Followers

Thursday, March 31, 2011

Jemput Singgah Ke Blog Si Manis Comel


Kengkawan, jemput singgah ke blog Si Manis Comel saye ye. Blog bisnes kecil-kecilan sahaye la. Tujuan utama adalah sebagai hobi menghasilkan makanan manis-manis comel begitu. Sambil-sambil tu berusaha menambah pendapatan..huhu.

Macam-macam terhidang untuk anda cuci mata. Nak cuci mulut boleh jugak, sila-sila la tempah sebagai pencuci mulut.. hehe... Antara yang terdapat di sana....


Cupcakes buttercream...

Blueberry Cheese tart...

Choclate moist cupcakes with strawberry..

Sila-sila la ye.. beritahu adik abang, kakak, makayah, sedara mara dankawan-kawan.. Kalau teringin dan berkenan, contact la sahaye.. =)

Sekian iklan tak berbayar dari tuan punya blog =)

http://simaniscomel.blogspot.com

Wednesday, March 30, 2011

Saat Aku Mencoba Untuk Menjadi Lebih Laju....


Saat ini sedang menaip entri ni dengan sebelah mata tertutup dengan uncang teh. Merehatkan mata sambil mengadap blog. Rehat ke macam tu? Haha.. Ala bolehlah dikatakan rehat sebelah mata kan setelah penat mengadap coding sehari suntuk kat opis.

Kerja semakin mencabar. Suasana kerja walaupun di kelilingi mereka - mereka yang berperangai gila-gila tetap mencabar oh. Ape lagi bila berada dalam group semua lelaki, macam terkapai-kapai aku sorang programmer pompuan kat situ.

Suasana sekeliling buat aku berusaha nak menjadi lebih laju dari biasa. Laju serba serbi. Maklum lah, lelaki ni nampak je gila, tapi buat kerja pantas je aku tengok. Macam kupas kacang je ha. Nak banding ngan aku buat kerja macam kopek durian payahnye kan. Tu yang tercabar untuk menjadi lebih pantas tu..

Baik! Baik! Saya sedang berusaha! Berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun bukan ini pinta kuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Dah bosan dengan panggilan exam, interview kerajaan yang dah ntah kali ke berapa pergi tapi tetap gagal di final stage. Dah muak nak tengok iklan kerja kosong, dah fed up isi borang...

Maka... Berjuang lah aku di sini.. Mungkin ini rezeki aku. Kat sini tempat aku. Redha dan terima. Sambil kesat2 air mata kononnya.

Mmmm.. Tak suka, tapi sedang cuba menerima....

P/s : Tapi please jangan garang2 n dont underestimate me... Pompuan kan sensitif. Nanti merajuk terus nak tukar kerjaya jadi SR. Suri rumah....huhu =)


Thursday, March 24, 2011

Kembali Ber Cup Cakes Semula. Huyeaaaaaa!






Ye la.. Comot-comot kan.. Maklumlah budakbaru belajar kan.. Tapi best. Enjoy dapat buat apa yang kita suka buat. Penat-penat balik dari office terus buat sampai awal pagi pun tak kisah. Thanks to zara =).

p/s : Hoh jgan la kutuk bunga ros tu. Saye budak baru belajar. Di ulang, SAYE BUDAK BARU BELAJAR..hehe =)

Tuesday, March 22, 2011

Saya Tak Ke Cameron Tapi Saya Dapat Ni Haaaa...

Saya dapat strawberry segar bugar from cameron highland

Dapat jugak strawberry tea kegemaran dari cameron highland

Pastu dengan keterlambakan strawberry itu, saya pun buat la strawberry choclate. Yummy tak?

Saya juga buat choclate moist cake with strawberry untuk menghabiskan stok strawberry itu..

Oh ye, sy pun dapat jagung manis yang kuning putih tu juga. Sedap betol. Tapi tak sempat snap gambar. Haha.. Amacam? Terliur tak? Thanks to encik Tunang yang susah payah mengirimkan semua itu untuk saya.. Sayang awak ketat-ketat. =)

Sunday, March 20, 2011

Saya Tak Marah...

Hari tu outstation ke kuantan selama 2 hari. Macam biasa la, aku kena buat kerja kat satu kolej ni yang merupakan client kami. Selalunya pergi ngan bos, buat kerja pun dengan bos. Tapi hari tu sebab bos ada hal kat tempat len, terpaksalah aku bawak diri sorang-sorang kat situ.

Selesai office hour nak balik la ke hotel. Naik teksi lah kan sebagai wanita bekerjaya yang tidak berkereta kan.. Baru tau ada jugak teksi merah yang cas penumpang per person ye. Kat jb memang tak la kan.

So nak dijadikan cerita, aku naik ngan sorang budak ni, dia student. Masa kitorang naik tu ada lagi sorang penumpang lelaki kat depan. Oraite. Sampai bandar kuantan, student tu turun kat hospital. Dia hulur 3 keping rm1 dan pakcik teksi pulangkan 50 sen. Lepas tu teksi jalan depan sikit nak sampai la hotel.

Sebagai orang yang tak biasa naik teksi kat Kuantan tu, dan teksi pun tak bermeter, maka dengan berhemahnye aku pun tanya la berapa nak byar pakcik? RM 10 kata pakcik tu. Wah. Tercengang aku. Budak tadi turun dari teksi tak sampai pun 5 minit dari aku. 4 kali ganda aku kena bayar ye...

Tak tau la pasal pe, pasal penat kot. Terus aku hulur RM10 tanpa byak songeh walaupun dalam hati dan di dahi penuh kekerutan yang bersimpul-simpul.... Rezeki awak pakcik.. Apa-apa hal jawab la dengan Tuhan...

p/s : Tak suka orang yang suka ambil kesempatan. Ingat lah.. Jangan ambil sesuatu yang bukan hak kita kawan-kawan. Kita tak tau macam mana kesusahan pemilik hak itu akibat tindakan kita atau apa doa pemilik hak itu kepada kita...

Aku tak doa apa-apa... Cuma geleng kepala je bila berdepan dengan manusia yang rakus dan tidak memikirkan halal haram yang bakal menjadi darah daging.




Friday, March 11, 2011

My Engagement Day : Part 2

Peh lambat gila sambung update blog. Sampai dah nak basi dah cerita pasal bertunang ni. Oleh kerana nak basi dah, ayuh kita layan cerita bergambar secara express je la yek.. Ini edisi malas nak mengarang. =)

Berdebar uolls tengah menunggu rombongan en tunang nak sampai.. =)

Muka cuak tak ingat ni. Masa ni En Tunang call beritahu rombongan dia dah sampai...

Rombongan family en Tunang yang sedang on the way masuk ke rumah =)

Perbincangan antara kedua belah pihak..

Ten ten ten.. Masanya, pabila cincin disarung. <--saat paling berdebar takut tak muat..hoho
Alhamdullilah muat! Muka baru ada senyum tanda lega..haha

Bergambar bersama bakal mak mertua dan bakal adik-adik ipar...

Inah, pink vs purple =)

Bergambar bersama hantaran dari pihak lelaki.. Pink. Cantik. Suke =)

Hantaran dari pihak perempuan. haruslah purple sesaje kan.. Ater.. Dah penggila purple tegar.

Nak?? Mane buleh..huhu

Ok, belum habis lagi ni.. Next part ahkak wat cerita bergambar express cam ni lagi la ye. Dengan gambr-gambar lain pulak.. Ok, to be continue.. tata...

Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun

Ya Allah terkejut dan takutnya aku balik kerja sampai rumah terus mengadap berita pasal gempa bumi ngan tsunami yang baru melanda jepun. Ya Allah Ya Allah.. Lindungi la mangsa-mangsa. Jangan la bencana ni jadi makin teruk dan paling tak nak dia sampai ke Malaysia.

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.


Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.


Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.


Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Angka korban aku rasa sangat tinggi berdasarkan video Gempa bumi dan tsunami kat jepun aku tengok kat youtube tadi. Kawan-kawan, mari kita doakan keselamatan mangsa-mangsa tsunami dan gempa bumi di Jepun tu ye.

Thursday, March 10, 2011

My Engagement Day : Part 1

Haluuu everybody....hehe.. Akhirnya setalah lebih seminggu menunggu, sampai juga gambar-gambar malis pertunangan ambo ke rumah ambo.. Ape ambo ambo ni? Haha. Excited nye! excitednye nak cerita! Walaupun korang tak excited pun nak dengar tapi akak ni tetap excited nak cerita dik!

Ha.. Cer citer, cer citer cer citer.....



Baik. Majlis pertunangan yang bertemakan purple itu ditaja khas oleh... Hah! Tak ada makna nya nak ditaja bagai, jangan nak verangan aini! Huhu. Yang benornye di taja oleh duit gaji sendiri la. Ingat ko artis nak ditaja taja? Hentikan la cerita karut marut tu..

Majlis ringkas je. Baju pun beli sendiri je yg simple, ala yang boleh buat pakai balik time raye kang..huhu. Dan yang penting mesti purple. Dasar penggila purple kan. tengok je la, bilik purple, langsir purple, hantaran purple, baju pun purple. Cadar tu pun kalo ikut hati nak purple gak tuh.

Sedang di make up ka oleh radiah.. Sampai nak tertido kena make up.. Radiah ni buat part time make up. Di rekemenkan oleh my cousin. alhamdulilah berpuas ati la dengan servis die. Cuma terasa terlebih cerah je lepas di make up tu. Al maklumlah, i kan hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam tetap manis. Haha..

Eh ok la, sambung part 2 la nanti ye.. Jenuh upload ga,bar kat facebook td. Menguji kesabaran sungguh.

Tuesday, March 8, 2011

Tiada Maaf Bagimu Chow Xiao Wei Pembunuh Kucing


Kepada wanita itu, aku tak dapat maafkan kau! Itu je ayat yang mampu aku luah. Aku perasan video Chow Xiao Wei ni yang belasah kucing tu kat facebook tapi tengok tajuk pun aku tak sampai hati tengok. Sape yang dah lama baca blog ni tau la betapa aku sayang gila dengan mahluk Allah yang bernama kucing itu.

Tapi hari ni aku cuba beranikan diri nak juga tengok video tu sebab nak tahu macam mana dia seksa dan bunuh kucing tu. Ye la, sebelum ni aku cuma berani baca je dari blog-blog dan surat khabar katanya perempuan ni pijak je anak kucing tu, pukul dengan payung dengan tak ada perikemanusiaan.

Tapi ternyata memang aku tak berani dan tak sanggup tengok walau separuh dari video peyeksaan kucing tu. Yang aku sempat tengok, Perempuan bernama Chow Xiao Wei ni pegang objek macam payung, melibas-libas payung. Kelihatan seekor anak kucing kat depan dia yang tengah ketakutan sangat-sangat.

Ya Allah, aku tau kucing tu takut sangat-sangat. Berair dah air mata bila nampak sekor lagi anak kucing tergolek dia kuit pakai payung. Itu je yang aku terdaya tengok. Terus aku tutup tu, tak sanggup tengok lagi.. Aksi seterusnya memang aku tak sanggup tengok..


Nak kata apa? Mak kucing yang BINATANG tu pun tak buat anak dia macam tu. Kau manusia atau lebih teruk dari BINATANG wahai CHow Xiao Wei Pembunuh?


Aku harap dia akan dikenakan hukuman setimpal. Sebagai balasan dan pengajaran kepada dia dan manusia-manusia lain yang hatinya lebih zalim dari BINATANG.



Monday, March 7, 2011

Betapa Dalamnya Kanak-kanak Berfikir


Mama mama... Amar nak rambutan tu.. Amar nak makan rambutan. Kata anak sepupu aku di satu hari di kampung.

Mane boleh makan lagi Amar. Rambutan tu belum masak lagi tu. Nampak tak hijau lagi kan? Kata mamanya sambil tunjuk ke arah rambutan tersebut.

Ala mama amik je la. Mama amik pastu mama masak la dalam kuali sampai rambutan tu masak... Kata kanak-kanak itu lagi sambil menelan air liur.

Amar Amar.. Cik Noy tak terkata dah.. Hanya mampu gelak guling-guling je..huhu

Saturday, March 5, 2011

Al Kisah Cincin Tunang

Hai lambat nau aku update pasal majlis bertunang tu kan. Nak buat cam ne, gambar softcopy dan hardcopy tak dapat lagi dek.. Malam ni kot baru dapat. Ni gambar kat atas ni pun akak curi dari facebook en photographer tu ha..

Cantik tak? Cantik tak teknik beliau mengambil gambar? Hehe.. Yang bersinar tu cincin tunang, dan yang tersarung dijari manis ku itu pulak cincin risik. bertunang dengan orang jauh kan, terpaksa la dapat cincin risik ngan cincin bertunang sekali.. Terpakse kan..haha


Cincin tunang dan cincin risik bersama-sama di atas mawar putih yang suci bersih.huhu. Cantik tak? Aku suka sangat dua-dua. Walaupun bukan aku yang pilih tau. Pandai en tunang dan bakal mama mertua i pilih kan.. hehe.

Hai kisah cincin ni la akak nak citer ni ha dik non. Al kisah cincin ni di beli tanpa empunya jari yang bakal disarung. Maka nya.. En Tunang tawakal je la beli sendiri tanpa tau saiz sebenar jari manisku ang manis ini.. Jauh kan, susah tul nak jumpa.

Masa majlis bertunang tu, perkara yag paling aku risau dan mendebarkan adalah takut cincin tak muat.. Risau gila oo.. Berdebar-debar, tak senang duduk dibuatnye ha. Terketar-ketar tangan ni ha masa cincin disarungkan. Tapi Alhamdullilah muat, cuma ketat sikit je la ha.

Sebagai azam kuruskan badan katenye..huhu. Ye la ye la.. Akak nak kurus la ni. Macam mane ntah nak diet. Diet kang lapar. Lapar kang otak jadi lembab, otak lembab kang susah pulak nak berpikir. Kalau dah susah berpikir tentu lah susah nak mencipta logik-logik untuk sistem. Bile dah susah nak pikir logik, mula la tension wat programing. Bila dh tension ngan coding mula la meroyan nak berenti nak berenti nak berenti...

Kan.. banyak gila efek dia kan.. Serius plak tu. Dah tu Camne nak diet tu??

Tuesday, March 1, 2011

Cokelat Purple Putih Dari Zara

Baik, nampak purple putih mesti kena ingat tema majlis tunang perempuan gila purple ni ye sapae lagi kalau bukan yang empunya blog..huhu. Cokelat home made tema purple putih ni adalah pemberian Zaharah sempena majlis pertunagan beta..cewaaah beta terus.

Zaharah ni sekrang buat bisnes cokelat ni. Macam-macam bentuk, warna warni sume ade tau. Boleh tahan sedapnye.. Macam -macam design boleh ditempah mengikut kehendak pelanggan. Sapa yang berminat tempah boleh la ke blog beliau di sini.

Ok, ni antara gambar cokelat yang aku curi dari blog beliau tanpa izin..muahahahaha...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails