Followers

Tuesday, April 5, 2016

Baby 11 Bulan Tak Nak Makan



Aku muskil kenapa Adam ni susah benar nak makan. Masa 6 - 8 bulan, ok la boleh terima bubur nasi blend dengan sayur, kentang semua tu walaupun tak banyak mana makan. Tapi masuk 9 bulan sampai nak masuk 11 bulan ni, terus tolak bubur. Tak nak langsung dah. Dia tutup mulut dia rapat-rapat macam ni kalau kita nak suap bubur. Geram je tengok. Tapi kalau sumbat roti ke, buah ke, yang pejal-pejal sikit tu dia nak. So sejak beberapa minggu ni memang aku bagi dia roti je la. Potong kecil-kecil masuk dalam tupparware, buat kudap kudapan dia. Dah tu je dia nak makan kan. Kalau tak, kesian macam lapar je nak mengaruk. Kalau makan roti tu, tidur pun lena sikit kekenyangan,

Tu aku cakap Adam ni lain sikit manja dia. Tak macam kakak Intan. Ko tengok aksi kakak Intan kalau makan masa first time makan solid food time 6bulan dulu.. Kus semangat, memang bersemangat gila makan.





Sampai juling-juling tengok makanan. Pastu makan dengan rakus. Bila makanan habis, siap gigit mangkuk. Haaaa.. Ngeri tak? Sampai sekarang Intan tak da masalah nak makan. Sekarang ni, siap berebut dengan aku kalau masak udang. Tetiba dah suka udang. Habis semua udang dalam pinggan aku dikutipnya.. Sedih mak kau. Haha..

Adam? Nampak mangkuk bubur terus tolak. Umur 11 bulan, berat 8 kg. Huhi.

Tapi aku baca, normal je budak 8-11 bulan tak berapa suka makan sebab mybe sakit nak tumbuh gigi,  Ye ke Adam? Tapi Adam nape gigi tak tumbuh-tumbuh?

Tak pe la Asalkan Adam membesar dengan sihat sudah la. 

Ye tak?



11 comments:

SYANI said...

Memang budak ada ragamnya tak nak makan.. Anak akak pun sama.. BUbur tu mungkin dia dah jemu kot.. Cuba bagi makan nasi biasa pulak.

Su Hamid said...

bubur nasi tu dia suka nasi yg texture keras dah kot, dah tak nak yang lembik2. cuba try bg bubur yang keras sket texture dia, mau tak?

boleh juga bagi pisang dan baby carrot.

Memey said...

Anak sy 2thn br mkn. Ok jerk. Tp kena bg susu ngan cerelac secukup nyer ler. Anak sy x pndai mkn ceralac jd sy bancuh ngan susu. 😁

HAZMI YAHAYA said...

Aduh anak saya pon. Dulu elo ja mkn puree buah sayur, cerelac.. Masuk 8 bulan gigi dah 4 btg atas bawah. Dia x mau mkn plak.. Pening kpla la. Tutup mulut rapat

Maya Mohd said...

Sis,smpai brpa bln / thn umur Adam baru nak makan? My bby girl pun sama,6-8 bln je nk terima mkn,then tk nk dah..gigi pun sebatang pun tk tumbuh2😪

Unknown said...

Sis anak sya poun mcm tu,lepas dia sakit ja mls dh mkn,bubur blnder ka bubur d lenyek2 ka ttp juga tk nak,brhabis pujuk x mau ,kdng klau oky angin dia ada la mkn 5-6 sdu,siapa ada pegelaman mcm nie ya,blh tak bgi pendpt cara nk selesaikannya.

Unknown said...

Erm sama lahh anak saya dh nak masuk 11 bulan dye makan nasi dh tak nak, bila kita bagi makan roti ke biskut ke yag bergoreng dye nak 😅 Iols pening gais. Risauuu tengoknya

Unknown said...

Sameeee lah saya pon.

Unknown said...

anak saye pun sama.biskut dia nak makan plak😅

Unknown said...

Sma la ank sy pn dh 10 bln,x mo sngt mkn nsi bubur,nmpk j nk bg mkn nangis dh tau kna mkn,tp sumbat gk la,kdng dia tutupnya mulut,luak gk la walau kna paksa 😂 . Pastu time sy mkn nsi,bg dia mkn pe yg kita mkn,nk plak dia,mungkin dh nk yg jnis pejal pnya 😅

Unknown said...

Puas pujuk anak 11 bulan smpai tertekan tertanya2 mungkin ank sakit perut . Mulut @ ape2 . Sblm ni 6-9 bulan sumbat je ape2 bukak je mulut. Sekarang ni je yg mkn x nk bukak mulut . Tp makanan kite pulak die nak .aikkk wahai anak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails