Sepanjang mengandung dan semakin nak cukup bulan ni, air sejuk, air manis berais memang la favourite aku. Kadang kadang rasa macam tak boleh dibendung. Setiap hri mesti nak. Kadang-kadang 3 kali aku buat milo ais, nescafe ais, kordial macam-macam perisa berais. Hati ni risau la jugak. So buat la research kat google..
Research punya research, jumpa info ni
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
S : Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais. Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari.
Jaja, Bentong, Pahang
J : Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.
Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat.
Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok jadi kesimpulannya tidak la bahaya ais kepada ibu mengandung kan...hehe.. Lega sikit. Tapi air manis tetap la bahaya kan. Nasib baik la mengandung kali ni aku dah duduk dengan husband, dia la banyak kontrol. Masa mengandung anak pertama dulu, duduk KL sorang-sorang memang every week akan minum coke. Kalau pergi mcd confirm ambil air coke. Nikmat sangat. Tapi sekarang, memang tak berani la order air coke ke pepsi ke kalau makan kt fast food, nanti dapat jelingan maut dari suami plus kena marah! Memang dia marah sangat kalau nampak coke atau pepsi. So sekarang, nak elak kena marah, kita order ribena atau milo ais je bila makan fast food...huuuuu....
Dan mengandung kali ni aku bebas dari GDM walaupun dah 2x kena test minum air gula... Syabas kepada suami kesayangan yang berjaya meng control isterimu ini. I Love u so much!