dah check in baru tahu hazab nya

1. Lift Bodoh
Maaf kekNi terkasar bahasa. Haha. Tak faham kenapa masa aku check in tu ada tampal 'Lif ke bilik2 hotel (-->)' ke arah pintu ke tangga, Kalau kau baca macam tu, confirmlah ko rasa lift tu rosak dan dia suruh guna lift yang di tangga which is lift pekerja yang maha buruk, scarry,  macam dalam cerita hantu! Staff dia pun buat bodoh je tengok aku naik lift buruk tu, tak bgtau sebenarnya lift depan tu ok je, tak da masalah, boleh guna. Balik dari makan malam, aku tanya lift tu rosak ke? Baru dia kata tak rosak. Esoknya masa nak check out baru dia tanggal kan nota tu. Bodoh tak?  Aku dah berapa kali kot naik lift buruk scarry nak gila tu. Dah la tu, lift depan tu pun benggong tak boleh tekan nombor 11 iaitu tingkat bilik aku. Bila tanya, dia kata ye, memang dari minggu lepas rosak.. Wtfish!

2. Bilik Kotor
Bilik fist kami masuk, cadar kotor gila macam ada bekas muntah. Sapa yang sanggup nak tidur kat situ? Terus aku call guna telefon bilik tu minta  tukar bilik, Eh staff yang jawab call tu sangat la tak mesra pelanggan ye. Siap sound nak ape call banyak2 kali ni? Eh kepala hotak sangat ni, dah call tak angkat, aku call la sampai dapat kan. Bila minta tukar bilik dia kata tak da bilik kosong lagi dah. Aku cakap elok lagi, eh tak sanggup la nak tidur atas cadar bekas muntah macam tu. Terus dia suruh pergi turun lobby sendiri mintak tukar bilik. Boleh? Ya pasti boleh di Dynasty Hotel Kuala Lumpur!!Lift dah la macam haram, ko suruh aku turun naik lagi. Tapi terpaksa turun jugak la, staff kat lobby tu bagi bilik baru. Eee.. tak pernah aku stay hotel macam ni. Dah la salah ko, aku pulak kena susah payah turun. Hotel lain yg aku pernah pergi, bila ada masalah macam ni, staff dia sendiri naik atas bawa kunci baru dan hantar ke bilik baru.

3. Bilik Air Tanpa Pili Air
Ni sangat bongok. Bila laki aku kata, tak ada getah paip nak cebuk kat tandas, aku bayangkan mybe hotel ni canggih la guna pancuran air yang kat dalam mangkuk tandas tu kan untuk cebok. Rupa rupanya non hado! Kalau kau buang air kat mangkuk tandas, ko kena bangun untuk ceduk air dari paip air kat sinki ok untuk cebuk! Ko rase ape?? Serius rasa nak amuk je. Langsung aku tak buang air sepanjang kat hotel ni. Mandi pun aku tak basah rambut pasal memang tak selesa langsung aku dalam bilik air dia. Rasa oh tolong la cepat pagi, aku nak check out. 

4. Aircond tak function. Tak sejuk langsung. AKu ngan anak anak tidur tanpa selimut. 

5. Acsess Card Problem. Setiap kali keluar, bila nak masuk bilik semula, pintu tak boleh bukak. Kena turun ke lobby dia scan semula.

6. Alas kaki tak ada. Merasa lah banjir depan bilik air sebab langsung tak ada alas kaki.

7. Perabot buruk. 
Ada sofa, tapi buruk, koyak. Rupa dia macam sofa yang orang tinggalkan kat tepi jalan sebab dah tak nak pakai pasal dah buruk. Pintu bilik air terkopak kopak kayu dia pasal dah lama kembang kena air rupa dia. Bantal bau hancing. Ee pengotor sangat. Tak faham cleaner dia ni hidung jenis apa? Habis aku lempar 2 bijik bantal tu jauh jauh. Katil pun buruk terkoyak koyak kat bawah. Peti Ais tak ada. Cuma ada wayar je, dalam spec bilik konon ada. 

Tu la antaranya. Memang pengalaman buruk la duduk hotel Dysnasty ni. Macam dah lama sangat tak di selenggara. Sakit hati aku bayar duit tak berbaloi dengan perkhidamatan yang aku dapat. Tapi sabar je la walaupun tak berapa sabar sangat pon. Tidur dengan rasa geram, dalam hati pikir kenapa tak tutup je terus hotel ni kalau tak ada modal nak selenggara? 

Dah balik, baru baca review orang lain pasal hotel ni, memang banyak bda review. So, memang first and last la duduk kat hotel Dynasty tu. 




Gambar kat Lobby hotel Dynasty




Satu je yang aku suka ialah Tingkap luas dan pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat 11, bilik 1108 hotel dynasty ni. Tu saja yang menarik. Yang lain, hampeh!

Sekian, harap pihak Hotel Dynasty perbaiki la kualiti hotel diorang ni.

Bye.

Thursday, November 26, 2015

Terengganu Kita?

Hari tu husband KekNi cakap dia teringin nak holiday ke Terengganu bulan Januari nanti. Eh sebenarnya dah 3 kali Januari dah, maksudnya dah 3 tahun dah dia kata nak bawak KekNi ke Terengganu tapi masih tak sampai sampai lagi..hahaha. Harap harap Januari kali ni jadiklah hendaknye. KekNi macam biasalah, bila orang sebut pasal holiday, terus berkobar-kobar nak google pasal tempat nak holiday tu. Tu belum lagi dapat tarikh comfirm nak pergi tu, kalau dah dapat lagi la KekNi tak berhenti men google siang dan malam sampai lah hari nak pergi nanti. 

Impian sebenarnya nak ke Langkawi bulan 5 nanti, nak sambut Anniversarry ke 4, birthday Suami dan birthday anak-anak. Oh ya, bulan 5 memang penuh dengan special day ye. 25 hb Birthday suami, 26 Hb Anniversary, 28 hb pulak birthday Adam. Haaa, penat nak sambut! Haha. Semuanya dekat dekat. Jadi mari kita jadikan bulan Mei sebagai bulan cinta kami sekeluarga. So let holiday! Katanya kan. Tak habis habis nak holiday. KekNi dah berangan bulan 5 just nice la nak ke Langkawi pasal boleh shopping barang rumah pinggan mangkuk cantik cantik dan murah kat sana. Mak mak sangat perangai sekarang kan. 

Eh tapi nak tunggu bulan 5 lama sangat lagi kan. So ok lah kalau bulan depan dapat pergi terengganu. Pernah pergi sekali je masa kecik darjah 4 dulu. Pergi reramai dengan family belah ayah. So excited jugak la nak pergi lagi. Dengar cerita Terengganu best ada Pasar Payang jual batik murah murah, ada kepok lekor, ada pantai, ada sotong celup tepung. Ni hasil google la ni. Ni sume salah laki sendiri. Dah tau bini ni memang selalu over excited kalau pasal holiday ni, lagi dia duk cerita itu ini kan. Ni kalau tak jadi untuk tahun ke 3 ni, awas ye.  

Ok la KekNi nak tidur la. Dah berapa malam tak cukup tidur. Menyiapkan order orang. Alhamdullilah rezeki melimpah bulan ni. Berkat dan hikmah belanja family holiday kat Melaka hari tu kot. KekNi selalu percaya, semakin banyak kita berkongsi rezeki, semakin bertambah rezeki kita. Memang betul sangat. Lagi satu pengajaran dan pengalaman KekNi, kalau nak murah rezeki jangan sakiti hati suami @ isteri kita. KekNi perasan, lepas KekNi belajar redha terima apa yang KekNi tak suka, tak masam muka merajuk dengan suami selalu, rezeki pun mudah datang. Kalau asyik merajuk, bergaduh rezeki pun payah masuk, hati pun sakit sebab dia tak pujuk. Haha.. padan muka dekat diri sendiri.

Monday, November 23, 2015

Senyuman Yang Aku Mahu


Hai udang. I love u. Terima kasih kerana mengenyangkan perut aku. I love Tom Yum Kung Secret Recipe so much! Tak ada kedai lain yang boleh lawan. Walaupun harga bukan main la mahal, tapi demi 2 ekor udang besar,kuew tiaw yang lembut dan kuah tom yam yang pedas berapi, aku rela. Haha.. Laki mak menyirap je kalau aku ajak makan Secret Recipe. Tekak dia cannot go dengan menu kat situ. Tapi terpaksa jugak layan isteri dia yang tercinta ni.  Alah lagipun bukan selalu, 2-3 bulan sekali je aku teringin. 

Ni cerita 2 hari lepas la, Melepaskan gian nak makan Tom Yum Kung secret Recipe. Si Intan ni aku orderkan Spaghetti. Nak order lasagna habis pulak dah. Tu pun favourite kami 2 beranak.. Berselera tengok Intan makan, lebih dari separuh portion jugaklah dia habiskan. Tengah Intan makan spaghetti tu, datang stu family cina 3 beranak duduk meja sebelah. Cina tu orderkan kek Brownies yang ada aiskrim atas dia tu siap nyalakan lilin sebatang. Beria anak cina tu nyanyi happy birthday pastu tiup lilin. Bukan sekali ye, berkali kali.. Haha.. Kata bapak dia, anak dia tu memang macam tu, order kek untuk tiup je, tapai tak nak makan. Intan perati je ngan muka kesian. Aku agak dia nak kek jugak la tu. Tapi idok la aku nak belikan kek, sebab dah makan spaghetti tu pun tak habis.

Aku cakap la tak boleh kek, nanti tak habis. Alaaa cian pulak tengok muka anak aku sedih, Nasib la dia tak paksa paksa nak kek. Lepas makan terus balik keknyangan. Esoknya lepas pos barang kat lipis, aku singgah kedai kek, belikan intan cupcakes dan mintak lilin sebatang. Balik rumah, terus nyalakan lilin nan sbatang tu, pastu suruh dia nyanyi happy birthday.  Haha.. Happy sangat la budak tu. Mak budak lagi la happy tengok anak happy.   



Abaikan krm kek yang dah huduh tu, habis dia colet senyap senyap masa dalam kereta.


Bersungguh tiup kek


Hari ni tak tau napa papa dia macam moody sikit, asyik kena marah je intan dari pagi sampai petang. Selalunya ibu yang macam tarzan marah Intan. Bila tengok papa dia pulak yang asyik marah Intan, kesian la pulak kat budak ni. Tu yang aku cuba ceriakan dia dengan belikan kek siap lilin bagai. =) Happy tengok anak senyum gembira. 

Dah jadi mak mak ni macam tu la.
Senyuman anak penawar duka.
Senyuman suami? Laaaaaaagi la penawar, penyembuh, ubat mujarab segala duka. =)






Friday, November 20, 2015

Holiday Melaka Wonderland Dan Zoo Melaka

Awal bulan hari tu plan dengan family KekNi untuk berkumpul kat Melaka holiday sesama. Alahai kejap je pon, 2 hari 1 malam je. Hajat memang nak bawak budak budak main air kat water park dan pergi zoo berkenanalan dengan haiwan haiwan.

Bertolak dari Pahang pukul 10 pagi. Nak hangin je KekNi ngan abg Emi korang tu, saja buat lambat. Dia tak tau ke wekend ni highway jem, KL lagi la je bagai nak giler? Kalau pasal nak buat kereta dia, pukul 8 dah kena bertolak dari rumah tau. Eh sakit pulak hati kita ni. Family Keni bertolak dari JB lepas KekNi inform yang KekNi dah gerak. Sampai Melaka pukul 2 petang. Family KekNi sampa pukul 12 tengahari. Kesian diorang kena tunggu.

So sampai Melaka terus tuju ke Melaka Wonderland. Tiket dah beli Online siap siap kat Groupon. Dapat la murah RM10 setiap ticket. Aterr kalau dah 6 orang, dah jimat RM60 kan? Bijak kan KekNi? KekNi kalau pasal berjalan memang pandai serba serbiiiiiiiiiii. Hahahaha. Sila tepuk tangan. So korang kalau nak pergi Melaka Wonderland ni, sila survey tiket Online atau deal kat Groupon, jimat. 


Kitorang sampai kan petang, masuk dalam tu dekat pukul 3 petang, orang dah ramai balik, so heaven juga sebab tak perlu merenangi lautan manusia yang banyak dan panas terik matahari tengahari.  Makanan dalam ni mahal cekik darah jugak dan tak banyak pilihan. KekNi sempat seludup roti dalam handbag besar gedabak KekNi tu. 

                   

Mula mula kit tuju Pantai buatan yang ada ombak ni. Suka la budak budak ni main. Kesian kat adik bujang KekNi tu terpaksa berenang di air cetek  sebab kena jaga anak anak buah dia dia dua orang tu. Masa ni just nice kita dapat tempat duduk betul betul depan kolam. Adam pun sedap mentido feeling feeling tepi pantai.



Lepas tu naik atas pulak, tempat yang ada permainan untuk budak budan juga bapak budak. 


Pakcik Dayat dan Papa keriangan main gelongsor air yang best ni. KekNi tak dapat join membasahkan badan pasal payah la nanti Adama nak susu kang, acaner kalau kalau dah basah basah ye dak?


Budak kecik ni sibuk nak join papa main gelongsor besar tu. 


sibuk jugak ke hulu hilir bawak pelampong pinjam dia tu


Dalam pulu 6 macam tu kitorang pun gerak balik. Naik train nak turun ke tempat keluar tu,


Ala Adam, awat macam shin chan? Heeeehee..



Gambar laki bini 


Pastu kitorang terus pegi makan kat ikan bakar parameswara, pnuh, So pilih je la kedai lain. Hamboi bukan main mahal ye kedai makan ikan bakar kat Melaka ni. Tercekik tengok harga. Dah kenyang, terus menuju Hotel. Sekali LAgi, KekNi dengan bijak telah booking secara Online untuk dapat harga murah sikit. Hewhew.. Dengan RM306 je KekNi dapat 3 bilik superior triple ni. Oh kami stay kat Hotel Sentral Melaka.  Setiap bilik ada 1 katil Queen dan 1 katil super single. Tapi sudahnya, empat beranak tido atas katil Queen jugak..hahaaa. Daasar... Review Pasal hotel Sentral Melaka ni? Ok la, not bad. Senang nak cari tepi jalan je, pastu kat kawasan yang tak sesak. Bilik hotel pun luas, katil selesa. Cuma siaran tv tak clear. 



Pagi tu lepas breakfast, terjun kolam. Haa kali ni aku dah siap susukan Adam, So bolehlah terjun sekali.  


Adam dah siap mandi, tengok je la Ibu terjun kolam ok


Lepas Lunch kitorang terus pergi Zoo. 


Dah penat nak taip. Hah! Kat Zoo budak budak dah letih. Letih berenang pagi tadi dan letih jugak pusing Zoo yang besar ni. Dapat la jumpe Zirafah, Lion, Harimau, Gajah. Tapi yang tak bestnya semua binatang ni duk tido time  kitoarang datang, Gajah pulak tengah mandi jauh dari kandang dia. 

Balik dari Zoo kami pun nak berpecah la, Intan menangis meraung raung, muntah muntah nak ikut Tok Ayah dia. Alahai. Tak puasa la tu sebab tak sampai ke rumah tok ayah. Nak buat macam mana Intan, papa cuti kejap je. Kalau kita ke JB, hbis penat kat dalam perjalanan pergi balik je. TUnggu papa cuti lama sikit kita balik Jb ok. Ibu pun dah gian nak shopping ni. Hehe..



Thursday, November 19, 2015

Asam Pedas Ikan Sembilang

Ini adalah tengahari. Hidung aku tiba tiba terbau Asam Pedas Ikan sembilang mak masak! Apekah ini? Padahal mak nun jauh di JB. 
Itu tandanya aku dah kemaruk nak balik Jb sangat ok
.
Terus ambil hp konon nak whatapps Laki, nak ajak balik JB.
Tapi bila tengok 'Last seen today' status dia  pukul 7.58am, terus tak jadi nak whatapps. 
Maksudnya dia bizi hari ni, dari masuk kerja tadi tak tengok-tengok hp pon lagi.
Tak ada masa maybe, Kerja banyak maybe. Dan dah tentu tentu penat. 

So, jadiklh isteri yang memahami.. 
Jangan menambah penat laki sendiri
Nanti malam baru bagitau..

NAK BALIK JB 


Friday, November 13, 2015

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Beremosi

respi udang

KekNi adalah stress, frust, bengang dan sedih beberapa hari lepas. Sebabnya KekNi mula merasakan salah satu impian KekNi sudah terkubur. KekNi rumuskan sebagai terkubur saja sebab dah terlalu lama menunggu, namun bila dah ada peluang, banyak pulak halangan yang mendatang. Jadi KekNi malas berharap dan bermimpi lagi, nanti makin stress.  Kecewa sangat bila memikirkannya. Tapi terpaksa redha walaupun beberapa kali juga tak dapat tahan air mata kecewa. Sampai sekarang still tak boleh berhenti fikir . Kenapa Allah takdirkan ini semua untuk KekNi?  why? why? why? why??? Tapi Alhamdullilah, dalam usaha cuba redha dengan ketentuan Allah, Allah bagi hikmah rezeki yang mencurah -curah masuk sepanjang minggu ni.. Alhamdullilah.. berkat redha dan doa orang yang kecewa.

Panjang sangat mukadimah, tak kena langsung dengan tajuk kan? Maapkan KekNi yang over asyik emosi terlebih. Sebenarnya nak cerita pasal Udang Masak Lemak Cili Padi ni. Masa KekNi duk sedih sedu sedan pepagi buta, husband bawak balik Udang sepit biru, alah anak udang galah la. Rasanya la dia saja nak ambil hati KekNi yang tengah stress. Lalu belikan binantang kegemaran KekNi itu. Dan lagi special, bukan udang biasa, tapi udang sepit biru yang payah nak jumpa kat pasar. Terus KekNi yang moody jadi bersemangat nak masak Udang Masak Lemak Cili Padi.  KekNi ni ingat ingat lupa resepi masak lemak ni pasal jarang masak lemak. Biasa kalau udang, memang masak sambal tumis je. Tapi sebab udang sepit biru ni, masak lemak cili padi la baru mantop, lalu KekNi pun mengoogle la Resepi dia, dan terhasilah resepi berikut;

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi 

1/2 Kg Udang
Santan 2 cawan
Cili Padi 20 tangkai
Halia sikit
Bawah Putih 3 ulas
Kunyi hidup / serbuk kunyit
Daun Kunyit
Serai 2 batang diketuk

1. Tumbuk Cili padi, halia, kunyit.
2. Campurkan Udang, Santan, Daun Kunyit, Serai dan bahan ditumbuk ke dalam periuk.
3. Tambah Air ikut kesesuaian. 
4. Masak dengan api perlahan sampai mendidih.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6 Tutup api. Siap!
* Udang tak payah masak lama, nanti keras tak sedap
* Masak api slow untuk elak santan pecah minyak.

Kalau KekNi masak lemak, tak suka kuah terlalu pekat dengan santan sangat. KekNi suka kuah medium je, cair sangat tidak, pekat sangat pun tidak. Kalau pekat sangat nanti kuat sangat rasa lemak santan, bau je pon dah buat KekNi kurang selera, kalau makan nanti mula la ambil lauknya saje, kuah tak lalu. Lain kalau tak berapa pekat, ku hirup hirup kuah dalam pinggan sampai licin! Hehe..

Habis masak, terus makan dengan nasi panas, holamak! Mabeles sangat. Sedap hingga menjilat jari. Udang fresh, beli dari pasar terus masak, lagi la bertambah sedap. Malam tu cakap kat husband  :

"Tak dapat bunga pun tak apelah, dapat udang kepala besar ni pon dah berbunga-bunga hati. Tq husband. Love u"

Haaaa.. Udang punya pasal, terus jadi romantik, muka ada sinyummmm. Yes. Memang sedikit mengurangkan stress KekNi walaupun kecewa itu masih ada. Tapi KekNi tetap yakin Allah akan berikan hikmah lain buat KekNi yang kecewa ini. InsyaAllah. 

KekNi cuba Redhakan Hati,
KekNi cuba Ikhlaskan Diri.

Sekian.


Thursday, November 12, 2015

Rawat Anak 5 bulan Yang Demam


Masuk anak dua ni, dah sedikit berpengalaman, jadi nak la share cara merawat anak yang demam. Dalamkes aku, anak masih baby lagi. Umur Adam nak masuk 6 bulan tiba tiba demam. Kalau ikut pengalaman masa Intan baby, dia setiap kali demam, ada lah nanti benda baru yang dia dapat contohnya tumbuh gigi, pandai duduk, pandai jalan dan sebagainya. Orang tua tua kata demam nak ambil upah.

Bila anak demam, ibu mana lah yang tak risau kan. Lagi pulak bila bada dah start dedar, tumbuh bintik bintik kat badan Adam. Aku tak la panik sangat sebab memang Intan masa baby pun macam tu, kalau demam, rajin naik ruam kat badan. Dr kata ruam sebab panas. Dan ia ok selagi ruam tu tak bernanah.  Alhamdullilah satu malam je Adam demam, makalm ni dah ok. 

Tips Merawat Anak @ Baby Demam Cara KekNi


  1. Basahkan Kepala Baby Dengan Air Asam Jawa. Lumur rata - rata ke seluruh kepala. Biasanya sepanjang malam aku akan buat. Asal kepala dia dah kering, aku lumur lagi. Memang berkesan turunkan suhu badan baby. Eh ujian ke atas bapak baby yang tengah demam pun berkesan juga..hehe
  2. Lap Badan, Pelipat Dengan Kain Basah. Ya yang ni penting. Kejap letak kain basah kat ketiak, pelipat, leher, kepala. Bagi sejuk badan dia yang tengah panas. InsyaAllah suhu cepat turun.
  3. Tanggalkan Baju @ Pakaikan Baju nipis. Biasanya kalau badan anak panas sangat, memang aku tanggalkan je baju seluar dia. Biar pakai pampers je. Sebab tak nak kasi panas tu meruap. Biar panas tu mudah keluar. Selain tu ia juga memudahkan kita nk basahkan kepala baby dengan air asam sambil lap lap badan dan pelipat dia. 
  4. Pasang Kipas @ Aircond dalam bilik. Persekitaran yang lebih sejuk daripada badan menggalakkan pengaliran haba keluar dari badan. Jadi suhu badan anak akan cepat turun. ~[sumber : Doktor Az-Zahra.]
  5. Susukan Anak Sekerap Mungkin. Yang ni memang paling penting. Bagi dia banyak menyusu, so kerap kencing, kerap berak, suhu pun boleh turun. Lagipun anak kecil kalau demam kan merengek je. Adam sepanjang malam semalam mengempeng je dengan aku, kejap kejap je lepas. Alhamdullilah, pagi ni makin sihat, dan malam ni dah sihat dan tidur dengan lena macam biasa.
  6. Mandikan Dia Dengan Air Biasa.  Ada orang tak bagi mandi, takut panas masuk dalam badan katanya. Mengarut ye sebenarnya. Kena mandi kalau demam. Kalau ikut doktor kena mandi 3 kali sehari. Kena mandi mulakan dari kaki. Bahaya biar panas naik sangat, boleh kena sawan. Aku mandikan je anak2 aku bila demam walaupun orang kata lap je tak yah mandi, nanti panas masuk dalam badan. Ikut cakap doktor dan hasil bacaan aku yang sahih.
Itu la antara cara aku rawat baby aku yang demam. ALhamdullilah sesuai dengan anak anak aku setakat ni.  

Just Sharing.

Wednesday, November 11, 2015

Hadapi Dengan Senyuman




Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

# Melafazkan dalam lagu memang senang, tapi nak terapkan dalam diri sendiri tu tak mudah


Tuesday, November 10, 2015

Pakai Produk Hot

Biasalah anak dua kecil kecil lagi, memang bukannya sentiasa dapat make up mengadap cermin telek telek muka lama lama. Ye la, kang kejap si kakak nak join sama make up, kang kejap adik dia melalak nak susu. Tapi yang paling selalu ialah laki yang duk kalut suruh cepat cepat siap tiap kali nak keluar. Sangat la tak shukeeeeeee.. Terus tak dak mood nak make up. Muka kalau chantik sangat tak mengape lah tak make up langsung kan, ni muke tak berapa hadoo. Tak suke la kalau keluar langsung tak make up. Paling paling pon nak la buh fondation sikit kasi tutup bekas jerawat yang bersepah tu.


Ni la  rupa KekNi bila keluar just pakai foundation jenama S***, Tanpa blusher, eyeliner bagai. Konon nak nampak natural, tapi memang nampak natural saaaaaaaaaaaaaaangat kan, sampai tetap jua terserlah bekas jerawat di kiri kanan pipi KekNi!!!!  Haaa. Tak suka.

Sekarang ni kan kecoh pasal Produk Hot dari blogger sepet  Iaitu BB Cream Seqy Beauty dia tu. Meletop letop di pasaran. Amboi sangat aku tengok blogger blogger lain pun duk update dah try pakai BB  Cream  tu dan hasilnya memang meletop. Tengok  gambar virus padu, ceera, mek cu pakai nampak flawless sangat muka. Mula macam tak caya, ye ke pakai Foundation je muka terus jadi halus mulus gitu?? Boleh ke? Boleh ke? Pasal kalau aku pakai foundation sikit je  biasanya tetap nampak bekas jerawat.

Mula la rasa nak mencuba BB Cream Srqy Beauty tu kan

Jeng jeng jeng.....



Hai... Sesuci lebaran tak muka kekNi hari ni? 


Ni la hasil pakai BB Cream Seqy Beauty buat kali pertama siang tadi. semalam sampai, hari ni terus pakai. Hasil meletop bagai dikata. Memang terasa flawless tanpa mekap. Sapu nipis nipis je pon tapi terus dapat cover bekas jerawat KekNi kat pipi kiri kanan tu, tak nampak langsung kan?  Suka sangat.


Ni la BB Cream Seqy Beauty yang hot tu. Serius tak rugi beli. So korang korang yang rasa nak mencuba BB cream Seqy Beauty ni, boleh la refer kat link bawah ni. 

http://seqybeauty.blogspot.my/ (Untuk maklumat detail pasal produk Seqy Beauty)
http://seqybeauty.shoppy.my/ (Untuk pembelian secara direct dari website)

Atau boleh jugak terus  order guna Whatapps ke nombor ni  011-2107 6726.

Thursday, October 29, 2015

Menangani Masalah Anak Suka Pukul dan Berkasar

Sebagai mak mak, memang la risau bila tengok perangai anak yang umur 2 tahun lebih suka sangat pukul orang. Dicubit, dicakar, di gigit adik. Tok Ma dia pun selamba dia cakar, dia cepuk kat muka. Cik Inah dia lagi la, pantang nampak kulit, habis di cakar. Puas tegur tapi tak jalan juga. Dan selalu jugaklah habis sabar kalau tengok dia buat perangai macam tu. Dalam kerisauan tengok anak yang suka bermain kasar macam ni, aku pun google la cara cara nak mengatasi anak yang suka memukul dan berkasar ni. 



Antara tips untuk handle anak yang suka memukul, mencubit, menggigit dan berkasar :

1. Tegur dengan tegas tanpa menjerit dan tinggikan suara.

Caranya kena nasihat dan fahamkan anak bahawa perbuatan pukul, gigit, cakar, cubit orang tu adalah perbuatan yang salah tanpa tinggikan suara atau menjerit. ~ (haha.. aku selalu je jadi tarzan terpekik pekik kalau geram ngan Intan. Lepas ni kena ubah). No more jerit, no more Tarzan,  Tak boleh juga cakap perkataan JANGAN.  Gantikan dengan ayat lain contohnya. 
'Ibu tak suka Kakak pukul adik'. 
'Pukul orang tak baik, kesian tangan adik sakit kena gigit'.
'Tangan ni gunanya untuk makan, untuk salam, untuk pegang botol susu, bukan untuk pukul '

2. Tidak menghukum atau membalas dengan pukul, cubit dan lain lai

Yang ni salah satu silap aku. kadang kalau terlalu geram memang laju je tangan aku piat telinga dia. Sebenarnya cara tu salah sebab anak akan ikut apa yang kita buat.  Ye la kan, dia tenok kita boleh buat kat dia, jadi bagi dia benda tu tak salah la, so dia buat pulak kat orang lain.  (Baiklah, lepas ni cuba lebih bersabar...hummmmmmmmmm.. tarik napas dalam-dalam)

3. Hentikan perbuatan dia dan denda dia dengan tahan dia dari bermain untuk seketika.

Sebagai denda dan supaya dia tahu dan untuk mengingatkan dia bahawa perbuatan dia tu salah, kita kena hentikan sekejap aktiviti yang dia tengah buat masa tu (contohnya tengah main basikal sambil langgar2 tok ma). Hentikan dia dari main basikal dan duduk dalam bilik untuk 2-3 minit sebagai denda. Kalau dia menjerit dan meronta nak keluar, beritahu dia yang dia tak boleh main 3 minit sebab kesalahan dia langgar Tok Ma. Lepas 3 minit baru boleh main semula dan dia akandi denda semula kalau ulang lagi kesalahan yang sama.

4. Tegur dan denda secara konsisten setiap kali dia lakukan kesalahan yang sama.

Ulang langkah 1 hingga 3 di atas secara konsisten setiap kali dia buat lagi kesalahan yang sama iaitu pukul, cubit, sepak, cakar, gigit orang. memang budak kecil suka buat benda yang sama berulang ulang. Kena sabarlah kita pun kena ulang ajar dia dan sedarkan dia perbuatan tu salah dengan tegur dan denda dengan cara yang tegas tetapi betul.

Haaa.. tu dia KekNi dah share tips untuk mengajar anak yang suka memukul, mencubit, mencakar dan sebagainya yang mengasari orang lain. Hasil google cara cara nak menangani masalah anak yang suka pukul dan main kasar kasar ni.

Harap-harap dapatlah KekNi sendiri mempraktikkan tips ni kat Intantenton yang semakin menjadi jadi tu. Kesian jugak tengok dia asyik kena marah dengan orang dan aku sendiri.. Paling kesian bila kena marah ngan orang lain la.. Aku ni hati tisu, sebak kalau dengar orang marah anak aku walaupun aku sendiri selalu jadi tarzan bila marah anak.





Tuesday, October 27, 2015

Malu Pada Allah


Pernah tak kau rasa malu pada Allah?
Malu sebab banyak kali kau lupakan Dia, tapi dia tetap tak lupa pada kau dan sentiasa mencurahkan RahmatNya mencurah curah Tanpa henti.



Saturday, October 24, 2015

Doorgift Buku Doa Amalan Harian Custom Made

**************** IKLAN *************************

Doorgift Buku Doa Amalan Harian merupakan antara produk doorgift terlaris yang mendapat sambutan dari para pelanggan kami. Kami sentiasa berusaha meningkatkan mutu dan kualiti buku doa custom made dari kami disamping juga memberikan harga terbaik dan termurah.

Buku Doa Amalan Harian Kami Sangat sesuai dijadikan doorgift dan cenderahati bermanfaaat kepada tetamu majlis anda.

SPESIFIKASI BUKU DOA AMALAN HARIAN 

~ Mengandungi 46 Doa Amalan Harian beserta terjemahan dalam bahasa melayu
~ Saiz A6 (10.5 x 14.8cm), sebesar tapak tangan
~ Design Buku Doa adalah Custom Made, mengikut citarasa pelanggan
~ Boleh letak nama pengantin, nama baby, ucapan dan sebagainya
~ Cover menggunakan Glossy Art Card 230gsm
~ Content sangat berkualiti menggunakan Glossy Art paper 80gsm






Harga serendah RM1.35/pcs untuk tempahan 1000 pcs

RM1.55/pcs untuk tempahan 800 pcs
RM1.95/pcs untuk tempahan 500 pcs
RM2.10/pcs untuk tempahan 300 pcs
RM2.50/pcs untuk tempahan 100 pcs
RM2.80/pcs untuk tempahan 50 pcs

Apa tunggu lagi, hubungi kami untuk dapatkan Buku Doa Amalan Harian dengan Design Custom Made Daripada kami sekarang!

sms/whatapps : 0127164176

Friday, October 23, 2015

Celaru

Agak Stress aku lately ni

Aku bingung pikir kenapa husband tetap tak nak pindah rumah sewa sampai sekarang. Padahal rumah sewa kami dah 100% siap, lengkap untuk duduk sana.

Preparation rumah tu dari tahun lepas. Dari sebeum mengandungkan Adam, Sampai masa tengah mengandung aku gigih cat rumah tu sendiri dengan dia. Tengah mengandung 6 bulan aku gigih panjat tangga pasang wallpaper sendiri, gantung langsir sendiri. Gigih kan? Aku bajet sebelum bersalin dapat lah merasa duduk rumah sendiri romantik romantik sementara baru anak sorang. 

Tapi macam biasalah, dapat berangan je. 

Bulan 3 : Dia kata tunggu la lepas bersalin nanti baru pindah. ~ Ok
Bulan 6 : Lepas dah bersalin, dia kata tunggu la Adam besar sikit ~ Ok. 
Bulan 8 : Lepas tu, tunggu lah lepas Abah operate.   ~ Ok
Bulan 9 : Lepas tu, tunggu lah lepas Aqiqah Adam. ~ Ok

Bulan 10 : ...........................................................
Bulan 11 : ??
Bulan 12 ??

2016 ??
2017 ??
2018 ??

Pun aku tak tau alasan apa lagi nanti. Mungkin dia berat hati nak tinggalkan rumha parents dia, dah selesa. Tapi pikir tak aku ni yang jauh tinggalkan family kat Johor, nak balik pun 2-3 bulan sekali baru dapat, sanggup berkorban asal dapat dekat dengan dia. 

Aku penat. Penat bercakap, kecil hati, jauh hati. Tapi tak tau nak luah kat sapa, kawan pun tak dak kat sini nak ajak berjimba luah hati ke hati. Muntahkan jelah semua kat blog ni.

Kadang muka ni dah taktau nak ekspresikan macam mana. Nak senyum pun payah. Bangun pagi rasa moody je memikirkan semua benda tak berubah.

Full stop. 



Friday, October 16, 2015

5 Bulan Selepas Menjadi Ibu Anak Dua


Pejam celik, pejam celik, tetiba je Adam dah nak masuk 5 bulan dah. Maknanya dah 5 bulan lah aku ni jadi ibu anak dua. Sememangnya masa anak anak usia 0 hingga 1 tahun aku rasa masa yang paling banyak masa habis kena mengadap dia. Kena 24 hours tengok dia, layan dia, ye la everything dia tak tau buat sendiri kan melainkan masuk jari dalam mulut pastu clup clup clup bunyik macam sedap sangat tak terhingga hisap jari dia tu. Haha,,, tapi comel gila ok.  Macam masa  Intan dulu, start 1 tahun ke atas, dah pandai jalan, dah boleh makan macam macam, dah boleh main sendiri, makin senang la nak jaga. Bolehlah pergi holiday seronok2, pergi shopping 4-8 jam, Makan dengan tenang sikit, masak2 ikut suka sebab dah boleh predict masa yang sesuai kan.  Sekarang ni makan macam orang kebulur pun ade, makan laju laju bila anak tidur, kunyah pun bersepai sepai tepi mulut kekadang sebab takut anak terjaga lalu terus kena stop makan nanti. Tak senonoh betul ibu anak dua ni kan.

Budak kuat menyusu


Lagi sebulan lebih Adam dah boleh makan, harap harap lepas dah boleh makan tu, kurang sikitlah dia mengempeng. Kuat betul menyusu. Ni sejak dah pandai meniarap, tidur mengiring, malam malam asyik bangun je sondol sondol nak susu. Dulu lepas pantang dah ok sikit malam 2 kali je bangun. Sekarang ni ada 8 kali aku rasa ok menrengek malam malam nak susu. Siang pun sama. Akibatnya aku la jadi lapar je. Nafsu makan tu kadang tak boleh kontrol. Matilah asyik kene perli ngan laki sendiri asyik makan, pikir makan, makan dan makan. 

Ensem boy Ibu

Intan pulak sejak dah ada adik, dah besar sikit ni pandai sangat serba serbi. Pandai sampai terlebih sekarang. Paling tak tahan pantang nampak aku dekat sikit ngan papa dia, peluk apetah lagi, terus datang duduk tengah tengah. Jeles sangat, Ini papa Intan! kata dia. Eeee,,, Tak boleh langsung Ibu nak bermanje ngan papa dia. 


Dah la 24 jam ade je kerja dia. Asyik la aku jadi tarzan jerit jerit perangai dia kat rumah tu. Kadang tak larat nak jerit, biarkan aje. Tapi kesian pulak bila orang lain pulak marah dia. Kesian anak ibu. 
Jangan la nakal sangat nak, Be nice, sopan santun ok. Kalau melebih lebih tu yang asyik kena mrah je tu. 

Hari tu masa Annyversary yang ke 3 tahun iaitu 2 hari sebelum Adam lahir ada orang janji nanti bulan 12 nak bawak pergi holiday Langkawi. Tapi nampak gaya macam tak je. Bajet besar jugak kalau nak pergi Langkawi. Dah la baru lepas buat kenduri aqiqah Adam. Hoi cakap pasal kenduri Aqiqah Adam, aku nak buat simple je mula 2. Tapi last2 aku rasa dah rupe kenduri kahwin dah ok. Dari pagi 9 am sampai 5 pm ok. Nanti la citer pasal Aqiqah kat entri lain. Yang penting Bajet pun besar dah habis untuk Aqiqah Adam.

Tapi aku ni dah gian nak pergi holiday ni. Tolong la please.. Tak dapat Langkawi, Cameron highland yang sekangkang monyet tu pun jadi laaaa.. Asalkan dapat berehat kat hotel dengan pemandangan cantik. Duduk makan tido makan tido pun jadiklaaaaa..  Janji holiday, dapat refresh otak. Cannot go ok kalau lama lama buat benda yang sama je tanpa gap. 

I need Holiday! Tapi malas la nak ulang ulang cakap kat laki i. Nanti dia stress, muka terpaksa je kalau pergi pon.  Bosan lah nanti holiday dengan muka bosan dia tu. Baik diam je dan berangan sorang sorang. Berangan la tiba tiba laki cakap macam ni.

"Sayang, jom kite pergi holiday. Cepat booking hotel. Kita pergi minggu depan!"

Lompat bintang aku kalau laki aku yang ajak pergi holiday ok!

memang tak pernah dalam sejarah lagi ya. selama ni aku je yang selalu paksa dia..hahaaa.

Doa je la bebanyak Allah limpah ruahkan rezeki supaya dapat plan holiday yang best untuk our small family.

InsyaAllah. =) 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails