Followers

Wednesday, November 17, 2010

Nini, Tenanglah Kau Di Sana

Sepanjang petang aku duduk memerap dalam bilik mengadap laptop. Maghrib, aku turun bawah. Tengah aku ceduk meehoon goreng dalam pinggan, mak cakap Nini, kucing yang paling aku sayang dah mati. Adik aku jumpe terbaring bawah kereta dengan mulut berbuih. Aku terkesima sekejap. Kenapa cerita sedih je yang datang akhir-akhir ni?



Kepada sesiapa yang tak kenal Nini, boleh baca entri Kesayangan Aini dan entri-entri kat sini ini. Lepas baca, mungkin korang lebih faham ape yang aku rasa sekarang ni. Sedih. Terus terbantut selera makan. Tak tercuit mee tu. Terus aku masuk bilik air, bukak air kuat-kuat dan spontan menangis. Sebak. Nini bukan kucing biasa, bukan jugak kucing mahal yang di beli.

Aku jumpe nini kat bawah rak kasut depan rumah. Kecil dan commot masa tu. Menggigil. Dia anak kucing terbiar masa tu. Aku jaga dia, aku didik dia sampai besar. Dia memang lain dari kucing lain. Dia tak pernah bising mengiaw bila lapar. Sangat sopan semua tingkah laku. Sangat-sangat menyenangkan. Sumpah aku tak tipu.


Satu keluarga senang dengan NIni. Tak pernah banyak ragam dari kecik. Mak aku sendiri persoal dalam sedih, kenapa kucing yang baik yang lain dari yang lain macam Nini tak lama dengan kita. Aku pun tak tau nak jawab. Terus naik bilik, cari gambar Nini masa kecil-kecil ni dan baca entri lama aku pasal Nini.


Dah lama aku tak tidur dengan Nini sejak Nini dah jadi Ibu. Masa Nini kecik-kecik, tiap hari tidur kat bilik dengan aku. Subuh-subuh hari dia turun bila mak aku dah mula buat kerja rumah. Dalam pukul 6.30 pagi dia akan naik bilik semula, mengiaw satu bilik tanda suro aku bangun. Kenangan manis macam ni la yang buat aku sedih sangat bila Nini dah tak ada ni....

p/s : Perasaan sedih bercampur baur..

2 comments:

kak ina kl said...

bila dah bela barulah rasa sayang kan..apa nak buat..redha ajerlah

ain Luo sasuke said...

cedihnye...(nk nangis)
tiba2 terigt kucg org...atam nmenye..
die xcdent, buta sblh tp stil aktif..
dlm 4, 5 buln lps die xblk2 smpi skrg..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails