Followers

Wednesday, April 15, 2015

Kedai Kad Kahwin Impian

Rasa nak maju setapak lagi. Untuk meningkatkan taraf hidup dan kualiti diri. Dari bisnes online dari rumah, InsyaAllah berhajat untuk buka kedai printing sendiri. Sewa kedai, buka kedai berasaskan percetakkan untuk perkahwinan. InsyaAllah.. Nak deko kedai cantik-cantik, susun macam-macam jenis kad kahwin dan doorgift pada rak cantik-cantik. Ye la sampai bila nak buat kerja kat rumah je sambil bermalasan tengok drama sambung-sambung dekat tv. Suka hati bila nak tido, suka hati bila nak buat kerja.. Kena fokus lebih lagi, kena setkan matlamat, supaya taraf hidup dapat di tingkatkan.

InsyaAllah.. Walaupun aku rasa bukan dalam masa terdekat (nak beranak dah ni haa...), kita plan dan rancang perlahan-lahan.. Semoga semuanya akan jadi kenyataan. Kedai impian aku bertemakan warna purple, kedai yang simple dan moden, selesa untuk pengunjung datang (mampu ke dari segi modal???) Haaa... yang tu insyaAllah kita usahakan mana yang dapat.. Yang penting rancangan kan.. Sambil tunggu anak membesar sikit, sambil buat perancangan rapi insyaAllah.. Semoga Allah permudahkan.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails