Followers

Wednesday, April 22, 2015

Kadungan 34 Minggu, Bersalin Hospital Mana?

Katanya... sedar tak sedar dah masuk 34 minggu dah ni. Beg baby, bag ibu nak ke hospital dah ready Alhamdullilah. 42 hari lagi nak beranak kalau ikut due date. Aku tak ingat pun sebenarnya. Ni pun kira guna pregnancy calculator online by Due date. Maka dapat la result detail by minggu dan hari. Bagus juga ada semua online kan.  

Bersedia kah nak bersalin ni lagi 42 hari? Sekarang ni risau kalau kena tahan wad lama sebelum atau selepas bersalin tu. Risau pasal kakak Intan tu sapa nak jaga. Kesian mak mertua pun dah sibuk jaga nenek yang uzur tu. Nak tambah pulak dengan intan yang tengah super aktif tu. Tu yang harap sangat la lama la kena duduk hospital. Supaya boleh balik JB awal, tok mak dia ada boleh jaga Intan.

Aku ambil keputusan nak bersalin kat Lipis sebab antaranya kesian kat husband. Biar la dekat kan, senang dia nak uruskan. Kalau kat jb dia nak kena cuti berapa lama nak hantar dan tunggu aku bersalin. Tak kan nak ulang alik Jb - lipis selalu? Kalau ada jet peribadi sendiri boleh lah..haha. Pastu sebenarnya aku memang nak dia ada masa aku bersalin dan sakin bersalin.. 

Satu lagi sebab ialah pengalaman bersalin anak pertama kat hospital Kuala Lipis tu sangat selesa, nurse dan doktor baik-baik, wad tak sesak, cantik, baru, selesa semua kan. Siap duduk wad bilik 2 katil aircond lagi.  Aku tak tau kalau bersalin kat HSA Jb tu macam mana. Pengalaman pergi HSA melawat sedara mara dari kecik sampai besar aku rasa menakutkan sikit. Sebabnya selalu jumpa nurse yang garang-garang, duduk sikit atas katil kena marah, pernah juga dengar nurse marah pesakit dan mak aku pun pernah kena marah ngan nurse situ bila cuba tanya kat mana katil mak cik aku yang baru bersalin. Memang semua bad record la yang aku pernah rasa dari kecil sampai besar. Lepas tu HSA kan hospital tengah bandar, memang la penuh sentiasa, wad pun lama. Eh tapi tak tau la kan kalau sekarng dah berubah. Maklumlah, dh jadi orang lipis, lama tak ke HSA...huhuuuu.. Tapi yang bagus nya HSA ni banyak doktor pakar, so kalau ada kes2 risiko tu boleh dihandle kat situ jugak la. Kalau kat hospital lipis ni, kalau ada kes serius biasanya kene transfer ke hospital temerloh atau KL. Jauh kau tau... Harap2 tak la apa2 risiko bersalin kali ni...

Semoga selamat semuanya!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails