Iolls dari zaman kerja dulu duit syiling bersepah dalam handbag, memang tak nyempat-nyempat nak simpan dalam purse balik bila dapat baki duit syiling dari cashier. Jadi, rutin tiap minggu kena selongkar handbag kutip syiling-syiling yang bersepah tu simpan dalam tabung. Banyak jugak la sekali selomgkar tu. Tu pun ad niat nak selongkar bila ras handbag dah berat semacam. Confirm dah banyak syiling dalam tu...haha..
Bila dah berenti kerja dan duduk ngan suami, baru tau suami pun sama ada kumpul syiling dalam botol. Dia pun jenis macam aku gak, tapi syiling dia banyak dalam poket seluar..huhu. Jadi masa kemas-kemas barang, aku pun combine kan la syiling kitorang dalam bekas yang sama. Lepas tu sama-sama menabung duit syiling.
So selepas berapa tahun aku pun tetiba rasa nak mengira dan tukar duit syiling ni jadi duit kertas. Untung-untung boleh buat beli karpet untuk rumah sewa...haha.. Mula ingat nak tukar kat bank, tapi malas la pulak nak ke lipis tu. Jadi masa pergi koyan hari tu saja tanya kedai runcit tu nak tukar duit syiling tak? Dia nak pulak. Senang kerja. Aku dah kira siap2 dari rumah tapi diorang nak kira sekali lagi sbab diaorang kata kalau syiling yang hitam hitam diorang tak ambil...
So kira la, dapat lah RM180++ huu... Ok la tu. dapat la buat beli karpet 1 kat nilai nanti. Untung-untung boleh dapat kerpet besar lepas tawar menawar ngan bangla kat nilai tu nanti..hekhek... Hari tu dah beli satu karpet saiz sederhana, dari harga RM280 aku dapat RM150 lepas tawar menawar...kahkah.. Tapi sebenarnya aku x puas hati lagi sebab masa nak kawin dulu, aku pernah dapat tawar satu karpet besar dari RM300 jadi RM130 okey... Tapi tak ingat kedai dia mana satu. Bila pergi nilai lagi sekali jadi konpius gila sebab dimana mana je ada kedai karpet kau... Semua nampak sama je..
So kita tengok la hasilnya nanti lepas singgah nilai bila balik jb next week... =)
3 comments:
Klu nak tukar ngan saya saya nak duit syiling parlimen 2 kali ganda saya bayar tq
Klu nak tukar ngan saya saya nak duit syiling parlimen 2 kali ganda saya bayar tq
Wowwww.....banyaknya less.....sampai 130 yer
Post a Comment