Followers

Saturday, November 20, 2010

Berjimba Di D' Terrace BBQ & Steamboat - Sungguh Berbaloi-baloi

Sambungan dari entri semalam Udang.. Udang.. Udang tu kan. Ni la aku nak bercerita sambil menepek gambar aktiviti dalam kejadian tersebut. Sesungguhnya malam tu sangat la happening gilos.

Kami bergerak ke D' terrace BBQ & Steamboat pukul 9 malam. Sampai-sampai je ade la 2 group lagi yang tengah makan. Kami pun terus la memulakan aksi bergedik santai amek gambar terlebih dulu sebelum baca doa makan..huhu

Dan seterusnya, aktiviti makan la. Kat sini pakej buffet. bayaran untuk dewasa RM 18.90, kanak-kanak pulak RM 7.90. Tapi memang berbaloi-baloi sebab sangat la banyak pilihannye. Yang paling best seafood sangat la mengancam. Uh memang asyik la kitorang malam tu. Meh tengok antara yang kitorang berlima makan malam tu.

Trip pertama. 4 pinggan penuh kami amik ni ha.. Segala macam bola ikan bola ketam sume kitorang nak amek. Seafood pun tak lupa. Tu tu.. Udang kara ke ape ntah namanye, amik 4 ekor je sebab budak-budak ni tak tau macam mana makan die..huhu

Second and third trip. Masih lebih kurang macam tadi jek.Udang sesaje kan? Udang ngan aku memang tak boleh berpisah la..huhu. Eh gambar ni curi dari blog zaharah.. Malas nak edit... Bulehkan zara? Tak marah kan? Hahahahahahahau...

Last pinggan yang mencukupkan kami amek 9 pinggan malam tu. Tak larat dah nak makan lepas tu. Semua muka keterpaksaan je makan. Kekenyangan sebab makan atau kekenyangan sebab terlebih ketawa aku pun tak pasti. Bile dah ramai macam ni memang keje nak ketawa je kan. Dah la penat mengunyah...haha..

Proses membakar dan merebus. Oh, dalam periuk itu ada dua partition. Satu kuah tomyam, satu lagi kuah sup. Sangat sedap okeh dan berbolai-bolai. Oh silap. Berbaloi-baloi okeh..hehe. Udang tu sentiasa menghadap aku.. Yang len aku tak kisah sangat..huhu.

Lastly, muka kekenyangan yang teramat sangat. Tengok Ain Sasuke tu sampai tak larat nak angkat kepala kan. Johanna pulak tengah tarik napas tu nak cover perut..huhu.

Kesimpulannye, memang la berbaloi makan kat sini. Lokasi dia kat Jb la. Jalan nak ke dataran. Mari lah datang ramai-ramai..huhu. Kitorang makan sampai dah dekat kul 12 tak habis-habis. Abang kedai tu tak habis-habis bagi hint menghalau balik tapi tidak kami endahkan..haha sekali lagi..

Next time pergi lagi kena angkut lebih ramai geng lagi.. Lagi ramai, lagi meriah oh.. Makan sambil gelak-gelak...

p/s : kangkung habis..

2 comments:

Zaharah said...

amek la xmara pon....

hohoooo, nnti ajak kakcik ngan mai plak..

Rosliza Roslan said...

slm...
blog cik akak dah di tag dpt 'interesting blog award'..sila ambil dr blog sy eh..

nanti kasi tahu saya kalau dah jwb soklan tu eh..thanx

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails