Followers

Thursday, November 25, 2010

Skrin LCD Pecah Dengan Kuasa Tenungan Aini

Aini muka serius je buat kerja, takut nak tegur. Kata akak kerani kat aku tadi. Haha.. Mintak maap la kak. Memang la tersangat fokus aku minggu ni membuat kerja. Hari-hari terakhir kerja kat sini kan. Memang mantik la belambak benda yang nak kena setlekan. Sabau je la kan.. Tapi tak pe, cukup bulan nanti, cuti-cuti Malaysia la aku.

Mana dengan sistemnye, mana dengan designnye, mau tak bercantum kening aku mengadap skrin komputer opis tu kan. Lagi bingit orang tu suro itu, orang ni suro ini. Aiyooo... Rasa macam nak tambah 2 bijik kepala kat leher aku ni supaya boleh buat multitasking.. Satu kepala pikir pasal ni, satu kepala lagi pikir pasal yang tu, satu kepala lagi siapkan yang lain pulak.

Boleh? Haha... Dah la, nak sambung buat kerja. Tengok, dah balik rumah pun sambung buat kerja opis lagi. Memang terbaik la...huhu.

p/s : Hujan oii.. Bantal & katil menyanyi2 panggil aku nih...

3 comments:

SINGALAUTMETRO said...

sabar ajelah...memang perumpamaan kata bila ada dua kepala lebih baik dari satu kepala. Soalnya nanti bila ada dua kepala, selera belum tentu sama. satu nak makan KFC, satu lagi nak makan kedai mamak...kacau dibuatnya..hehehe

hamzah ian said...

aduhai.. ehhee

kak ina kl (1) said...

rajin sungguh sampai kat umah buat kerja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails