Followers

Monday, November 8, 2010

Kenangan Cuma Ada RM 2 Sebagai Belanja Makan Untuk Seminggu

Baru selesai makan tengahari di pantry office. Tengahari ni aku cuma makan sebungkus jajan dan air tin milo yang aku beli masa on the way nak ke office pagi tadi. Ringkas. Makan sambil termenung sorang diri dalam pantry buat fikiran aku ni melayang teringat kenangan 4 tahun lepas.

Masa tu aku belajar kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Petang sabtu tu aku melepak kat bilik seorang kawan aku ni, Anum (bukan nama sebenar). Anum ni aku kenal sejak kat MRSM pontian lagi. Walaupun tak sekelas, tapi aku senang sangat berkawan ngan dia. Orangnya sederhana serba serbi..

Aku : Anum, sejak masuk matrik ni makin kurus Anum ek.. Diet ek?
Anum : Mana ada Aini, orang tak diet pun.
Aku : Ye ke. Kalau tak diet macam ne bleh kurus sangat macam ni?
Anum : Orang makan sekarang sehari sekali je.
Aku : Eh kenape?
Anum : Orang kena berjimat aini.
Aku : Anum tak ada duit ke?
Anum : Ade.... <----- Sambil senyum
Aku : Habis tu?
Anum : Orang tinggal RM 2 je aini.
Aku : Nape tak call Ayah Anum bagitau?
Anum : Tak nak la. Orang tunggu ayah yang call tanya pasal duit. Nak call ayah mintak duit, tak sampai hatilah aini. <--- Merah mata dia masa ni..
Aku : Habis Anum nak makan ape je ngan 2 ringgit tu Anum.
Anum : Orang makan jajan 20sen beli kat koperasi tu. Kenyang jugak.
Aku : Tipu la kenyang.
Anum : Aini tau tak, kalau nak hilangkan rasa lapar, duduk kat meja study, fokus study, mesti tak ingat lapar dah.
Aku : Tipu. Kalau lapar mana boeh study, tak ada tenaga.
Anum : Kalau lapar sangat-sangat, Anum minum air banyak-banyak tak pun tidur.

Sebak aku dengar dia bercerita sambil senyum tawar macam tu. Aku memang sedia tau Anum bukan dari keluarga senang. Anak sulung dari 6 beradik. Keluarga hanya duduk di rumah sewa dengan ayah kerja tak tentu. Sikit pun dia tak nak ayah dia tau dia susah. Sikit pun dia tak nak ayah dia risau. Sebab dia tahu, adik-beradik dia kat rumah pun perlu banyak duit untuk sekolah.

Berkali-kali aku suro die call ayah dia. Kronik sangat RM 2 untuk belanja seminggu. Tetap dia tak nak. Mengalir air mata dia. Aku buka beg duit aku, keluarkan 2 keping duit 5 ringgit. Aku pun bukan orang senang, duit belanja makan minum termasuk topup aku kat sana seminggu RM50 mak aku bank in tiap minggu.

Aku : Anum amik la 10 ringgit ni buat belanja sementara tunggu ayah Anum call.
Anum : Tak payah la Aini. 2 ringgit orang ni cukup untuk minggu ni.
Aku : Jangan cam ni Anum. Kalau Anum segan, Anum anggap ni pinjam k.
Anum : Hurmmm.. Susahkan Aini.
Aku : Tak la. Orang terlebih makan dah ni sampai gemok. Dulu Anum lagi gemuk dari orang. benci tau..huhu
Anum : Ye la. Orang pinjam 5 ringgit je la Aini. Banyak sangat tu 10 ringgit.

Anum cuma amik sekeping duit 5 ringgit yang aku bagi. Dia janji dia tak kan makan jajan je tiap hari, dia akan cari aku kalau ada masalah. Aku paksa dia janji. Petang tu kami turun makan kat cafe bawah blok hostel sama-sama. Dia amik nasi putih dengan ikan kembong goreng je..

Aku ingat sampai sekarang... Anum.. Anum...

7 comments:

Privacy_Resident said...

Pergh! Gila kentang lah Anum!

Kemana dia sekarang?

Aini said...

Alhamdullilah.. Sudah bekerjaya die sekrang =)

..nOj.. said...

sedih plak baca cite anum. harap anum berjaya skang ni dan dpt balas jasa ayah dia

Azwan Azmi said...

whoaaaa..rm2 seminggu.aku dulu sekali makan plg koman rm3.nasi putih je dah rm1

lavea said...

kesiannye.....sedih...........

SINGALAUTMETRO said...

saya kagum dengan kamu aini.. kagum sangat..moga Allah lapangkan rezeki sepanjang hayat...saya sebak baca entry ni..salam.

Aini said...

Anum yang patut dikagumi.. Jenis beralah dengan adik beradik walaupun terpaksa ikat perut.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails