Followers

Monday, April 13, 2015

Perginya Dalam Subuh

Innanillahhiwainnalillahhirajiun...

Dari dia kita datang, dari dia juga kita pergi.. Baru saja mendapat khabar dari Kota Bharu Kelantan, emak saudara kepada suami baru pulang dijemput Ilahi..  Tersentak dengar.

Kisahnya suami yang baru pulang dari Surau selepas selesai jemaah Subuh balik ke rumah kejut isterinya tapi ketika itu isterinya telah tidak bernyawa lagi.. Tak pasti dah meninggal sebelum itu atau semasa suaminya ke Surau awal subuh..

Kematian menjemput tak kira masa, kita tak tahu bila dan dimana, ketika apa dan diwaktu apa.. Insaf..  Semoga Arwah tenang di alam sana, diampunkan segala dosa dan kesilapan, di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Amin ya Rabal Alamin...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails