Followers

Wednesday, November 3, 2010

Spaghetti Kegemaran Omak

Hujung minggu lepas my mak teringin nak makan spaghetti. Oh my mak dulu ye tak minat langsung makan benda-benda macam ni. Tekak nak melayu sentiasa. Tapi bila lepas rasa sekali terus suka. Selalu kalo buat spaghetti ni kat rumah atas request die la sekarang.


Nampak menggiurkan tak? Sumpah sedap resepi spaghetti ni. Ni belajar dengan Didi Kodi dan Izah Koza la mase kat UTM dulu. Yang buat die sedap lagi sebab gantikan air dengan mushroom sup. Tu yang likat, creamy je jadinye. Ooo tidak lupa tomato yang diramas-ramas untuk memberikan rasa masam2 yang cukup mengecurkan air liuq.

Ok aku memang lagi suka guna pasta spiral ni daripada mee spaghetti yang panjang-panjang tu. Sebab ape? Sebab aku suka la..haha.. sedap dan tak muak. Spaghetti buatan sendri memang puas dimakan oo. Antara bahan yang len aku campak untuk membuat kuahnya kelihatan meriah ialah bebola ayam dan juga cendawan butang.



Ok mari-mari. Jemput makan. meh aku suap sorang sesudu. Bukak mulut memasing anak burung..huhu.. Jemput tengok je la yek. Saje buat korang kecur petang-petang time tunggu masa nak cabut dari office ni kan..huhu




8 comments:

..nOj.. said...

astaga kejam betul. meleleh betul air liur ni. meh meh taip resepi. nmpk mcm sedap sgt dah tu

ika~~ said...

sedaaaaaaaaaaaap!:D

Aini said...

haha.. esok tepek resepi.. nak balik dah, x sempat..huhu

Khatijah Hamid said...

seriously terliurrrr

Zaharah said...

nak juga resepi :)..

dh tepek resepi jgn lupe roger2 k :)

sI tEDI said...

kegemaran sy juga!!!

APi said...

lapor lapor..

Anonymous said...

salam dik,

akak ni tgh ngandung...dok google gamba speghetti sbb ngidam..dik oi, bak mai resipi bole...kesian akak terliuq sgt! email ke netnani82@yahoo.com
terima kasih dik!

kak nani yg mengharap!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails