Followers

Saturday, April 4, 2015

Mengidam Buah Kundang

mengandung mengidam

Ni sebenarnya cerita 2 minggu lepas. Masa tu ramai sangat orang update status makan buah kundang. ibu mengandung terus kecor air liur nak jugak buah kundang. Kebetulan hari tu ada pasar malam kat koyan, tapi papa kerja pulak, jadi ibu mengandung gagahkan diri jugak ke pasar malam bawak kakak intan semata-mata nak cari buah kundang.Dengan harapan dapatlah buah kundang yang manis dan lazat lagi menggiurkan.

Alhamdullilah ada buah kundang! Tak sia2 bawak perut besor besor ngan kakak intan yang 15 kg tu pergi pasar malam berdua je. Harga bukan main la, sekila RM15... Amboi sangat harga dia. Mahal bebenor aku rasa. Tapi sebab dah rasa nak makan sangat, beli jugak la sekilo. Sampai rumah terus makan, adohai masam! Tak manis seperti diimpikan dan diinginkan.... Tapi makan jugaklah sebab dah teringin kan.. Nanti marah pulak baby dalam perut ni ibu tak belikan...hehe..

Lepas tu tak teringin dah. Minggu ni tengok kat pasar harga dia RM20 sekilo. Gila mahal. Baik beli mangga, lagi manis, 2 kg RM10 je. Ape pun kat koyan ni memang mahal belaka makanan dia. Nasib baik tak teringin dah. Sekarang iolls teringin nak makan kambing bakar...Haaaa.. cam ne nak dapat? Kalau kat Jb, aku suka beli kambing yg dah siap marinate kat jusco tu. Timbang ikut kilo, pasu bakar sndri kat rumah, makan ngan sos black paper.. Sedappppppppppppppppppnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....






2 comments:

azizah green line said...

alahai...feel ibu mengandung kena cari juga.. si baby yg nak tu

Anonymous said...

kt mn nk crik buah kundang ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails