Followers

Sunday, October 31, 2010

Ya Allah Ya Rabbi


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau cuba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau cuba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah

Tuesday, October 26, 2010

SQL Injection - Tak Boleh Dapat Dari Klinik

"SQL injection adalah satu teknik dimana penggodam menggunakan kelemahan sistem itu sendiri dgn memasukkan arahan ke dalam Form Input ataupun dlm URL itu sendiri. Kebanyakan SQLi injection dilakukan dlm URL sbb ia memberikan 'error yg spesel'."

-forum.putera-

Pengetahuan untuk aku sendiri sebagai orang IT. Ini pun tak tau, telah sangat memalukan diri aku sendiri. Benci.

Maaf, saya budak baru belajar =(

Monday, October 25, 2010

Blog Ni Sangat Membosankan

Bosan gile kan blog ni.. Tuan punye blog punye malas nak update kan? Dah tau pemalas tak payah la mengade buat blog kan? Benci kan?

Tuan punya blog lagi bencik tau. Banyak benda nak diupdate tapi rasa bersalah nak mengadap blog time bizi menggila macam ni..

Sekian harap maklum =)

Friday, October 22, 2010

Lambatnye Nak Pukul 5.30 Petang

.........Tiada sabar mahu menunggu detik malam ini........

(",)? Kenape?


\(- .-)/ Sebab happy sangat


(",)? Happy kenape?


\(*_*)/ Tak sabar oooh


(",)? Tak sabar ape?


\(",)_ Selamat tinggal JB


_(,")/ Welcome to melaka!




Thursday, October 21, 2010

Rozalia Sudah Ditemui - Pelangin Angan ku Musnah Mungkin?


Cantik.. Cantik budak Rozalia ni. Minggu ni heboh kisah dia yang hilang, di katakan diculik. Paling parah bila keluarga si Rozalia ni tuduh tunang Rozalia ni sendiri iaitu Mohd Hilmi Mohd Nor yang culik si Rozalia ni.

Akhirnye kes yang suspen ni selesai jugak hari ni. Rozalia di temui kat bukit bintang. Rupanya dia lari sebab tak nak kahwin dengan tunang dia tu. Oh... Sepatutnye Rozalia dan Mohd Hilmi tu akan melangsungkan perkahwinan 12 November ni. Tak lame dah oi. Aku yakin semua persiapan dah ready tu..

Tapi nak buat macam mana, perkahwinan tu adalah untuk selama-lamanya. Kalau hati dah tertutup untuk si dia, ape yang mampu kita buat sebagai perempuan kan. Hurmm.. Entahlah.. Semoga Rozalia dapat pikir semasak-masaknye dan buat keputusan yang bijak.

Rozalia lari sebab dia kusut mungkin. Ye la, persiapan perkahwinan dah dibuat, tapi hati berbelah bagi. Kadang aku pun bila kusut rasa nak lari jauh-jauh owh..

Monday, October 18, 2010

Ekspidisi Ke Air Terjun Gunung Pulai 2 Yang Sangat Best!


Bizi konon. Tapi hari ni dah masuk entri kedua dah ko tepek kat blog kan? Ahaa.. Sebenarnye macam ni, mood nak buat kerja tak mari-mari lagi.. Hahahahalasan sungguh.. =) Ni baru dapat gambar masapicnic kat gunung pulai hari tu, tu yang excited terlebih nak citer.

Seronok ooo pergi picnic. Janjinye nak bertolak pukul 8 pagi.. <---lah sangat kan. Tapi last-last kul 8.30 jugak bertolak. Tak de la jauh pun Gunung Pulai tu dari skudai. Sekangkang Monyet jek. Tapi sesat-sesat jugak la mencarik jalan menuju kebenarannye..huhu =)

Ok sampai-sampai je sangat excited ye kami semua nak berendam. Tapi oleh kerana Air Terjun Gunung Pulai 2 ni tempat baru, maka nak masuk jumpe air terjun nan indah tu kena la meredah hutan sket. Trek dah ada la, panjat-panjat bukit skit. Jauh cket tapi best Ooooo.. Lihat je la aksi kami yang excited ini kan.

Tengok kawan saye yang sorang ni. Sungguh meriah ye beliau pagi itu. Dengan kasut crock purple dia, beg oren menyala, baju biru terang dia. Katennye sebagai langkah keselamatan, kalo sesat ke hilang ke senang nak nampak..hahahahapakah? Huhu..

Akhirnye setelah menempuh hutan dalam seploh minit macam tu, kami pun dengar la bunyi air terjun.. Wah melompat kami kegirangan.. Sebagai ketua rombongan muka aku la paling puas sebab berjaya menunjukkan jalan kebenaran..haha =)

Tengok, orang lain tak basah lagi tapi aku dah lencun habis dulu dah. Lepas tu bising tudung dah kemek sebab basah, dah tak lawo nak amik gambar.. Benci tau.. Cik Ain sasuke masih dengan jeansnye. Kurang excited dari sahaye =)

Lepas tu ape lagi, tak payah tunggu-tunggu, teruslah kami berendam dengan riang gumbiranye. Best gila.. Sejuk sangat ooo... Masa kitorang sampai tu tak ramai orang lagi, ye la pagi kan.. So kitorang buat macam rumah sendiri la ape lagi.. Berendam puas-puas.

Hambik. Berendam sampai beku. Ni masa ni dah sejuk bangat la ni. Dah la jahat budak bertiga ni, duduk situ lama-lama tak kasi group lain masuk same. Macam air terjun tu diorang yang punya jek. Tu si tudung pink tu tak habis2 nak cover tudung kemek die.

Tapi tak lama lepas tu datang pulak budak-budak sekumpulan ni ha.. Oii terejal bukan main ni. Diorang la menyebabkan hp aku masuk air okeh. Tengok tu panjat-panjat batu tu. Tinggi pastu licin tau tak.. Makcik-makcik kat bawah tu dah terjerit jerit suro turun, bahaya. Tapi dah name pun terejal kan, gitu la kekdahnye..

Cuba la tiru akak yang ayu ni.. Sopan je main air.. Tak de panjat-panjat bagai tau.. Hahahaharu.. =) . Lama jugak kitorg duduk situ. Sampai group budak-budak tu yang datang lambat dr kitorg tu dah balik tapi kitorg still kat situ. Kate picnic kan. Makan-makan mesti ada. Tapi sayang la lupe nak snap gambar..

Tengok akak tudung pink kat bawah air terjun tu.. Orang lain dah naik die still kat situ lagi. Konon sedap la dapat urutan dari air terjun yang deras tu. Padahnye esoknye masuk kerja hari isnin badan sakit, penat tak boleh belah.. Anak sape la tu..huhu..

Kesimpulannye program picnic ke gunung pulai 2 ni memang syok habis la.. Telah dicadangkan utnuk menjadi aktiviti bulanan kami lepas ni... Bestnye! <--tetiba terasa kesejukkan air terjun gunung pulai hari tu.. =)

Gambar Awek Comel Lagi Gebu

Selamat pagi semua. Jarang betul aku update blog sekarang. Sibuk sikit kebelakangan ni ha. Kat office kerja melambak, balik rumah pulak nak kena study pulak. Maka kesimpulannya memang sibuk la aku sampai hujung bulan ni gamaknye.

Jadi untuk menenangkan otak, mari tengok gambar anak-anak sepupu aku yang comel dan gebu lagi mantap yang aku snap masa majlis pertunangan abang aku 10/10/2010 hari tu. Kepada yang nak tengok gambar awek dewasa yang seksi dan gebu tu mintak maaf la, salah tempat yek. =)

Yang ni Syuhada, panggil Ada jek. Sangat gembeng ye. Sekali dia menangis bleh bergema umah. Mak dia ni muda 3 tahun dari aku. Cis kenapa kau kahwin dulu? Sungguh tak adil.

Kedua Aniq. Aniq ni senang no la nak menjagenye.. Letak bantal, kasi botol susu, kejap je tido la beliau.. Jarang nangis..

Haa.. yang ni kalau siapa yang selalu baca blog ni mesti tau la budak kecik favourite aku nih.. Sape nama? Aina Najihaaaaaaaaaaa. Aku suka sngat budak cinonet ni sebab aksi dia. Ko tengok je la muka die tu.. Comel bangat!

Tengok Aina. Ni kali kedua salin baju. Buas sikit budak ni tapi comel. Tengok tengok muka dia.. Eee geram tul. Rasa nak gigit! Huhu

Aina dan Ada lagi. Pesen rambut pokok kelapa tak cukup daun..huhu. Memek muka dia memang tak boleh belah, muka nakal nak menyakat si Ada tu. Ada macam biasa, gitu je la gayanye =)

Makcik budak, akak budak dan budak


Last sekali macam biasa, mesti nak kena ada gambar kesayangan bucuk bacin aku yang sorang ni ha.. Baru pandai jalan terkedek-kedek =)

Friday, October 15, 2010

10.10.2010

Seperti kecoh-kecoh sebelum ni buat hantaran bagai sume kan, maka hari bersejarahnye adalah pada 10.10.2010 yang lepas. Haduhai bukan main lambat lagi update kat blog kan. Kate bizi kan, gini la gayanye. Ok ni adalah majlis pertunangan abang gue yek, bukan gue..

Ha ni la antara hasil kerastangan ku. Simple aje. Kate first time buat kan. Tak pe, ni baru majlis tunang. Nanti majlis kahwin kang aku buat elok lagi yek. Sangat sedih ye aku terlupa nak snap gambar masa hantaran ni dikumpulkan semua. Lupa pasal aku kan macam mak bedah yang paling sibuk masa hari tu.. Ke sana ke sini, macam mak pengantin.


Rombongan kami ke rumah bakal kakak ipar punyalah meriah okeh. Semua sepupu aku yang rapat-rapat ikut la. So layankan je la gambar-gambar diorang yang memang pantang nampak kamera ni.

Ni pulak kat balai tempat makan. Nasib baik buat balai, kalau tak mana nak sumbat sepupu-sepupu dan anak-anak sepupuku yang ramai ini? Comel kan anak-anak sepupu aku? Comel macam cik noy die kan..huhu. Eh ni baru sikit, next entri aku tepek gambar budak2 comel yang lain ye.

Baik-baik, sementara kami bersuka ria kat luar begambar, orang - orang dewasa pulak berbincang kat dalam. Aku ngan sepupu-sepupu aku lum dewasa lagi walaupun mereka dah beranak pinak, jadi kami duduk luar je snap-snap gambar.. =)

Lepas selesai berbincang, maka mula la pulak majlis menyarung cincin oleh puan emak. Simple je kak Alin time ni. Masa ni aku ngan sepupu2 aku yang belum dewasa itu berebut la ikut masuk. Masuk pasal nak begambar dengan bakal pengantin la..huhu.


Sudahnye jangan lupa. Harus la ada gambar reramai begini. Teka la mana satu makcik, mana satu sepupu dan mana satu anak sepupu.. Hampir tak dapat beza.. Cewah! Majlis ni sekejap je. Berbincangan pun ringkas je, tak ade berpantun bagai. Maklum lah, wakil berbincang tu pakcik-pakcik aku, muda lagi semua...huhu

Lepas berbincang, sarun cincin, bergambar, makan-makan, terus kami balik. Alhamdullilah jalan JB-Kota Tinggi hari tu tak jem macam masa hari raya hari tu . Jadi tak la rasa penat sangat masa balik rumah hari tu.. Alhamdullilah juga semuanya selesai dengan lancar dan sempurna =)




Entri Pagi Ini Adalah Panjang Berjela. Sila Baca Untuk Mendapat Pengajaran Paling Berguna Di Pagi Jumaat Ini

Korang tau la kan aku memang cukup geram dengan teksi yang dekat Esso tu kan. Perhatian : Bustop depan Esso adalah tempat aku naik turun bas setiap hari pergi balik kerja sebagai seorang yang ada lesen memandu tetapi segan memandu.. Segan tau bukan takut =)

Oleh kerana dah memang setiap hari tunggu kat situ hampir setahun setengah ni, maka dah masak sangat dengan perangai shilaker driver2 teksi di situ ye. Mereka ni memang dengan sesuka hati tetapkan tambang sendirik tahap melampau yek.

Masa awal-awal kerja dulu, kalo bus lambat, (bus la yang salah kan walaupun aku yg sebenarnye bangun lambat..huahua) maka terpaksalah aku naik teksi kat esso tu kan. Memang kalau diorang nampak muka aku je 15 hinggit die cas walaupun kat meter tu cuma tulis 10 hinggit jek!

Diorang ni style sekumpulan driver teksi yang tunggu melangok kat bawak jejantas tunggu customer datang sambil main dam dan berborak-borak. Jadi sesiapa yang nak tunggu teksi kat bustop tu, kena naik teksi diorang, tak boleh tahan teksi lain kat tepi jalan. Kalau tahan jugak, diorang akan marah ramai-ramai. Gila jahat!

Aku sekarang memang tak naik dah teksi kat Esso tu kalau lambat. Aku rela amik bus lain, jalan ke depan sikit sampai Seri Putri. Kat Seri Putri tu pun teksi jenis beratur tunggu customer jugak. Tapi tak pernah sekalipun ada driver yang tak ikut meter. Dan sampai ofis kat meter teksi akan tulis 8hinggit, 8hinggit la diorang mintak.

Tak ada bising mintak ikut sukahati makpak dia macam teksi2 kat Esso tu. Alasan driver teksi Esso tu, sebab diorang tunggu customer lama baru dapat, so kena ikut harga diorang. Kepala lutut yek. Yang ko pemalas duk melangok main dam kat situ buat ape? Pergi la jalan cari customer.

Satu lagi kumpulan Driver teksi yang aku senang dan suka ialah yang kat depan Jusco Taman Universiti. Most of them adalah kakitangan UTM yang buat part time bawak teksi atau yang dah bersara. Diorang pun ikut meter. Memang dari zaman utm tak pernah amik lebih. Dari zaman belajar kat UTM sampai lah dah kerja area skudai ni memang selalu la naik teksi kat situ.

Aku tak faham la dengan driver2 teksi yang cekik darah ni. Diorang tak rasa bersalah dan kesian ke menganiaya orang? Kena ingat tau, walaupun depan ko customer macam aku ni tak melawan sebab kau lebih tua dari aku dan kau lelaki, tapi belakang ko, aku sms aduan pada JPJ & LPKP tau..haha.

Lagi satu, kalau setiap customer yang ko aniaya tu merungut, maki, doakan yang bukan2 kat ko walaupun dalam hati, cuba ko bayangkan 40 customer yang buat macam tu. Agak-agak aman ke hidup ko? Tenang ke? Orang yang naik teksi tu sume bukan kaya2. Kalau kaya dah hired driver sendiri dah. Sama-sama cari rezeki beb.

Aku senang je, kena driver teksi yang cekik darah, turun teksi aku catat no plat teksi tu lepas tu sms aduan. Tak pasal ko kena saman 2ratus ye. Tapi teksi yang jujur, menyenangkan hati, turun teksi aku senyum, ucap terima kasih sambil doakan semoga dia semakin dimurahkan rezeki.

Jadi pengajaran dari entri panjang lebar aku pagi ini adalah : Bekerja dengan jujur & menggembirakan orang lain dapat membuat hati menjadi tenang dan rezeki semakin murah. Tak percaya try la buat.

Thursday, October 14, 2010

Bila Aku Dah Marah

Aku tengah marah ni. Macam nak terpelanting keyboard ni aku tekan dari tadi. Mau runtuh meja ni kejap lagi kalau gini ganas gaya aku buat kerja sampai petang karang.

Geramnye. Tengah bayangkan keyboard ni adalah muka orang itu. Mati ko aku tekan kuat-kuat macam ni. Hambik ko! Hambik Ko! Kuat lagi! Kuat lagi aku ketuk aku tekan sampai abang jual goreng pisang kat simpang depan tu pun boleh dengar!

Ape mintak maaf mintak maaf? Ingat free nak mintak-mintak? Benci! Buat salah kat orang dengan muka tak bersalah lepas tu mintak maaf dengan muka nak mintak penampor. Meh kasi aku tekan muka ko kat dinding sampai retak nak tak?

Wednesday, October 13, 2010

Mood Nak Memasak Meluap-Luap

Mood nak memasak meluap-luap macam lahar gunung berapi sekarang ni anda tahu tak? Buat kerja sikit lepas tu google tengok resepi selang sejam.

First nak cuba resepi baru BROWNIES LAPIS CHEESE ni. Humakhai, cuba renung kek keju kat tengah-tengah tu..

Nak try buat buat kali pertama TRIFLE & RICH CHOCLATE PUDING ni. Ni lagi gila sedap makan sejuk-sejuk ni. Kena pulak time hari sabtu petang-petang panas terik tu sambil tengok hindustan...

Pastu Nak buat cupcakes Comel-comel lagi. Makannye tak seberapa, nak menghias tu yang gemar sangat tu.

Tapi Nak buat ni sume ada masalah sikit. Masalah pertama adalah masa. Masalah kedua adalah GEMOK. Alaaa buat je la, buat je. Buat tapi tak yah makan, kasi orang makan. Janji puas dapat buat. Boleh? BOLEH BLAH! Boleh blah la muke kau ni aini tak makan benda sedap mengiurkan macam ni.

Monday, October 11, 2010

Oh Serabut Kepala Hutak

Oh serabutnye kepala hutak ku diketika ini. Macam-macam aku pikir. Untuk bulan ni dan bulan hadapan. Macam-macam agenda.....

Sistem
Seminar
Kahwin Biah
Interview
Cupcakes
Pelan Cuti-cuti Malaysia
Pelan bisnes terbaru

Cukup........... Oh gile! Tak tau mana nak pikir dulu..

Tak boleh nak fokus. Kang tengah buat yang ni, terpikir pasal yang tu pulak. Pikir yang tu, kena buat yang ni pulak. Pening.

Bertenang bertenang.. Sila Pandang laut dan pulau. Nescaya akan tenang.Baik. Tukar wallpaper desktop kepada pemandangan yang indah dan menenangkan dulu.


Sunday, October 10, 2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011

Ramai yng masuk blog ni tanya pasal Permohonan KPLI untuk intake januari 2011. Jadi kepada semua yang tertanya-tanya pasal KPLI untuk Januari 2011, hari ni ada berita baik. Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Ambilan Januari 2011 akan start di buka mulai esok, 11 Oktober 2011.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak aplly KPLI ambilan jan 2011, bolehlah beli nombor pin di BSN terdekat lepastu isi borang online KPLI kat www.moe.gov.my. Berita pasal iklan permohonan / pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) intake januari 2011 adalah seperti kat bawah ni :




Friday, October 8, 2010

Hasil MC Selama 2 hari Adalah Cupcakes. Betul-betul Sakit Atau Cari Penyakit?


Kembali ke office setelah 2 hari merehatkan diri MC. Kalau ikut hati nak je nak sambung sampai sabtu.. Tapi kalau sambung sampai sabtu sape nak nyiapkan kerja beta? Nak makan gaji buta? Tak nak... Dose kau.. Neraka nanti..

Petang semalam lepas sapu minyak Jarum Emas seperti yang disyorkan en ayah terus sepantas kilat aku sihat serta merta. Kalau sebelum ni bergulung atas lantai macam ulat gonggok menahan sakit walaupun dah ke klinik, tapi lepas sapu minyak Jarum Emas yang hebat tu, terus menjadi sihat.

Hebat pengangan Minyak Jarum Emas tu. Kalah air jampi jiran bagi <--- mintak die pil chi-kit teck aun dibaginya air jampi, kalah ubat klinik yang menelan ringgit malaysia 70hinggit. Last-last Minyak Jarum Emas yang paling berkesan.

Bukan sahaja sihat, malah gagah dan ligat. Siap boleh bangun selongkar dapur, cari itu ini, campur itu ini, letak itu ini, lantas jadik la benda comel macam dalam gambar kat atas tu.. Itulah cupcakes pertama aku..

Ape? Tak ade rupa cupcakes? Eh ko jangan la melampau sangat, jage la ati skit weh.. Kecik ati i tau.. Walaupun tak secantik yang orang jual-jual tu, tapi sekurang-kurangnye sahaye ade usaha untuk mencuba okey. Huhu...

p/s : seronok gak ek buat cupcakes ni... ni yang cam gian nak buat lagi jek ni.. =)

Thursday, October 7, 2010

2 Kali Ke Klinik Dalam Masa Sehari : Tuan Punya Blog Sudah Kurus

Dari semalam blog tidak berupdate. Bukan malas tapi tak larat. Kena serangan penyakit. Apelah malang nasib minggu ni. Dah la handphone masalah tak siap-siap kat kedai tu. Tambah pulak akit melarat-larat.

Subuh rabu pagi tu perut memulas bagai nak gila.. Sejam kot bertapa dalm toilet. Muka dah pecat lesi.. Memang tak larat nak pergi kerja. Sehari tu selang berapa minit pergi toilet oii... Habis keluar semua. Muntah tak hingat... Macam air terjun keluar... Apa saje yang ditelan mesti muntah balik. Petang tu abang balik je terus pergi klinik..

Mula-mula doktor picit-picit keliling perut, tanya itu ini. Soalan paling tak boleh belah ialah 'awak mengandung kot?' Doktor jangan main gila. Saya masih suci lagi menyucikan okeh. Lepas tu picit belah kanan perut, bukan apendik kata doktor. Lepas tu die suro check air kencing. And last resultnye ialah jangkitan kuman.

Doktor kasi ubat dan balik. Balik, try makan ubat tapi boleh jugak, muntah dengan banyaknye.. Lemah longlai badan, bergulung macam ulat gonggok kat lantai menahan sakit. Ya Allah indahnya Nikmat kesihatan yang Allah beri sebelum ini <--- tersedar dan insaf masa menahan sakit tu.

Pergi klinik semula, beritahu doktor tak boleh telan ubat. Ape lagi, kasi cucuk la bontot.. Adoiii... Sakit.. Sebelum balik doktor kata kalau sakit lagi, awak kena tahan wad tau, nak periksa lebih lanjut. Hah? InsyaAllah tak sakit lagi doktor...

Balik, rehat dan terus tertidur sampai pagi ni. Alhamdullilah muntah2 dah berenti, cuma perut sakit lagi.. Hurmm.. 2 hari dah mc ni.. Harus kah sampai 3 hari?

Tuesday, October 5, 2010

Khas Untuk Awak Yang Sedang Merajuk


Awak... Awak selalu cakap, saya ni blogging asyik letak gambar kawan-kawan, gambar kucing, gambar makanan je kan... Tapi kali ni entri ini khas untuk awak... =) Gambar awak sesaje dalam entri kali ni tau. Special tau.

Oleh kerana handphone saya masih koma kat kedai, jadi saye pujuk kat sini je ek.. Ye la saye mengaku saye salah.. Awak kate handphone saye rosak masuk air adalah padah. Padah kerana pergi berfoya-foya dengan girl friends saye ke gunung pulai tanpa izin. Alah awak, so sorry la, lain kali saye tak buat lagi <--- tapi tak janji.

Awak jangan la merajuk lagi, jangan la marah lagi.. Walaupun awak comel mengalahkan baby yang awak dukung tu bila merajuk, tapi saye lagi suke tengok awak kacak lagi bergaya kalau tak merajuk macam dalam gambar kat bawah ni ha... =) Oh my hero.. =)


Awak nak merajuk lagi ke? Saya pujuk dengan strawberry boleh? Kegemaran awak kan ni... Ingat tak masa kite ke cameron dulu? Awak belikan saya 3 paket strawberry tapi awak yang habiskan 2 paket tu... Tak baiknye.. Tapi tak pe, asalkan awak heppy kebun stoberi pun bleh saya bagi =)


Tak nak stoberi? Nak marah, merajuk jugak? Ye la ye la.. Tembak je la saye terus... Mesti puas ati awak lepas tu. Mesti tak marah lagi dah pastu. Tapi jangan la tembak bebetul.. Tembak macam ni dalam gambar ni je.. Bang! Bang! Saya kena tembak. Ok dah seri 0-0 ek.. Boleh?


Hurmm.. Awak dah la tu.. Tak kesian ke kat saye ni.. Dah la tak ade handphone.. Awak pulak buat tak tau je... Sedih ni.. Tengok la muke saye sedih dan boring.. Buruk tau. Dinding pun tak nak pandang saye dah. Awak tak kesian ke?

Kalau awak kesian, kalau awak dah tak merajuk, awak sila la call saye.. =) Saye tunggu... Ye la saya dah tak de handphone, jadi call la office, kalo petang baru kesian call la rumah.. Yang penting kena kesian.. Kalau taaaaaaaaaak........NANTI SAYE YANG MERAJUK PULAK 8 TAHUN!

Okeh awak... saye menunggu panggilan dari mu.. Miss u =)

Yeaah! Menang Kontest Lipice. Gembira!

Alhamdullilah... Akhirnya jugak merasa jadi pemenang mingguan game Lipice ni. Minggu last pulak tu.. huhu.. Korang ade join tak kontest berbentuk game ni kat facebook? Aku join pun lepas baca kat page nuffnang pasal ni..huhu

Ok la tu dapat RM100 sesaje. Sape nak bagi free2 kan? Main game time lapang pun boleh dapat duit..itu sudah bagus. Siapa yang rasa teruja nak join rasanye dah terlambat kot sebab last week adalah minggu terakhir kontes ni.. Aku pun menang last minit punya ni..hehe

Dah dah.. Tak payah nak minta belanja makan ke ape ke... Tak kose den nak melayan.. Haha..Poyo gila kan.. Tak baik tau, rezeki ni kalau dikongsi makin murah rezeki kita lepas tu tau..huhu

Okeh sekian saja berita pagi ini =)

Monday, October 4, 2010

Mood Hari Ini


Kusut!

Dah Tak Ada Handphone ni

Benci okeh. Salahkan budak-budak terejal yang terjun sungai tanpa signal semalam. Tengah syok-syok aku and the geng snap-snap gambar masa picnic kat Gunung Pulai semalam, boleh pulak budak tu terjun dari atas..

Kecebushhhhhhhhhhhhhhhhhhh... Air terpercik dengan banyaknye ke aku yang sedang pegang handpone. Akibatnya? Handphone koma. Masih sedang dirawat kat kedai... Geramnyeeeeeeeee!

p/s : Ade je hal yang nak buat duit melayang. Cis kek sungguh!

Sunday, October 3, 2010

Tak Boleh Tidur Oii... Mari Berjoging Dari Blog Ke Blog


Jam dah pukul 12.30 malam, tapi mata masih belum nak tidur. Ni mesti penangan biskut almond london yang aku makan tadi. Kan kite kalau makan cokelat boleh jadi hyperaktif terlebih sikit..huhu. Hai la badan, esok padahal nak kena bangkit awal ni nak pergi picnic tapi boleh pulak mata tak mau pejam.

Dalam tak boleh tidur ni, aku luangkan la masa untuk blog ku yang tercinta ni ha.. Dan baru terperasan dan teringat aku dah lama tak buat blogwalking, balas-balas komen sejak dua menjak n.. Ape nak buat, sejak dua menjak ni agak bizi di office. Sampai kat rumah pulak dah penat, tak ada mood nak bukak blog.. Ah benci ayat itu.. Bunyi macam alasan busuk..huhu

Baik, oleh kerana mata tak mau tidur, jadi aku akan berjoging malam ni dari blog ke blog menegur sapa kawan-kawan blog yang lama dah aku tak menyapa sampai mereka menyampah dah kat blog ni kot..huhu. Mintak maaf la, bukan malas tapi kekangan masa yang menyebabkan itu semua... Benci lagi ayat ini.

Baik...... Marathon bermula dari sekarang... 1... 2... 3... MULA!

Saturday, October 2, 2010

Sayang Nuffnang Sayang Awak Jugak =)


Testing 1 2 3... Testing testing... Ok.. Testing-testing bukan ape, pasal sejak duan menjak ni sangat jarang mengupadate blog. Bukan mood malas, tapi mood kecelaruan minda sebab banyak sangat kerja kat office. Tak buleh nak fokus ooo... Ni hujung minggu, dekat rumah boleh lupakan sekejap kebizian di office.

Alhamdullilah walaupun update blog makin berkurang sejak dua menjak ni, rezeki nuffnang masih tak putus-putus datang. Mengerlip-ngerlip macam lampu kelap kelip kat blog saye yang tak seberapa ni. Terima kasih la Nuffnang. Sayang u lebih la... =)

Dalam kebizian kat office, kat rumah pulak aku tengah bizi menyiapkan hantaran pertunangan abang aku ahad depan.. Abang yang bertunang aku yang excited lebih ni... Yek la first time adik beradik aku punya majlis kan... Tu yang macam meroyan skit tu.

Jadi apa motif gambar 2 orang budak dalam entri kali ni? Jawapannya ialah... Sukahati sahaye la... Ni kan blog sahaye, dan mereka itu anak buah sepupu sahaye... Lagi pulak mereka kacak dan jelita... IKut suke sahaye la nak letak gambar diorang pun... hehe =)

Sekian terima kasih =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails