Followers

Tuesday, April 28, 2015

Hadiah Harijadi Untuk Birthday Girl

Sempena harijadi initan bulan ni, ibu belikan birthday present kat intan yang special sangat. Kitchen Set! Alhamdullilah Intan suka sangat.. Beli online kat Lazada, murah sikit. Kalau kat kedai mahalnya lah.. Bila ambil hadiah dia kat pejabat pos, bukan main suka lagi dia... Sampai ajak turun kereta pergi kedai pun tak nak, duk peluk hadiah dia dalam kereta.

hadiah hari jadi

Sampaisampai rumah terus lompat-lompat suruh buka. Ibu pun terlebih excited pasangkan mainan dia. Seronok tengok dia pandai guna semua peralatan masak-masak ni. Siap ambil kentang, timun , sayur tok mama dari dapur nak masak kat dapur mini dia. Telur pun dia ambil! Nasib baik tok ma sempat jerit dan kejar...hahaha...

cooking set girl

Bila Tok abah dan papa balik kerja, dia hidangkan secawan air, siap tatang dengan piring lagi.. Konon.. Comel sangat.. hehehe... Untunglah.. Ibu dulu kecik2 ada gak mainan masak-masak, tapi tak da la lagi set dapur macam intan ni siap ada oven dan ayam golek lagi tu ha... 

Sebelum bersalin ni, hajat ibu  nak belikan Intan indoor playground pulak. Ye la nanti dah bersalin, ibu asyik ngan adik je Intan tak la sunyi sangat kan.. InsyaAllah hujung bulan ni kita beli okey sayang intantenton! 

1 comment:

cik mah said...

Ala2...pndainyer..sopan gitu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails