Followers

Wednesday, November 3, 2010

Entri Makanan Muncul Kembali!

Sangat la lama blog ni tak bercerita pasal makanan kan. Jadi entri pemanas hari ni adalah berupa cupcakes yang aku buat semalam. See, dalam tak sihat duk dekat rumah sempat lagi mengelibas kat dapur buat benda ni. Dalamnye adalah choclate moist cake. Saje buat sebab nak try resepi buttercream icing yang baru. Hari tu first time buat buttercream halamakhai memang tak buleh belah sungguh ketidaksedapannye.

Cubaan terbaru - tak cantik tapi buttercream sedap!

Ni cupcakes kali kedua aku buat la.. Oh oh walaupun rupanya buruk, cacarmarba macam dilukis oleh budak tadika tapi percaya lah bahawa buttercream kat atas tu adalah lebih sedap daripada buttercream yang aku buat kat cupcakes pertama aku buat dulu kat bawah ni ha.. Masa first time buat bukan men excited, sume nak letak atas cupcakes tu kan, segala bunga, oreo, love2 mak nenek sume nak bubuh.

Cubaan pertama - cantik tapi cream tak sedap

Tapi cupcakes kali ni buat simple je. Guna buttercream & choclate ganache semata. Respei buttercream kali ni memang boleh diterima tekak la..huhu. Yang first time buat ari tu dah la manis tahap super, lepas tu bau die tak best yang amat. Sebab pakai shortening kot, bau die memang tak sedap. Kali ni buat pakai krimwell.

Tapi ya puan-puan kali ni piping buttercream atas cupcakes tu tak pakai piping bag sebenar. Pakai plastik biasa je buat jadi piping beg, tu yang kelam kabut je rupa dia..haha.
Hentam saja la labu.. Janji sedap dimakan..

4 comments:

..nOj.. said...

asal tak sehat je mesti terjadik la cupcakes kan. hehe

riezgurl said...

memang xcantik... bagi resepi pls~ hehe

Aini said...

ko memang sgt berterus terang la izah. Syabas! haha..

Zaharah said...

Kesimpulannya... jangan tertipu pada rupa luaran :)...
Nnti bln 12 jangan lupa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails