Followers

Monday, October 18, 2010

Gambar Awek Comel Lagi Gebu

Selamat pagi semua. Jarang betul aku update blog sekarang. Sibuk sikit kebelakangan ni ha. Kat office kerja melambak, balik rumah pulak nak kena study pulak. Maka kesimpulannya memang sibuk la aku sampai hujung bulan ni gamaknye.

Jadi untuk menenangkan otak, mari tengok gambar anak-anak sepupu aku yang comel dan gebu lagi mantap yang aku snap masa majlis pertunangan abang aku 10/10/2010 hari tu. Kepada yang nak tengok gambar awek dewasa yang seksi dan gebu tu mintak maaf la, salah tempat yek. =)

Yang ni Syuhada, panggil Ada jek. Sangat gembeng ye. Sekali dia menangis bleh bergema umah. Mak dia ni muda 3 tahun dari aku. Cis kenapa kau kahwin dulu? Sungguh tak adil.

Kedua Aniq. Aniq ni senang no la nak menjagenye.. Letak bantal, kasi botol susu, kejap je tido la beliau.. Jarang nangis..

Haa.. yang ni kalau siapa yang selalu baca blog ni mesti tau la budak kecik favourite aku nih.. Sape nama? Aina Najihaaaaaaaaaaa. Aku suka sngat budak cinonet ni sebab aksi dia. Ko tengok je la muka die tu.. Comel bangat!

Tengok Aina. Ni kali kedua salin baju. Buas sikit budak ni tapi comel. Tengok tengok muka dia.. Eee geram tul. Rasa nak gigit! Huhu

Aina dan Ada lagi. Pesen rambut pokok kelapa tak cukup daun..huhu. Memek muka dia memang tak boleh belah, muka nakal nak menyakat si Ada tu. Ada macam biasa, gitu je la gayanye =)

Makcik budak, akak budak dan budak


Last sekali macam biasa, mesti nak kena ada gambar kesayangan bucuk bacin aku yang sorang ni ha.. Baru pandai jalan terkedek-kedek =)

3 comments:

Nabiel said...

weeeeeeeeeee~
ada tuh mmg cumel abis la!!hehehe

aliesha kirana said...

comey...comey...super comey... i loikeee~

Anem arnamee said...

alolo.tomeynyer:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails